Halaman

Selasa, 7 September 2010

Puak Gay Malaysia Buka Gereja Gay?

Staff Berita Semasa


gay1

Apalah nak jadi dengan negara Malaysia sekarang ini. Tak selesai masalah buang bayi, kes dera, pengedaran dadah, seks bebas, lambakan rumah urut, kes rasuah, judi dan pertaruhan dan macam-macam lagi, datang pula masalah lain. Sekarang ini pula, puak-puak gay Malaysia ada rancangan nak menubuhkan gereja khas untuk mereka pula……Takkan tunggu Malaysia ditimpa malapetalaka dan bencana baru nak menyesal?

Semasa satu-satunya paderi gay Malaysia mengumumkan penubuhan gereja ‘gay’ atau ‘sesama jenis lelaki’ yang pertama di negara ini, macam-macam kritikan dan bidasan yang diterimanya. Ya…memang patut pun. Tetapi kalau dah perangai degil, susah nak dengar cakap, memang tidak ke mana. Nama paderi ini, Ouyang Wen Feng.

Dah kerajaan ambil sambil lewa, habis dipijaknya undang-undang yang sedia ada, paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah walaupun menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.

gay2

Kalau sebelum ini, beliau dengan puak-puak gay Malaysia hanya beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur. Bukan sekejap dah. Sudah tiga tahun lamanya. Sekarang ini, mereka sudah berani mewarwarkan kepada umum. Apa motif beliau dan geng-geng gay Malaysia bertindak sehingga begini? Tidak lain tidak bukan……………….

  1. Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti ‘gay’ di Malaysia ini dihormati
  2. Mereka cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi.

Kalau sekarang ini dibenarkan gereja khas untuk mereka, apakah selepas ini akan ada untuk lesbian pula. Pengkid. Kononnya supaya nasib mereka lebih terbela. Ingat lagi kisah Nabi Luth. Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran, bagaimana kemurkaan Tuhan terhadap hambanya yang sudah jauh terpesong. Sejarah sudah membuktikannya…..

Mungkin disebabkan terpengaruh dengan gereja untuk golongan gay yang telah dibina di beberapa buah negara di Barat seperti Amerika Syarikat. Biasalah nak jadi paderi gay pertama di Malaysia, macam-macam alasan supaya hasratnya tercapai.

Realitinya, yang jadi paderi ini bukanlaa jenis lelaki yang benar-benar melalui kehidupan normal. Bukan mudah nak hidup tanpa berkahwin, dan banyak pula antara mereka memang tiada nafsu pada perempuan, koir budak lelaki di gereja pun suara amat lembut sekali…ini berlaku sebab hormon lelaki yang rendah dan mereka mereka ini pula yang menjadi pilihan menyanyi di gereja.

Create and share your documents anywhere with Office 2010

Kalau diikutkan sejarah pula, ada agama menganggap homoseksual mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat sebab mereka tidak mudah terpengaruh dengan perempuan tetapi dalam Islam tiada istilah homoseksual, sebab Islam menganggap mereka sama sahaja seperti manusia normal dan menggalakkan golongan tersebut berkahwin dan melakukan perubahan dalam hidup mereka.

gay3

Yang jadi masalah di sini, apabila heboh satu Malaysia, kemudian satu dunia tahu kewujudan komuniti besar gay di Malaysia sehingga berjaya tertubuhnya gereja Gay sendiri, maka generasi akan datang akan ramai mengikut, terpengaruh dan mengikuti komuniti mereka. Dah masuk susah nak tinggal. Kerajaan Malaysia sepatutnya lebih tegas dalam soal ini berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di Malaysia yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis. Janganlah tindakan ibarat “suam-suam kuku” sahaja.

“Kemunculan golongan gay adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi di Malaysia kelak”

Sebenarnya dengan membuat gereja khas untuk mereka maka bebas untuk mereka nak buat apa pun. selepas itu, ramai yang akan datang ke situ. Apabila dah ada kemudahan sebegini, komuniti gay di Malaysia akan semakin bertambah dan berkembang.

gay4

Sedangkan, Majlis Gereja-Gereja Malaysia melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hermen Shastri tidak menyenangi tindakan Ouyang Wen Fang itu kerana ajaran agama Kristian sememangnya tidak mengiktiraf golongan gay di Malaysia. Habistu yang kerajaan nak tunggu sampai bila mahu nak bertindak tegas?

9 ulasan:

  1. Sebenarnya, paderi Ouyang telah menjelaskan bahawa gereja itu bukan gereja gay. Ianya sebuah gereja untuk semua lapisan masyarakat termasuk golongan homoseksual.

    BalasPadam
  2. Elbi Risalah, sila baca artikel ini.

    http://www.malaysiakini.com/news/141947

    BalasPadam
  3. sebaiknya jgnlah kita menggalakkan budaya gay di negara kita.

    BalasPadam
  4. Kerajaan haruslah bertindak tegas untuk menangani masalh GAY ini. Jangan biarkan kumpulan ini merebak, bertindaklah cepat kerejaan.

    BalasPadam
  5. Its not a gay church. Which church doesn't welcome anyone? Anyone including gays are welcome to that church.

    BalasPadam
  6. Although I disapprove the gay culture, but what can we do. They are born like that. Its not their choice to be one.

    BalasPadam
  7. gay bertentangan dgn fitrah semulajadi manusia. ia menjejaskan perkembangan masyakarat. kita tak boleh biarkan gejala gay berleluasa di negera kita.

    BalasPadam
  8. I don't mean to stop his ambitions, but I don't agree with him who want to use church for the purpose. please find another way to help those gay not by using the church. the purpose of the church is not to unite gay people, but to unite people with God.

    BalasPadam
  9. Renungkan Firman ini dan fikirkan adakah Kristian mengajarkan homoseksual atau tidak. Dalam Alkitab di nyatakan kisah mengenai negara Sodom dan Gamorah ditunggangbalikkan oleh Allah merana negara itu mengamalkan homoseksualiti. Ajaran Kristian menolak keras amalan homoseksual.

    "27 Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki, dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka. 28 Dan karena mereka tidak merasa perlu untuk mengakui Allah, maka Allah menyerahkan mereka kepada pikiran-pikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas: 29 penuh dengan rupa-rupa kelaliman, kejahatan, keserakahan dan kebusukan, penuh dengan dengki, pembunuhan, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan. 30 Mereka adalah pengumpat, pemfitnah, pembenci Allah, kurang ajar, congkak, sombong, pandai dalam kejahatan, tidak taat kepada orang tua, 31 tidak berakal, tidak setia, tidak penyayang, tidak mengenal belas kasihan. 32 Sebab walaupun mereka mengetahui tuntutan-tuntutan hukum Allah, yaitu bahwa setiap orang yang melakukan hal-hal demikian, patut dihukum mati, mereka bukan saja melakukannya sendiri, tetapi mereka juga setuju dengan mereka yang melakukannya."
    Roma 1:27-32 (ALKITAB - LAI)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.