Halaman

Rabu, 6 Oktober 2010

Jaulah terkilan tanah yang dipohon 1977 jadi milik orang lain

KENINGAU KINI

KENINGAU: Jaulah Ratiman, 53, benar-benar terkilan apabila mendapati tanah sekangkang kera yang menjadi punca pencariannya sejak lebih 30 tahun untuk membesarkan anak-anak akhirnya menjadi milik orang lain.

“Saya teraniaya,” demikian keluhannya kepada akhbar ini.

Jaulah yang merupakan kakitangan biasa Majlis Daerah Keningau memberitahu, beliau memohon tanah seluas 17 ekar itu yang terletak di Batu 12 Barasanon, Sook sejak tahun 1977 melalui PT77131288 /No. PT. 20-00132019.

Beliau telah mengusahakan tanah itu dengan tanaman getah disamping buah-buahan yang menjadi sumber pendapatan utama keluarganya.

Katanya, beliau telah berulang kali merujuk kelulusan permohonan itu sejak tahun 1977 namun, Jabatan Tanah dan Ukur meminta beliau supaya bersabar.

“Telah berpuluh tahun saya akur kehendak mereka supaya bersabar,” jawabnya dan me- nambah, pada tahun 2000 jabatan itu mencadangkan kepada beliau supaya memohon semula tanah itu, kerana rekod yang lama didapati musnah selepas sebahagian bilik rekod jabatan itu dibasahi hujan.

Ketika merujuk perkembangan permohonan tanah itu pada tahun 2006, Jaulah begitu terkejut apabila mendapati tanah itu telahpun diukur atas nama orang lain.

“Tanah itu dipohon oleh Rose Bte Pangiran melalui LA88131912/No. penyukatan: 2006138130,” katanya.

Persoalan yang Jaulah kemukakan ialah, beliau telah memohon tanah itu pada 8 Jun 1977, dan dikatakan rekod musnah, tetapi seorang pemohon baru telah mengemukakan permohonan ke atas tanah yang sama pada 1988, iaitu selang 11 tahun daripada tarikh beliau mengemukakan permohonan.

Katanya, sepanjang 11 tahun itu beliau telah berulang kali merujuk perkembangan permohonan tanah itu dan Jabatan Tanah dan Ukur memberi jawapan ‘bersabar’, ‘tidak ada masalah permohonan itu’ atau ‘tunggu sahaja arahan penyukatan’.

Beliau juga terkilan kerana pada tahun 2000 diarah supaya mengemukakan permohonan baru ke atas tanah itu, atas alasan ‘rekod lama musnah kerana pejabat mereka dibasahi hujan’, sedangkan pada ketika itu jabatan itu dalam proses mengeluarkan ‘ulasan’.

Katanya, beliau telah meng- emukakan ‘surat bantahan’ ke atas pemohon baru itu melalui surat bertarikh 28 Nov 2006 yang turut disokong oleh Pegawai Daerah Keningau, namun Jaulah benar-benar kecewa apabila mendapati surat yang dialamatkan kepada Pegawai Jabatan Pemungut Hasil Tanah Daerah Keningau itu dinafikan oleh jabatan itu.

Jaulah telah melakukan pemeriksaan daftar penerimaan surat itu pada 28 September 2010 yang lalu, namun jawapan yang diberikan oleh jabatan itu ialah: “Kami tidak ada sebarang rekod penerimaan surat daripada anda”.

Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada jabatan itu supaya mengembalikan ‘hak- nya’, memandangkan tanah itu satu-satunya tempat keluarganya bercucuk tanam untuk mendapatkan sumber pendapatan.

“Saya tidak menuding jari kepada Jabatan Tanah dan Ukur/Jabatan Pemungut Hasil Tanah, namun saya benar-benar kecewa dengan cara mereka bekerja,” tambahnya.

Beliau mahu supaya kelulusan pemilikan tanah atas nama Rose Pangiran dibatalkan, memandangkan beliau merupakan pemilik asal tanah itu.

“Saya meneroka tanah itu daripada hutan sehingga ditanam dengan getah,” jelasnya.

Jaulah mahu supaya Pengarah Tanah Negeri Sabah memberi perhatian serius mengenai kes berkenaan, kerana menurutnya terlalu ramai petani yang menghadapi masalah yang sama namun bantahan mereka tidak pernah dilayan.

“Ia satu penganiayaan terhadap golongan yang tidak mempunyai kuasa,” katanya.

23 ulasan:

  1. Pihak berkuasa haruslah mengambil perhatian tentang kes, tindakan hanya boleh diambil selepas penyiasatan lanjut dilakukan.

    BalasPadam
  2. Diharapakn pihak berkuasa boleh membantu penduduk-penduduk yang memerlukannya.

