Halaman

Khamis, 2 September 2010

Masalah pendatang tanpa izin Sabah perlu perhatian pihak berwajib: Ewon

Datuk Dr. Ewon Ebin (N31 Paginatan) FREE MALAYSIA TODAY

RANAU: Ketua UPKO Bahagian Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata masalah pendatang tanpa izin (PTI) memang satu isu terlalu lama yang memerlukan perhatian wajarnya oleh pihak berwajib.

UPKO merupakan komponen BN Sabah.

Menurut beliau, masalah terbabit kini merupakan satu isu hangat yang giat disebarkan oleh pihak pembangkang yang kelihatan sangat rajin bergerak masuk ke kampung-kampung untuk berkempen bagi mendapatkan pengaruh pada pilihan raya akan datang.

“Kalau isu ini tidak ditangani dengan serius, walaupun kita dalam parti komponen BN sendiri berkali-kali menyuarakannya maka tidak perlu pihak kerajaan menyesal jika berlaku sesuatu yang boleh menggugat keutuhan BN seperti pada pilihan raya lalu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya ketika menyokong usul bertajuk ‘Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin dan Pemberian MyKad secara Tidak Sah’ oleh wakil Pergerakan Wanita Bahagian, Annie Rangga.

Wakil wanita itu dalam ucapannya meminta kerajaan tidak melihat masalah itu sebagai remeh temeh.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata isu kehadiran PTI yang semakin ramai dengan pemilikan dokumen tidak sah bukan sahaja menggugat ekonomi dan sosial penduduk tempatan malah boleh menimbulkan masalah keselamatan.

“Keadaan ini dilihat lebih membahayakan lagi kerana tuntutan negara Filipina ke atas negeri Sabah masih belum diputuskan secara muktamad,” tambahnya.

Tegasnya, hanya ‘kemahuan politik’ sahaja yang boleh menyelesaikannya di mana kerajaan pusat adalah pihak yang benar-benar berperanan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan bukan melihat perkara ini dengan sebelah mata sahaja.

“Kita bukan tidak mahu orang asing datang ke negeri kita tetapi mereka haruslah memiliki dokumen sah dan bukan yang diperolehi dari pintu belakang yang didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu sebahagian besar perwakilan UPKO dalam konvensyen Tahunan Bahagian Ranau itu berpendapat isu PTI kalau tidak ditangani dengan serius mungkin akan menjadisatu masalah ‘pembunuh senyap’ kepada pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional sendiri suatu hari nanti.

Perwakilan dari cawangan Lohan 1, Taufek Dahlan, ketika membahas usul itu berkata, isu PTI telah disuarakan oleh UPKO secara berulang-ulang kepada pihak yang berwajib tetapi sehingga kini tidak ada tindakan serius untuk menanganinya.

“Pihak berwajib hanya membuat tindakan bersifat sementara apabila mendengar ada pihak yang bising mengenainya namun tindakan itu akan longlai kemudian tanpa susulan yang serius seolah-olah isu ini tidak penting atau membahayakan,” tegasnya.

Usul lain yang dibentangkan dan mendapat reaksi hebat dari perwakilan ialah mengenai ‘Perkongsian Kuasa Dalam Barisan Nasional’ yang antara lainnya meminta supaya perkongsian kuasa itu dilakukan dengan adil mengikut komposisi kaum, agama, jawatan dan sebagainya.

Perwakilan dari Cawangan Libang, Jasni Rijan, meminta supaya menghentikan sikap sebahagian pemimpin yang melobi atau meminta kawasan yang sedia disandang sesebuah parti untuk diberikan kepada parti tertentu.

Katanya, sikap seperti itu hanya akan menimbulkan pergeseran yang akhirnya akan menimbulkan perpecahan dalam komponen BN.

“Kalau ada kemampuan, lebih baik berjuang dapatkan semula kerusi BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu,” tambahnya

17 ulasan:

  1. masalah PATI ni mmg amt sukar diselesaikan, ia memerlukan perhatian dan kerjasama daripada semua pihak untuk diselesaikan. ia tak boleh dibiarkan, hal ini jika terus dibiarkan, ia akan menjadi satu masalah yang besar. sekarang ini kita sendiri dapat lihat, bagaimana PATI ini begitu bermaharajalela sehingga menggugat kedudukan penduduk tempatan. jika dibiarkan, hak kita sebagai rakyat tempatan akan terjejas.

