Aricco Jumitih mengangkat bebanan 156kg bagi acara Clean & Jerk untuk merangkul pingat emas dalam acara Angkat Berat Lelaki 62 kg di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru pada Sukan Komanwel Selasa lalu. — Foto Bernama
Dalam acara angkat berat kelas 62 kilogram Selasa lalu, Aricco memakai jersi yang mempunyai logo negeri kelahirannya Sabah bukan Malaysia yang lazimnya digunakan oleh mana-mana atlet negara ketika menyertai temasya antarabangsa.
Aricco menyumbangkan sebutir emas iaitu yang kedua kepada Malaysia menerusi acara tersebut.
“Kita tunggu bincang dulu dengan persatuan (angkat berat) tentang isu ini (jersi).
“Saya tahu mengenai perkara itu, tapi biar kita bincang dulu. Saya tidak mahu memberi komen lagi,” kata Razali ketika dihubungi The Malaysian Insider.
The Malaysia Insider difahamkan Razali kini berada di New Delhi.
Perkembangan itu dilihat sebagai isu kedua membabitkan pakaian atlet negara yang menyertai edisi 2010 Sukan Komanwel.
Awal minggu ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong berkata, perbarisan kontinjen negara ketika perasmian Sukan Komanwel Ahad lalu tidak kemas kerana atlet dan pegawai mengabaikan aspek pemakaian.
Beliau menegaskan, tidak timbul isu mengapa kontinjen negara tidak memakai baju Melayu atau berbaju batik, semata-mata untuk menonjolkan imej Malaysia.
Sebaliknya, pakaian yang digunakan pada perbarisan kelmarin, iaitu memakai blazer hitam dan kemeja kuning, sudah memadai.
Katanya, soal apa yang hendak dipakai pada perarakan tersebut, bukan masalah tetapi aspek kurang kemas berpakaian, menyebabkan kontinjen negara nampak ‘berserabut’.
“Saya nampak perbarisan kontinjen negara pada malam perasmian semalam, tidak kemas.
“Ia bukan disebabkan salah memilih pakaian. Ini bukan kali pertama kita memakai blazer pada temasya sukan yang besar. Cuma semalam, saya lihat atlet tidak kemas. Blazer yang mereka pakai tidak dibutangkan. Mereka juga tidak memakai tali leher.
“Ada yang bersongkok, ada yang tidak. Kalau pakai songkok pun ala kadar sahaja.
“Inilah yang menyebabkan kontinjen kita nampak tidak kemas pada perarakan semalam,” kata beliau dipetik akhbar tempatan.
Kontinjen negara setakat pagi tadi telah mengumpul tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.
Hari ini, para atlet memburu 42 pingat emas yang dipertaruhkan.
Sukan Komanwel bermula pada 3 Oktober dan berakhir 14 Oktober.
20 ulasan:
Tiada hal...kalau isu2 seperti ini tak perlu la nak bincang dgn melalui Media...bila dah selesai sukan komanwel bru bincang...sebelum tu tak perlu la nak reveal apa2 dgn media...
berkenaan dgn penggunaan logo Sabah bukanlah hal besar pun, Sabah kan sebahagian dari Malaysia juga, lainlah jika guna logo negara lain. berkenaan dgn perbarisan kotinjen itu pla. kontinjen Malaysia seharusnya lebih seragam dan kemas kerana ia mencerminkan imej negara.
atlet negara perlulah sentiasa berdisiplin ketika mewakili Malaysia tidak kira dalam kejohanan apa sekalipun.
Hati dan jiwa untuk Malaysia. Jadi isu jersi ini mungkin perlu ada perbincangan sedikit dengan hal demikian.
Yang penting dia sudah menyumbangkan emas kepada negara! Tidak ada hal beliau memakai logo mana, Sabah juga dalam Malaysia. Namun jika benar2 mahu ia dijadikan isu, blame pihak pengurusan. Mereka sepatutnya lebih peka terhadap perkara remeh ini.
isu jersi tersebut mungkin memerlukan perbincangan, tapi isu ini tidak perlulah diperbesarkan. semoga atlet Malaysia akan mendapat lebih banyak pingat emas dalam Sukan Komanwel.
Hal kecil je tu, pakai baju malaysia pun, ISSUE paling besar..kita nak tengok, berapa perbelanjaan yang telah dilabur dan berapa pingat yang telah dipungut...BERBALOI atau tidak...bagus lagi benda ini di bincang dan cari cara penyelesaiaan di masa akan datang...bukan nak cerita lebih lanjut ttg baju aricco... mungkin Aricco tak dapat baju..mungkin dia dapat tapi tak bersesuaian dengan saiz ke...mungkin baju dia basah ke.. koyak ke..pasal tu dia pakai ape yg ade je!!
'No' hal lah guna logo sabah, cuma ada baiknya kalau guna logo malaysia kerana para atlet yang bertanding pada sukan Komanwel adalah dari pelbagai negara, so logo malaysia perlulah diperkenalkan. Kalau pertandingan dalam malaysia logo dari pelbagai negeri baharulah sesuai digunakan.
Rasanya pakaian yang digunakan oleh kontinjen negara memang sesuai cuma ia tidak dipakai dengan baik dan kemas. Disiplin perlu ditekankan kerana atlet negara mencerminkan imej malaysia.
Hahaha mau jd isu jg ka ni? Di Semenanjung ni selalu dorg tanya org Sabah tu, 'kaurang ada pakai passpot ka dtg sini? Dah berape lama duduk kat Malaysia? haha lg 1, selamat datang ke Malaysia! Tak ke malu tu? Macamana boleh jadi warganegara Msia ni? Sabah pun tak tau sbgi sebahagian Msia? haha lawak kan? Dorg ada kasi bekal baju khas ka utk pengangkat berat yg baju sut tu? klu itu ja yg dia ada mcmana? betul tu, lagu Negaraku juga yg berkumandang... bukan Sabah Tanahairku...
ini bukan satu isu..tidak perlu diperbesarkan..
yang penting atlet negara perlu bersungguh-sungguh untuk merangkul emas pada sukan tersohor itu..isu pakaian adalah suatu hal kecil..jika diperbesarkan mungkin akan mempengaruhi para atlet dan seterusnya menyebabkan luntur semangat untuk bergelar juara.
takpa, sekurang2nya negara luar tahu bahawa Sabah itu sebahagian dari malaysia.. jangan jadikan ini sebagai isu kerana dikhuatiri akan memberi tekanan sekaligus menjejaskan tumpuan atlet tersebut..
Hanya disebabkan pemakaian sahaja juga mahu dibesarkan hal ini.
Saya rasa tiada masalah jika Aricco menggunakan logo Sabah, yang penting dia berjaya mendapatkan pingat untuk negara Malaysia. Akhirnya juga Malaysia yang mendapat nama. Apa yang mahu diheboh-heboh lagi ni?
First off, congrats to Aricco for winning the gold medal. I don't think its necessary to make this an issue. Why the need to expose the issue publicly to the media?
Chit...Sabah is part of Malaysia...so what, if the foreigners doesn't know which "country" did Aricco coming from? Because when he step up on the pondium, he is wearing the Malaysian Jacket...that already shows a lot...
Mungkin kesilapan teknikal. Tapi baik jangan ulang kesilapan ini. Jangan lupa beliau mewakili Malaysia.
Sabah sebahagian dari Malaysia juga. Biarlah kesilapan ini tidak lagi mengulang.
Ini cuma pekara kecil. Mungkin kerana kecuaian pihak yang berkenaan.
Catat Ulasan