HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Oktober 2010

Cuepacs mohon bonus bagi 1.2 juta penjawat awam

BERNAMA

PUTRAJAYA— Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa), tahun ini.

Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.

“Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 [juta] penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.

“Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam,” katanya.

Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu.

Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini.

11 ulasan:

joey berkata...

ini cadangan yang baik. namun, kemampuan kewangan perlu diambil kira terlebih dahulu. harap permintaan tersebut dapat dipertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

pemberian bonus kepada penjawat awam perlu dipertimbangkan, ia sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan kerja penjawat2 awam, namun, permberian bonus ini perlulah melihat kepada kewangan dan kemampuan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

permohonan ini harus dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa penjawat awam yang menjadi jentera pengerak dasar2 kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

jika diluluskan maka ini akan menaikkan lagi motivasi dan intergriti penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka..harap pertimbangan yang sewajarnya akan diberikan.

Anak Sabah berkata...

Jika bonus diberikan kepada penjawat awam yang rajin, saya amat bersetuju.

Anak Sabah berkata...

Mungkin dengan cara ini, penjawat awam lain yang malas dan bersikap buruk akan membaiki kelemahan diri supaya dapat berkhidmat dengan baik pada masa depan.

maya berkata...

Apa pun diharap permohonan untuk mendapatkan bonus kepada 1.2 juta penjawat awam ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan.

maya berkata...

Selain dari mendapat bonus insentif lain juga harap dipertimbangkan.

Hosie Masie berkata...

Semoga berjaya dengan permohonan tersebut.

Unknown berkata...

Satu cadangan yang bagus. Dengan pemberian bonus itu, mereka akan menjadi lebih bermotivasi untuk memperbaiki tahap pretasi mereka dan bekerja tekun.

Tanpa Nama berkata...

so, keputusannya akan diketahui dalam pembentangan bajet yang dijadualkan pada 15 Oktober ini. tapi sekiranya permohonan itu gagal, penjawat2 awam tidak perlulah terlalu mendesak kerana telah banyak insentif2 lain yang telah diberikan kerajaan kepada penjawat awam.