    BalasPadam
  2. Kita semua tahu isu PATI ini dah lama ada, kita pun tahu masalah ini perlu diselesaikan. Tapi apa yang kita perlu adalah cara yang berkesan untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  3. Before this PATI issue goes any more worser, all party should cooperate to come up with an effective solution. This is not the right time for parties to think about their self-interest only.

    BalasPadam
  4. Tidak ada masalah pendatang asing datang ke negara ini, tapi yang penting adalah dengan cara sah bukannya dari pintu belakang yang tidak pasti. Kerajaan sekarang haruslah memandang serius tetang perkara ini yang semakin menjadi-jadi, jangan pandang remeh temeh perkara ini. Ini akan memudaratkan ekonomi dan keadaan negara itu sendiri dan juga keselamatan yang tidak terjamin. Kerajaan haruslah bertindak bagi menangani masalah PTI ini. Sekiranya masalah ini boleh ditangani maka tidak mustahil rakyat percaya bahawa kerajaan memang boleh membantu rakyatnya menyelesaikan masalah.

    BalasPadam
  5. "Masalah pendatang tanpa izin Sabah perlu perhatian pihak berwajib: Ewon"


    Memang patut masalah ini perlu perhatian pihak berwajib. Masalah ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum ia bertambah besar.

    BalasPadam
  6. masalah PATI memerlukan komitmen daripada semua pihak. usaha yang tanpa henti dan bersungguh-sungguh diperlukan dalam menyelesaikan isu PATI ini.

    BalasPadam
  7. semua pihak perlu ambil perhatian bagi menangani masalah PATI ni. tp apa yang berlaku sekarang, terdapat golongan yang bersubahat dalam membawa masuk PATI ini demi kepentingan diri. jika ada golongan seperti ini, amat sukar untuk masalah ini selesai.

    BalasPadam
  8. Pihak berwajib dan juga semua pihak perlu memberikanprhatian tentang masalah PTI ini. Kerajaan telah cuba sedaya upaya menangani PTI ini tapi sampai sekarang masih ramai lagi yang masih berkeliaran. Harap semua pihak akan memberikan maklumat untuk memudahkan serbuan dan penangkapan dilakukan.

    BalasPadam
  9. Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana faktor penarik; tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, majikan (swasta) dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran, integriti dalam urus-tadbir dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada PATI dan pekerja asing yang tidak terkawal.

    BalasPadam
  10. Malaysia adalah di antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi di dunia. Mengapa kehadiran mereka diperlukan kerana di sektor2 kritikal mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Tambahan pula, sikap penduduk tempatan yang tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang dianggap kritikal seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Malaysia amat bergantung kepada pekerja asing dan akhirnya negara kita sinonim dengan perkataan “buruh asing”, khusus pekerja asing yang bekerja di sektor pembinaan.

    BalasPadam
  11. kita hanya perlukan pekerja asing di Sabah bukannya pendatang tanpa izin. oleh itu, saya harap kerajaan dapat melaksanakan cadangan melarang tanggungan pekerja asing berada di Malaysia dan tingkatkan usaha secara berterusan bagi membawa keluar PATI dari Sabah.

    BalasPadam
  12. penyelesaian terhadap masalah PATI perlu dicari. usaha perlu sentiasa dibuat bagi mencari penyelesaian terbaik.

    BalasPadam
  13. Bukan saja perlu bahkan harus diberi perhatian. hihi

    BalasPadam
  14. Betul tu Jonny. Paling penting ialah cari cara yang terbaik utk tanggani hal ni, jika tidak hal ini pasti akan terus berlanjutan.

    BalasPadam
  15. Saya sendiri pernah terfikir, bilalah Sabah ni akan bebas dari pati... Entah dimana silapnya kerana, pelbagai usaha telah dilakukan namun masalah pati ni masih juga belum selesai. huhuhu

    BalasPadam
  16. Saya pun hairan kenapa ramai sangat pendatang mahu masuk tanpa kebenaran ke negeri kita???? Bukankah lebih baik jika mereka ikut saluran yg betul, tak juga bikin pening orang lain :P

    BalasPadam
  17. Apapun, saya harap semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaiakn perkara ini. saya yakin dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua pihak perkara ni pasti selesai.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.