| MALAYSIA KINI | ||
| |
Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang semalam, tetapi kemudiannya dibatalkan berikutan kemunculan kumpulan berkenaan.
“Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti.
“Saya ingin tegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya naib presiden parti ataupun pembantu khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media,” kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, PKR juga berpendapat bahawa Rahimi telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.
Rahimi dalam laporan polisnya, semalam mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut laporan polis Rahimi itu, akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.
Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.
"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.
Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya.
Berani kerana benar..tidak perlu risau kerana orang baik selalunya mendapat berkat!!!
BalasPadammemang Rahimi bernai untuk memberikan sesuatu keterangan. Sehingga kan HINDRAF datang mengganggu temubual Rahimi.
BalasPadamHanya orang yang takut sahaja berani menimbulkan masalah.
BalasPadamAnda telah dewasa Rahimi. Anda sudah tahu membezakan mana baik mana buruk. Tapi mengapa lambat bertindak? Adakah?
BalasPadamSatu hari kebenaran pasti terjawab.
BalasPadamRahimi perlu berani menegakkan kebenaran.
BalasPadamEntahlah mana betul, mana yang tidak. Kes ini semakin rumit lah.
BalasPadamSemoga hal ini diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadampekara ini akan menjadikan kes ini semakin panjang dan semakin kompleks.
BalasPadamsemoga kebenaran akan diketahui bila kes ini dapat diselesaikan nanti.
BalasPadamdiharapkan inilah kemuncak kes liwat Anwar. mungkin disebabkan akuan bersumpah palsu sebelum ini menyebabkan kes ini tidak selesai sehingga ke hari ini.
BalasPadamkalau benar Anwar tidak bersalah, kenapa ada pihak yang mengganggu sidang akhbar itu? jadi ini menggambarkan kes ini semakin jelas dan semakin menghampiri kebenaran.
BalasPadamrahimi berhak memberikan keterangan, kenapa nak menghalang beliau dalam sidang media tersebut jika tak ada agenda tertentu.
BalasPadamEntahlah... pandai2lah rakyat buat penilaian sendiri
BalasPadamSaya harap hal tak diperbesarkan lagi. Suatu masa nanti kebenaran pasti akan terdedah juga.So kita tunggu & lihat saja apa yang bakal berlaku kelak:)
BalasPadamJarang ada pihak yang mengakui kesalaham yang dilakukan. Macam-macam alasan akan diberi.
BalasPadamTakut dengan kebenaran terdedah, wujudlah kekecohan ini.
BalasPadamRahsia tetap bongkah. Sidang media kali ini gagal, ada cara lain untuk membongkahkan rahsia.
BalasPadam