HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Oktober 2010

SABAH DIBANJIRI PEKERJA SEMENANJUNG ?

SABAH KINI



PARTI Maju Sabah (SAPP) berjanji akan memperbetulkan masalah kebanjiran tenaga kerja muda dari Semenanjung Malaysia yang dilihat merampas peluang kerja para belia di negeri ini.

Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, perkara itu boleh diatasi melalui Borneonisasi yang terdapat dalam 20 Perkara kerana penduduk tempatan harus diberi keutamaan mendapat pekerjaan di negeri.

"Borneonisasi yang terdapat dalam 20 Perkara itu jelas menyatakan bahawa penduduk tempatan harus diberi keutamaan memegang jawatan di negeri ini. Kita akan melakukan apa yang sewajarnya untuk memperbetulkan ketidakseimbangan dalam perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah," katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan cawangan-cawangan SAPP bagi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Pantai Manis dan Kawang, di sini.

Seramai 400 juruteknik dari Semenanjung dilaporkan sedang bekerja di negeri ini bagi menyelenggara komputer sekolah-sekolah di seluruh Sabah.

Berita tentang kehadiran para juruteknik itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan adalah sangat mengejutkan kerana terdapat ramai belia di negeri ini yang mempunyai kemahiran komputer tetapi masih menganggur.

Teck Lee seterusnya menggesa para ahli parti memperhebatkan gerakan dan memperkuatkan jentera pilihanraya di Papar dan Kinarut kerana SAPP menerima banyak sambutan dan dilihat sebagai sebuah parti yang cukup tersusun dan kukuh untuk memerintah Sabah.

Beliau berkeyakinan tinggi bahawa semangat orang-orang Sabah untuk mengubah tampuk kerajaan sudah membara. Manakala pemimpin BN juga bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan perkara yang remeh-temeh seperti isu nombor plat kenderaan.

“Mereka bertengakar dalam surat khabar seperti kanak-kanak kecil, ianya perkara yang memalukan, sedangkan isu-isu besar masih tidak selesai. Ini mendedahkan sikap buruk mereka”

Beliau juga menyarankan agar usaha menambah ahli di kawasan Pantai Manis dan Kawang ditingkatkan untuk mengukuhkan lagi kedua-dua kawasan tersebut. “penambahan kekuatan ini adalah usaha yang berterusan”

Sementara itu, turut berucap pada majlis itu ialah, Datuk Eric Majimbun Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Hj Mohd Noor Mansoor bekas Menteri Kewangan dan Encik Saidi Lampoh seorang aktivis politik yang menyertai SAPP baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden merangkap wakil rakyat Likas, Datuk Frankie Chong Timbalan Speaker yang juga Naib Presiden.

Ahli Parlimen Tawau dan Naib Presiden Datuk Dr. Chua Soon Bui, Don Chin (Naib Presiden), Jimmy Jawatah, Naib Presiden, Poon Kee Yang (Naib Presiden) Datuk Richard Yong (Setiausaha Agung), En. Chong Pit Fah, Ketua penerangan serta ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lainnya juga hadir. Beberapa calon yang menawarkan diri untuk pemilihan parti November ini juga turut hadir.

Terdahulu Edward Dagul selaku Pengerusi CLC Pantai Manis dan Kawang di dalam ucapannya menyeru agar ahli-ahli di kedua-dua kawasan terus tabah menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Beliau berkata usaha gigih dan ketabahan ahli-ahli ini merupakan kekuatan yang tidak terdapat di dalam parti lain.

Pemimpin BN pula hanya tahu mengejar projek dan sebaliknya tidak mengendahkan keperluan rakyat. Adalah menjadi kebiasaan mereka untuk turun padang hanya semasa pilihanraya. Sementara itu Parti Maju Sabah (SAPP) pula tidak menunggu hanya pilihanraya, tetapi terus bergerak kehadapan dan melawat kesemua kawasan.

Beliau berkata jadual ketat ini bukanlah perkara yang memenatkan tetapi adalah atas dasar tanggungjawab kepada rakyat.

“SAPP, akan meneruskan khidmatnya kepada rakyat tanpa mengira musim”.

29 ulasan:

Leo berkata...

Tidak dinafikan memang banyak kerja kosong di Sabah diisi oleh pekerja semenanjung.

Leo berkata...

Oleh itu, diharapkan SAPP tidak sahaja pandai berjanji tapi pandai buat.

Anak Sabah berkata...

Ganjil betul, jika Sabah betul-betul dianggap tiada peluang pekerjaan, mengapa banyak pekerja semenanjung yang mampu mencari kerja di sini tapi bukan orang tempatan?

Anak Sabah berkata...

Mengapa orang semenanjung tidak mencari pekerjaan di tempat sendiri jika gaji yang dijanjikan lebih banyak berbanding di Sabah? Tengoklah belia penganggur Sabah, orang semenanjung sanggup datang ke Sabah mendapatkan pekerjaan, ini bermakna Sabah bukanlah teruk sangat.

