KUCHING: Tiga lelaki, termasuk seorang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) 1969, berjaya meloloskan diri dari lokap sebuah balai polis di daerah ini pada awal pagi tadi.
Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai mengumpil jeriji besi dan meloloskan diri melalui bumbung bangunan itu dan hanya disedari oleh anggota polis yang membuat pemeriksaan lokap pada pukul 1.45 pagi tadi.
Tiga lelaki tersebut ialah seorang tahanan EO berusia 29 tahun, seorang pendatang tanpa izin warga Thailand berusia 38 dan seorang remaja berusia 18 tahun yang dtahan kerana terbabit dalam kes mencuri motosikal.
Menurut sumber polis, ketika kejadian, terdapat empat tahanan dalam lokap tersebut tetapi hanya tiga sahaja melarikan diri manakala seorang lagi enggan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong, yang megesahkan kejadian itu, berkata polis telah melancarkan operasi memburu ketiga-tiga suspek tersebut.
kawalan yang longgar yang menyebabkan ketiga tahanan tersebut berjaya melarikan diri. polis kena ketatkan lagi kawalan mereka. harap mereka berjaya mengesan ketiga tahanan itu semula.
BalasPadammungkin polis boleh menggandakan hukuman mereka yang melarikan diri dari tahanan sebagai pengajaran kepada banduan2 lain supaya tidak mengikuti jejak mereka.
BalasPadampolis perlu mencari dan menahan kembali tiga tahanan tersebut. harap polis akan dapat mengesan ketiga-tiga suspek.
BalasPadamNasib baik yang satu itu enggan mengikuti mereka untuk melarikan diri.
BalasPadamApa2x saya berharap polis akan berjaya menangkap balik banduan2x tersebut.
BalasPadamIni betul memalukan pihak penjara. Tahanan boleh lepas begitu saja tanpa disedari. apa yang perlu ialah pengawasan haruslah lebih ketat dan cepat dikawasan penjara.
BalasPadamDiharapkan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka setelah diberkas lagi.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtahanan tersebut perlu diberkas dengan segera. pihak polis perlu mengetatkan kawalan pada masa akan datang agar pekara seperti ini tidak berlaku lagi.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambegitu mudah mereka melarikan diri dari lokap, ini memalukan pihak polis atas pengawasan mereka yan longgar. ketiga tahanan ini perlu dikesan. polis kena bertindak segera.
BalasPadamBegitu mudah mereka mengumpil jerigi lokap tersebut.
BalasPadammemang patut lancarkan buruan terhadap 3 suspek yang melarikan diri itu. Sekiranya tertangkap suspek tersebut, berikan hukuman yang lebih atas perbuatan mereka yang melanggar undang-undang.
BalasPadamAlahai, macam mana juga jadi mm ni. huhu
BalasPadamSemoga tahanan yang melarikan diri tu dapat ditangkap balik. Kawalan juga harus diperketatkan jangan sampai kejadian seperti ni berulang lagi.
BalasPadam