Halaman

Ahad, 3 Februari 2008

Sultan Selangor tarik gelaran 'Datuk' tokoh korporat


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini menarik balik gelaran Datuk yang diberi kepada Amin Shah Omar berkuatkuasa 31 Jan 2008, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Ramli Mahmud.

Beliau berkata keputusan itu diambil setelah menjunjung titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berunding dan bersidang di Dewan Di Raja Selangor kali ke-124, semalam.

"Keputusan itu dibuat kerana ketidakjujuran dan salah laku yang bertentangan dengan status Darjah Kebesaran berkenaan," katanya.

Darjah Kebesaran Datuk Mahkota Selangor (DPMS) itu dikurniakan pada 1996.

Amin Shah, 53, yang merupakan antara tokoh korporat terkemuka negara era 90an terlibat dalam pelbagai perniagaan di dalam dan luar negara seperti kejuruteraan berat, pembinaan kapal dan hartanah.

1 ulasan:

  1. Kita amat inginkan Raja-Raja Melayu miliki ketuanan yang menjadi naungan untuk dipelihara dan dilindungi kebenaran dan keadilan.Cabaran ummah perlu bersama Raja-Raja kita mengiringi langkah pemimpin perubahan yang mewakili berbagai keturunan untuk menilai kembali kualiti insan.
    Kehadiran Raja dan Sultan Melayu tidak lagi upaya diterima sebagai perlambangan semata-mata kerana baginda sultan-sultan adalah juga pemilik kedaulatan tanah air. Barisan Alternatif berupaya melakukan perubahan dan negara yang mampu melakukan perubahan ke atas sikap pemikiran warganya tidak akan berkhianah apabila diberi amanah.Tanah air kita memerlukan amanah ini dipelihara.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.