POP berkata...

Last time it was said that The west is filled with the east people but now is the other way round?

Tanpa Nama berkata...

mmg benar sabah byk dibanjiri pekerja dari semenanjung tak kira sektor awam ataupun swasta. hal ini menyebabkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan tertutup. tapi bagaimanapun, ramai juga rkyat sabah yang membanjiri peluang pekerjaan di semenanjung Malaysia.

zam berkata...

peluang pekerjaan di Sabah sebaiknya diisi oleh belia Sabah. ini bagi mengurangkan pengangguran di kalangan belia Sabah. SAPP jangan lah pula mengambil kesempatan dengan menggunakan isu ini untuk memburuk-burukkan BN. kerjaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan pengangguran dikalangan belia Sabah.

Tanpa Nama berkata...

sudah biasa kita mendengar janji2 manis dari parti2 politik..

Hosie Masie berkata...

Sepatutnya peluang itu diberikan kepada rakyat sabah. ini bagi menangani malsah penggangguran di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

SAPP nampaknya mengambil kesempatan dalam segala isu yang dirasakan oleh mereka berkaitan dengan rakyat dengan memburukkan kerajaan atas isu2 tersebut..

Sanih Alias berkata...

tidak dinafikan lagi. Memang ramai orang semenanjung berkerja di Sabah. Ini kerana kebolehan mereka dan kemahiran yang mereka perolehi. Rakyat Sabah seharusnya bersaing dengan pekerja semanjung ini. Harap, rakyat Sabah akan memenuhi peluang pekerjaan yang terdapat din Sabah.

Tanpa Nama berkata...

kebenarannya ramai orang semenanjung yang mengisi jawatan sektor awam di sabah. orang sabah sendiri mempunyai ramai belia2 yang berkebolehan, berpendidikan dan berkemahiran untuk menjawat jawatan awam di negeri sabah..tidak perlu orang semenanjung berkhidmat di sabah kerana mereka bukannya memahami keadaan dan latar belakang orang sabah..

Unknown berkata...

SAPP mengambil isu ini sebagai isu utama mereka untuk mencari kesalahan UMNO. apa pun, jangan hanya memberikan kata kosong. Bukan mudah untuk menggubah sesuatu yang kita tidak boleh jangkakan. SAPP hanya mampu untuk berkata-kata manis dihadapan rakyat tapi kelak tidak ada hasilnya pun.

Tanpa Nama berkata...

apakah tindakan dari pihak berkuasa terhadap isu ini?

Tanpa Nama berkata...

diharap kerajaan akan melihat isu ini dengan lebih serius..

Tanpa Nama berkata...

walau apa jua janji dan walau apa jua bentuk kritikan SAPP terhadap kepimpinan umno/BN, rakyat akan buat pertimbangan tanpa dipengaruhi oleh ideologi mana2 parti politik di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

untuk menjadi pilihan rakyat, SAPP perlu lebih menonjol dan kerap mendekati rakyat serta terlibat dengan isu2 yang menjadi kepentingan rakyat.

joey berkata...

rakyat Sabah perlu diberikan peluang untuk mengisi jawatan yang ada di negeri ini. SAPP cuba mnegambil kesempatan terhadap isu ini untuk mencari kelemahan kerajaan. tapi rakyat tahu kerajaan BN Sabah sentiasa berusaha untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

Tanpa Nama berkata...

penduduk sabah perlu diberi keutamaan untuk mengisi peluang pekerjaan di Sabah, ramai belia sabah yang berkemahiran dan berkebolehan.

Ezef berkata...

Welcome to the ugly truth show. This is what happened to most of the agencies here.

Velove berkata...

Hakikatnya, memang ramai pekerja semenanjung terutamanya di sektor kerajaan. Adakah Sabah memang tidak berupaya untuk menerajui bidang tertentu?

Unknown berkata...

Ramai orang Sabah bekerja di Semenanjung juga.
Tapi saya setuju peluang pekerjaan terutamanya dalam jawatan dalam kerajaa diberi keutamaan kepada Sabahan.

chimchim berkata...

Most of the civil servants are Peninsula based.I'm not against anyone of them but why here? They barely know anything here.

Tanpa Nama berkata...

Belia tempatan juga mampu menangani pekerjaan juruteknik kenapa tidak diberi peluang?

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan orang muda Sabah tidah tahu akan Pekara 20 yang melindungi hak mereka dengan mempertahankan peluang pekerja mereka dalam Sabah.

Unknown berkata...

400 orang dikatakan membanjiri Sabah? Apapula pati yang beratus ribu?

ABAH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Memang banyak hal dalam Perkara 20 telah dicabuili.Sepatutnya Sabah mempunyai Pengarah bagi setiap Jabatan yang diketuai oleh orang Sabah sendiri.Sayangnya,semuanya telah habis lunyai dicabuli oleh mereka yang rakus......

Anak Sabah berkata...

Sabah memang ada peluang pekerjaan, carilah dengan bersungguh-sungguh pasti dapat.