HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Oktober 2010

Muhyiddin tegur Azmin label Mahathir ‘pemimpin tersungkur’

BERNAMA

Tan Sri Muhyiddin Yassin
KOTA KINABALU — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “pemimpin yang sedang tersungkur”, tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik seorang pemimpin.

“Ini tak sepatutnya berlaku. Kita dalam politik, kita mesti ada nilai moral dan akhlak dan sebagai manusia kita juga mesti hormat menghormati.

“Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Azmin hari ini yang menyifatkan Tun Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai “pemimpin yang sedang tersungkur” di negara itu.

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam. Pemimpin PKR itu juga dipetik sebagai berkata bahawa ia disebabkan kedegilan Mahathir bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

Muhyiddin berkata Azmin sepatutnya berpandu kepada perasaan kemanusiaan.

“Bila Tun Mahathir uzur dan masuk hospital, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Tun cepat sembuh dan pulang untuk berkhidmat kepada negara atas kapasiti beliau sebagai mantan Perdana Menteri.

“Jadi kenyataan itu tidak sepatutnya timbul kerana kita saling hormat-menghormati. Tak tahu la kalau begitulah kepimpinan dalam PKR,” katanya.

12 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Mahathir sudah pun bersara, biarlah. Yang penting menumpukan perhatian dalam masalah negara sekarang.

samm berkata...

Azmin tidak sepatutnya berkata demikian. setiap orang perlulah saling mneghormati walaupun berbeza fahaman politik.

mantra berkata...

Azmin tak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian, Tun Mahathir kini sedang tenat, dia sepatunya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tun, walaupun berbeza pendapat dan fahaman politik, sikap saling hormat menghormati perlu ada.

Tanpa Nama berkata...

ketika Nik Aziz sakit masuk wad.. tak pernah kedengaran pun bloger atau website pro kerajaan pada ketika itu mendoakan Nik Aziz mati cepat, neraka dah tunggu dia atau apa-apa pun doa kecaman. yang ada hanyalah doa biar dia cepat sembuh. berbeza dengan website pas dan kenyataan Azmin yang secara terang-terangan mendoakan Tun Mahathir mati cepat dan menyifatkan Tun M sebagai pemimpin yang sedang tersungkur.

Tanpa Nama berkata...

kalau sakit dan ditimpa musibah, bloger pro umno dan ahli2 umno tidak sesekali mengeluarkan fitnah dan hamburan kata2 kesat demi untuk memuaskan nafsu politik yang maha sempit seperti PR. mungkin itulah sifat kepimpinan PR yang beriya2 mahu merampas kerajaan dan konon mahu membela nasib rakyat.

Bujang Senang berkata...

Mana sikap orang melayu hormat menghormati yang selama ini dipupuk. Azmin hormatilah sikit dengan Dr M walaupun berbeza pendapat.

Tanpa Nama berkata...

“Ini tak sepatutnya berlaku. Kita dalam politik, kita mesti ada nilai moral dan akhlak dan sebagai manusia kita juga mesti hormat menghormati."

Betulkah?

Tanpa Nama berkata...

Kalau PKR benar2 mahu menjadi pucuk pimpinan Msia, kenapa tidak bertindak seperti satu? Tindakan2 sedemikian hanya merosakkan lg imej PKR. Entahlah

Paquin berkata...

Kalau hendak dihormati rakyat, mulakan dari diri sendiri untuk menghormati orang lain... Inikan pula bekas pemimpin negara :)

Paquin berkata...

Memang patut kena tegur. Sikap label-melabel ni bukan budaya Malaysia.

gambir berkata...

Inilah masalahnya politik yang tidak berkualiti dan hanya mampu menyatakan perkara2 buruk terhadap pemimpin terdahulu.

gambir berkata...

Mana2 pemimpin sekalipun harus menghormati pemimpin yang lain. Perlukah setiap parti memburukkan-burukkan parti2 yang lain?