Oleh Mohd Sayuti Omar
KENYATAAN dan luahan rasa setiausaha politik Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusof (foto) yang tidak puas hati dan kesal dengan Pas dan DAP dalam membantu kempen pilihan raya kecil melibat parti PKR yang bertanding di Batu Sapi 4 November dahulu sesuatu yang tidak wajar dibuka kepada umum.
Dalam pada itu keluhan Abdul Rahman itu tidak boleh dipandang ringan jikanya betul. Ianya perlu dipedulikan terutamanya oleh dua rakan mereka itu kalau tidak ia boleh memborak ke permasalahan lebih besar lagi.
Apa yang dikesalkan Abdul Rahman ialah sikap Pas dan DAP tidak seperti partinya dalam membantu pilihan raya kecil melibatkan parti berkenaan. Katanya, Pas dan DAP yang membantu pilihan raya di Batu Sapi memaksa PKR membayar segala kos bantuan itu dan ini tidak seperti diamalkan partinya.
Kata Abdul Rahman PKR ketika membantu pilihan raya kecil melibatkan DAP di Sibu dan Pas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bagan Pinang tidak meminta apa-apa bayaran dan mengeluarkan wang poket sendiri.
Tentu Rahman ada bukti mengenai sikap Pas dan DAP dalam membantu kempen calon PKR dalam pilihan raya itu. Sebenarnya orang ramai juga dapat merasakan bahawa tidak ada kesungguhan Pas dan DAP untuk membantu Ansari Abdullah yang menjadi calon dan bertanding di pilihan raya kecil itu. Dari kejauhan jika diperhatikan pilihan raya di Batu Sapi tidak disertai secara bersungguh seperti mana Pakatan menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Sibu yang membawa kemenangan.
Tanpa bukti masakan Abdul Rahman boleh melahirkan rasa terkilannya. Kekalahan teruk calon Pakatan Rakyat itu mungkin salah satu faktornya kerana tidak ada bantuan dan kerjasama daripada Pas dan DAP seperti mana dakwa Abdul Rahman.
Pun begitu sejauh manakah kebenaran dakwaan Abdul Rahman itu hanya parti komponen itu yang tahu? Orang ramai tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Yang dapat menjawab dan mengetahui apakah benar dan tidaknya ialah Pas dan DAP. Kebetulan kedua parti itu juga pernah terlibat dalam pilihan raya kecil.
Abdul Rahman mungkin boleh mengemukakan bil-bil bayaran atau invois yang belum dibayar yang dibelanjakan oleh mereka untuk membiayai pilihan raya melibatkan Pas dan DAP, seperti di Sibu ataupun di Kuala Terenggganu. Dan beliau juga boleh memperincikan apakah tuntutan yang dibuat oleh DAP atau Pas.
Logiknya kalau tidak betul dan tidak berlaku masakan Abdul Rahman mengeluarkan keluhan demikian. Dalam pada itu ada juga kedengaran PKR juga berbuat demikian meminta Pas atau DAP membayar perbelanjaan yang dibuat mereka dalam membantu pilihan raya melibatkan Pas dan DAP?
Apakah kerana PKR terlebih dahulu mengamalkan perbuatan demikian maka Pas atau DAP pula mengikutnya?
Biarlah kesalahan itu ditanggung oleh semua pihak. Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini, kes-kes seperti diluah oleh Abdul Rahman itu tidak sepatutnya berlaku. Baik Pas, DAP dan PKR perlu saling bantu membantu bagi menjamin kemenangan Pakatan Rakyat. Sudah tentu kalau ada kepincangan dan sikap dingin antara satu sama lain boleh menimbulkan kesulitan dan masalah kepada Pakatan Rakyat di hari muka. Semua kena ingat pilihan raya umum sudah tidak lama lagi.
Saya tidak tahu apakah keluhan terbuka Abdul Rahman dalam Facebook kemudian diolah menjadi kenyataan akhabr yang dikirimkan oleh Abdul Aziz Anon kepada blogger itu satu tindakan bijak ataupun mendedahkan pekong di dada Pakatan Rakyat saja?
Harapnya PKR, Pas dan PKR dapat memperbetulkan persepsi ini dan menjamin agar kenyataan yang boleh melukakan dan menarik polemik sebegini tidak akan melata. Sebenarnya kes-kes yang terpendam di hati inilah yang boleh memborak menjadi barah merosakkan organ bernama Pakatan Rakyat. Adalah bijak kalau kasus begini ditimbulkan dalam mesyuarat bersama Pakatan Rakyat dan bukannya ditulis dalam Facebook atau twitter.
