GEORGETOWN - Tindakan cybertrooper Umno mengubah suai gambar yang menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyembelih lembu korban bukan sahaja dianggap biadab keterlaluan malah sengaja dirancang dengan motif untuk mencetus sentimen kaum dan agama selain mencemar kesucian bulan Ramadan Al Mubarak.
Sambil melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bermoral itu, Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Mohd Faruk Abdul Rahman berkata Umno-Baridsan Nasional sudah ketandusan idea politik dan cuba memalingkan perhatian rakyat daripada kelemahan mereka.
Malah tindakan Umno-BN terus giat melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah dengan tujuan memburukan imej PAS dan Pakatan Rakyat dalam bulan Ramadhan walaupun umat Islam di ajak untuk membuat amalan dan kebaikan pada bulan ini yang mulia ini.
“Kita lihat kebelakangan ini, mereka (Umno-BN) cuba membawa pelbagai isu dalam usaha memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan tujuan menyemai perasaan benci rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
“Walaupun pelbagai cubaan dilakukan untuk menjatuhkan maruah kepimpinan kerajaan negeri namun saya percaya rakyat mampu menilai siapa di pihak yang benar dan saya yakin rakyat masih teguh bersama kami,” kata Mohd Faruk setelah mengiringi Ketua Pemuda Sosialis DAP Negeri, Wei Eik membuat laporan polis petang semalam di Balai Polis Jalan Pattani terhadap tindakan cybertrooper Umno tersebut.
Beliau percaya perbuatan menyebarkan fitnah dan memburuk-burukan kerajaan negeri oleh Umno-BN tidak akan terhenti di sini dan pihaknya bersedia menghadapi sebarang usaha jahat parti itu di masa depan.
Cybertrooper Umno yang mengunakan nama samaran “PAS Beruk” menyebarkan gambar bertindih yang telah diubahsuai kononnya Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan komen “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?”
Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Negeri, Ng Wei Eik berkata pihak polis harus menyiasat secara terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang sengaja menaikkan api kemarahan masyarakat Islam dan menimbulkan ketegangan agama.
Wei Eik berkata, Ketua Menteri sememangnya seorang yang prihatin dan mesra dengan semua lapisan kaum malah pada bulan Ramadhan ini, jadualnya begitu padat dengan pelbagai majlis berbuka puasa.
Namun begitu, beliau berkata, Guan Eng masih lagi tahu batas serta perkara yang dibenarkan dan perkara yang ditegah dalam majlis keagamaan.
“Tuduhan dan tohmahan yang dilakukan mereka semuanya tidak berasas. Mereka nampaknya beriya-iya mahu memburukkan kepimpinan kerajaan negeri. Selepas isu kononnya kerajaan tidak mengizinkan peniaga beroperasi di aras tiga Komtar, kini mereka bawa pula isu nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat dan terkini mereka sengaja membuat gambar yang mahu menaikan kemarahan orang Melayu terhadap beliau.
“Mereka sudah semakin melampau kerana dengan sewenang-wenangnya memainkan isu yang sangat sensitif ini. Ini berbahaya kerana ia boleh memecah belahkan kaum serta keamanan yang lama dikecapi negara,” kata beliau.
How sure are we its the work of UMNO cybertrooper???
BalasPadambenarkah apa yang berlaku disebabkan oleh UMNO? pembangkang juga dilihat melemparkan tuduhan terhadap UMNO, termasuklah mengatakan UMNO terdesak. apa-apa pun bersainglah secara sihat dan adil.
BalasPadamBlogger2 Umno tidak pernah dibayar dalam berkarya melainkan mereka ikhlas berjuang dari segala kemungkaran yang di bawa oleh PR. Blogger PAS memang terbukti di bayar untuk membuat kerja2 luar biasa seperti ini seperti yang dilakukan oleh blogger terkenal mereka Raja Petra dan juga pengakuan Kickdefella yang menerima RM4 juta daripada pemimpin PAS untuk menyebarkan fitnah sebelum ini. jadi tidak mustahil gambar itu juga sengaja dicipta oleh PAS dan kononnya dilakukan oleh umno.