    BalasPadam
  3. pekara ini perlu diambil perhatian. tindakan yang bersesuai perlulah dimbil bagi menyelesaikan pekara ini.

    BalasPadam
  4. pihak berkuasa kena mengambil tindakan bagi hal ini, Jaulah telah berpuluh tahun mengusahakan tanah tersebut dan memohon tanah tesebut sejak 1977, tanah itu sepatutnya menjadi hak dia.

    BalasPadam
  5. inilah kecuaian sesuatu pihak yang menyebabkan rakyat menerima kesusahan. Harap penyelesaian berkenaan masalah ini. Orang yang betul-betul berhak itulah yang layak memdapat tanah tersebut.

    BalasPadam
  6. seolah2 penganiayaan ini sengaja dilakukan. Jabatan Tanah dan Ukur wajar disiasat jika kes ini melibatkan unsur2 rasuah. para pemimpin2 jangan hanya berdiam diri, lakukan sesuatu untuk membela nasib mereka.

    BalasPadam
  7. pihak yang berkaitan perlu menyelesaikan masalah ini. pastikan orang yang benar-benar layak memiliki tanah tersebut.

    BalasPadam
  8. hal ini perlukan perhatian pihak berkuasa, tak adil jika tanah itu diberi kepada orang lain sedangkan dah lama Jaulah mengusaha dan memohon tanah tersebut.

    BalasPadam
  9. Saya harap hak Jaulah akan diselesaikan secara adil. Melihat secara mata kasar memang dialah empunya tanah tersebut. Nasib beliau masih menyimpan rekod lama. Hairan juga bagaimana sistem kawalan dan pengurusan jabatan tertentu sangat tidak kondusif sehingga air hujan boleh masuk?

    BalasPadam
  10. Saya percaya kerajaan pasti telah memberikan peruntukan untuk renovate jabatan lama dan juga membeli komputer untuk menyimpan rekod?

    BalasPadam
  11. Saya sendiri pun akan rasa kecewa jikalau dibuat sedemikian. dari 1977 lagi membuat pemohonan tapi hingga sekarang menjadi milik orang yang memohon pada 1988. Tidakkah ini memperlihatkan kecuaian dan kelemahan dalam pengurusan.

    BalasPadam
  12. mengapa perkara ini boleh berlaku? dimanakah silapnya? siapakah yang harus bertanggungjawab?

    BalasPadam
  13. jika menurut pengadu, alasan yang diberikan oleh pihak jabatan tanah dan ukur adalah tidak munasabah..apakah berlaku penyelewengan?

    BalasPadam
  14. tuntutan bertindihan ke atas sesuatu kawasan tanah seharusnya diselesaikan dengan adil dan rasional..namun apa yang berlaku benar2 meragukan..ketelusan jabatan berkenaan mengendalikan hal milikan tanah kini diragui..apakah penjelasan yang munasabah dari jabatan itu?

    BalasPadam
  15. perkara ini harus disiasat dengan terperinci..

    BalasPadam
  16. Hal ni harus disiasat segera dan pastikan nasib Jaulah terbela.

    BalasPadam
  17. Rasanya kes macam ni bukan berlaku pada si Jaulah saja, orang lain pun ada juga yang alami nasib begini. My parents pun dah pohon tanah dari tahun 90-an tapi sampai sekarang masih lagi dalam tindakan belum ada perkembangan. huhuhuu
    Harap2 tak jadi mcm kes si Jauliah.

    BalasPadam
  18. Betul neiji sheito. Mcm penganiayaan ni sengaja dilakukan. Jadi para pemimpin harus tampi tanggani masalah ni segera jangan biarkan hal ni merosakkan nama baik kerajaan.

    BalasPadam
  19. Mungkin ada kesilapan yang berlaku jadi pengurusabn jabatan tanah harus dikemaskini. Tak dinafikan permohonan tanah tu banyak sehingga tak cukup tangan nak selesaikannya, jadi kalau rasanya masih kurang kakitangan tawarkanlah kerja kosong utk aku ya.. Saya dengan berbesar hati pasti setuju:) hehehhehehe

    BalasPadam
  20. Apapun saya harap semua jabatan kerajaan dapat menjalankan tugas dengan baik. Pastikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan!!!

    BalasPadam
  21. Pekara yang tidak patut berlaku. Harap pekara sebegini tidak lagi berlaku.

    BalasPadam
  22. Tanah merupakan nadi hidup orang kampung. Jangan putuskan nadi mereka.

    BalasPadam
  23. Kenapa nasib orang kampung tidak diperihatin oleh pegawai kerajaan? Mereka selesa duduk dalam pejabat yang berhawa dingin yang dibina oleh duit rakyat yang menitis peluh.
    Tidak bersyukur pada rakyat malah menyusahkan rakyat.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.