25 ulasan:
PR kena terima kekalahan ini.
PR seharusnya menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. sikap saling menyalahkan hanya menampakkan mereka tidak profesional.
jika benar DAP dan PAS tidak serius menyokong PKR, ini bermaksud wujud ketidaksefahaman di dalam PR itu sendiri.
Tidak payahlah menyalahkan pihak lain. Terima sahaja kenyataannya bahawa BN tetap pilihan orang ramai. Oleh itu, PKR haruslah tingkatkan usaha mereka untuk memenangi hati rakyat sebelum PRU-13 datang.
Segala masalah dalam PR harus diselesaikan secepat mungkin sebelum PRU-13 datang. Semoga berjaya!
Mungkin ada betulnya PAS dan DAP tidak memberikan sokongan padu di Batu Sapi PRK baru-baru ini. Tidakkan sekiranya kaum cina dan islam memberi sokonga dengan PKR dengan bantuan PAS dan DAP. Mungkin PAS dan DAP tidak buat yang terbaik. cuma 4000 lebih orang saja mengundi PKR tidakkah itu menjadi tanda tanya??
Kita tidak pasti mungkin ada kebenaran juga kerana PKR tidak begitu mendapat 50 pengundi dalam PRK baru-baru ini. Adakah PAS dan DAP tidak membantu??mungkin betul.
Ini adalah salah satu sebab kenapa rakyat takut untuk memberi kepercayaan mereka kepada pembangkang. Bagaimana mereka ingin menyatupadukan rakyat jika mereka juga tidak dapat bekerjasama dengan baik.
samada ini sesuatu alasan saja atau sebaliknya, tidak perlulah dikatakan kerana ianya hanya menampakkan ketidaksefahaman antara parti komponen PR.
Parti PR ialah PAS, DAP dan PKR. Mereka ini bergabung untuk menentang BN. Tapi kita tidak pasti adakah PR ini serasi atau tidak. Tapi jika dilihat memang banyak dugaan yang timbul dengan parti ini. Mungkin betul kata artikel ini bahawa DAP dan PAS tidak serius untuk membantu PKR baru-baru ini. Mesti ada mainan sulit setiap parti ini. Perkara ini tidak mustahil. PAS dengan perkara tersendiri begitu juga DAP dan PKR.
Parlimen Batu Sapi adalah tempat kubu kuat BN. Mana2 parti yang bertanding di kawasan ini pasti menghadapi kesukaran untuk menang.
kenyataan dan tuduhan ini menggambarkan wujud ketidaksefahaman dalam komponen parti Pakatan. jika benar perkara ini berlaku, keretakan itu tetap akan dapat dilihat walau pelbagai usaha dilakukan untuk menyembunyikan keretakan tersebut.
mungkin ada benarnya kerana seolah2 PKR mahu lebih menonjol dalam Pakatan dan mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan. sebelum ini PAS juga mahu bertanding di Batu Sapi tapi tidak dihiraukan oleh PKR, Dap pula tidak setuju dengan PAS yang mahu menubuhkan negara Islam..
Semuanya dah berlalu, jadi terimalah dengan hati yang terbuka.
Lagipun hal ni dah dinafikan (kalau tak silaplah). So just let it be.
Ya madd. Jadi ada baiknya kaji kelemahan sendiri dan berusaha utk memperbaiki diri.. Kata orang sikap suka menunding jari pun boleh jadi faktor salah satu faktor penolakan:P hehehe
Apapun, taniah kepada BN kerana menang! sekarang BN harus buktikan mereka layak menang supaya next GE, rakyat akan terus sokong mereka.
Setuju Antanum... Mcm mana rakyat mahu sokong kan kalau parti sendiri ada masalah dalaman. huhuhu
Firstly, SAPP has declared that they are not with PKR. Now PAS and DAP does not seem to be serius in working together with PKR. Who's next?
Susahlah kalau begini, parti komponen sendiri enggan bekerjasama.
Memang ketara diantara parti2 komponen pembangkang, mereka lebih mementingkan agenda masing2.
Mungkin kenyataan diatas tidak tepat kerana tanpa sokongan DAP dan PAS, mustahir undi calon PKR mengatasi calon SAPP.
Ketiga-tiga parti ini memang tidak sehaluan. Tidak mustahir mereka tidak sokong calon PKR.
Biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan masalah antara mereka.
Catat Ulasan