BalasPadammenurut sumber2 dari blogger yang lain, PAS BERUK dan rakan2 bloggernya giat mengutuk kerajaan. jadi ini membuktikan PAS BERUK bukan di pihak umno/BN..
BalasPadamsaya tidak percaya dengan mengubah suai gambar yang menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyembelih lembu korban bukan sahaja dianggap biadab keterlaluan. Adakah itu pasti kerja UMNO atau orang sendiri yang cuba untuk menaikkan kemarahan parti sendiri. sekiranya tidak ada bukti yang kukuh, janganlah sesekali menuduh dengan membuta tuli saja. Pastikan ada buki.
BalasPadambelum ada bukti menunjukkan bahawa UMNO yang menjadi dalang mengubahsuai gambar tersebut, menuduh tanpa bukti jg ibarat satu fitnah.
BalasPadamFitnah??saya rasa kalau dalam hal Fitnah mungkin PR sendiri lagi merbahaya dalam fitnah ini. Saya rasa, mengubah suai gambar ini PR pun lebih handal berbanding dengan Umno. Apa yang penting sekarang ialah bermainlah dengan cara yang bersih dan baik.
BalasPadamtidak patut jika mengatakan UMNO yang mengubahsuai gambar tersebut, sedangkan tiada bukti. berpolitiklah dengan bersih dan jujur.
BalasPadamDalam politik ini memang susah kita mahu menjangkakan sesuatu. macam-macam perkara boleh berlaku, orang sendiri pun boleh menjatuhkan kawannya. Perkara ini pasti ada berlaku dan tidak mustahil dalam politik perkara ini berlaku. Oleh itu, jangan salahkan orang sekiranya tidak ada bukti yang tepat dan kukuh. Umno tidak akan melakukan perkara sebegini. Percaya, harap PR cuba siasat perkara sebenar sebelum mebuat tuduhan.
BalasPadamItulah kita tidak sepatutnya mencampur aduk isu agama dengan isu politik.
BalasPadam“Walaupun pelbagai cubaan dilakukan untuk menjatuhkan maruah kepimpinan kerajaan negeri namun saya percaya rakyat mampu menilai siapa di pihak yang benar dan saya yakin rakyat masih teguh bersama kami,” kata Mohd Faruk
BalasPadamWell, let's just wait for the next GE then and see which candidate will the rakyat choose.
tuduhan tu biarlah berasas, tak boleh tuduh sembarangan, siasat dulu siapa dalang sebelum membuat tuduhan. apapun perbuatan fitnah seperti ini mmg tidak patut dilakukan.
BalasPadambenarkah tuduhan ini?
BalasPadambulan Ramadhan adalah bulan di mana umat mengandakan pahala..tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..sungguh menyedihkan!
BalasPadamsiasatan harus dilakukan secara terperinci sama ada benar dalang itu adalah UMNO atau Pakatan Rakyat..
BalasPadamjenayah siber semakin menjadi-jadi di negara kita..pihak berkuasa harus memantau serta menghukum mereka yang menyalahgunakan teknologi siber menyebarkan hasutan yang boleh mengugat keselamatan serta ketenteraman awam dan negara.
BalasPadamdiharapkan bloger2 di malaysia terlebih dahulu mengesahkan sebarang maklumat yang mereka perolehi sebelum menyiarkannya untuk mengelak sebarang salah faham.
BalasPadamhttp://cikguleepk.blogspot.com/2010/09/habislah-cybertrooper-pas-yang-menyamar.html
BalasPadamakhirnya terbongkar, cybertrooper itu sebenarnya dari PAS. laporan polis sudah dibuat.
ya ka maxi? uuii na bikin malu kalau itu. hahaha
BalasPadamLucu betul oo orang zaman sekarang.. kreatif betul mo kasi kena pihak lain. huhu
BalasPadamKalau ya pun tidak puas hati denga sesuatu pihak, kritik lah secara positif dan bukannya tabur fitnah!
BalasPadamKalau fitnah yang ditabur, konpomlah masalah takkan selesai malah bertambah teruk lagi. Jadi kalau boleh matang lah sikit dalam melakukan sesuatu ya.
BalasPadamApapun saya harap hal ini dapat diselesaiakan segera bagi meleraikan kekeliruan yang berlaku.
BalasPadam