JAKARTA — Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) hari ini bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.
Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.
Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis “diplomasi mati suri”, “ganyang Malaysia”, “bela harga diri bangsa” serta “malingsia serumpun yang durhaka”.
Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.
Dalam insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alas an pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.
Sungguhpun kesemua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.
Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu.
Tidak perlu untuk meminta maaf dengan apa yang telah berlaku. Apa yng penting sekarang, tahanan yang ditangkap pada 13 ogos itu telah pun dilepaskan maka selesailah sudak kes ini. tetapi yang menghairankan sekaran ialah orang Indonesia ynag masih tidak berpuas hati dengan perkara ini. Dan sekarang melakukan perkara yang tidak disangka iaitu membakar dan mebuang najis manusia dihalaman Duta Malaysia di Indonesia menandakan mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
BalasPadamsebenarnya nelayan tempatan tidak menceroboh perairan Indonesia malah para nelayan dilengkapi dengan peralatan GPS. sebenarnya yang menceroboh adalah bot Dolphin KKP(Indonesia) kerana masuk ke perairan Malaysia dan menangkap nelayan2 kita. Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja. Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa perasugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan...
BalasPadamtindakan segelintir rakyat Indonesia ini amat mengecewakan. tindakan yang mereka lakukan sebenarnya menunjukkan mereka tidak berfikir secara matang.
BalasPadamAdoii..mereka nie iblis ka manusia??? Hal yang kecil pun mahu diperbesarkan. Setahu saya, kes ini dah pun diselesaikan.
BalasPadamrkyat Indonesia ni makin menjadi jadi pla, masih lagi nak buat kecoh kat kedutaan Malaysia. hal ini dah selesai. tak patut lagi ditimbulkan. mereka ni tak rasional langsung.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamdemonstrasi tersebut sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak pun.
BalasPadamentah kenapa rakyat Indonesia ni suka sgt buat kecoh pasal hal kecil ja ni. tak boleh ka mereka ni berfikir waras. tindakan mereka ni benar2 mengecewakan.
BalasPadamMalaysia tidak salah kerana menahan pegawai yang mencerobohi perairan kita. Bukan kita yang salah dahulu, ini undang-undang negara kita. Jika orang Malaysia mencerobohi perairan Indonesia, kita juga akan dikenakan hukuman undang-undang. Orang Malaysia tidak perlu meminta maaf.
BalasPadamApabila nelayang dari Perak dan Johor diugut pihak marin Indonesia, kenapa mereka tidak membuat bantahan?
BalasPadamKelakuan jahanam tidak dikutuk tetapai tindakan yang dijalankan mengikut undang-undang yang diperuntukan dibantah? Apa alasan GMHK ini? Membela keadilan dan kebenaran atau membela kezaliman?
Kerajaan Malaysia bertindak mengikut undang2 negara yang berdaulat. Minta maaf tidak boleh dibuat sama sekali.
BalasPadamApa yang dilakukan penunjuk perasaan Indonesia menunjukan kenaifan mereka. Ini soal prinsip. Sesiapa yang melanggar undang-undang walaupun orang itu pegawai kerajaan negara lain, ia tetap dikenakan tindakan sewajarnya.
BalasPadamMemang tidak memberikan kesetiaan kepada negara. Manalah boleh buat sedemikian?
BalasPadamKesiannya, macam takda cara lain saja oo utk selesaikan perkara ni selain dari demo. aduuii
BalasPadamSyukur orang Malaysia tak buat macam tu. At least kita tahu, rakyat Malaysia tu cukup matang berdepan dengan hal sebegini :)
BalasPadamBetul ali asgar. Kalau tahanan dah dibebaskan apa lagi yang dorang tak puas hati???
BalasPadamMemang sengaja dorang ni cari pasal oo.
Ya mai. Siapalah tak sedih dengan hal ni. Tapi kalau nak marah & buat demo mcm penunjuk perasaan tu, tak payahlah. Saya yakin Malaysia lebih profesional dalam menyelesaikan hal ni.
BalasPadamApapun saya harap hubungan baik Malaysia-Indonesia tidak terjejas disebabkan perkara ini. Semoga kerajaan Indonesia dapat meleraikan kemarahan para penunjuk perasaan tu.
BalasPadam