Tsen berhadapan dengan media selepas kemenangannya diumumkan. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kemenangan selesa pada pilihan raya kecil yang diadakan serentak hari ini.
Dalam kemenangan berganda ini, BN juga mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti dua kali ganda berbanding 2008.
BN juga mencatatkan majoriti berganda di kedua-dua kerusi Galas dan Batu Sapi.
Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat — kemungkinan tahun depan.
Dalam satu temu bual semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya umum ke-13.
Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 iaitu 56 peratus manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menerima 4,134. Undi rosak serabanyak 132.
Undi diperole
h calon PAS kali ini kurang sekitar 200 undi. Berbanding 2008, jumlah pengundi baru dan peratusan keluar mengundi meningkat kali ini.
Abdul Aziz merekodkan majoriti 1,190 undi - hampir dua kali ganda berbanding kelebihan undi dicatatkan oleh PAS pada 8 Mac 2008.
Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu — buat julung kali — dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim Sulaima.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan
Mustapha Wan Ab Hamid di Gua Musang.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim pada 27 September lalu akibat barah usus.
DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008.
Di Batu Sapi, keputusan diumumkan menunjukkan calon BN Datin Linda Tsen mempertahankan kerusi itu dengan kelebihan 6,359 undi, juga lebih besar berbanding dua tahun lalu yang diterima suaminya yang terbunuh awal bulan lalu.
Pada Mac 2008, suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah memperoleh majoriti 3,708 undi dengan menerima 9,479 undi.
Tsen memperoleh 9,773 undi untuk menewaskan dua pencabarnya Ansari Abdullah dari PKR yang mendapat 3,414 undi manakala Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee memperoleh 2,031 undi.
Jumlah keluar mengundi di Batu Sapi adalah seramai 15,774 orang iaitu bersamaan dengan 61.47 peratus. Undi rosak adalah sebanyak 372.
Penjumlahan undi itu dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan.
20 ulasan:
kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi menunjukkan bahawa jentera BN semakin kukuh. BN harus tingkatkan usaha dalam memenangi hati rakyat.
keputusan PRK ini menunjukkan rakyat dikawasan berkenaan menyokong BN. teruskan usaha dan lakukanlah tugas dengan baik. Tahniah..
Kita boleh nampak sekarang ini bahawa BN tetap ada dihati rakyat. Seperti di Batu sapi BN menang majoriti 9000 lebih dan di galas 5000 lebih orang. Apa pun tahniah BN. Kekalkan prestasi parti BN.
Diharapkan ini adakah apa yang terbaik untuk rakyat Batu Sapi dan Galas.
Calon-calon yang menang perlulah berusaha memperjuangkan hak rakyat dan membawa pembagunan kepada kawasan masing-masing supaya tidak mensia-siakan sokongan rakyat.
mengekalkan Batu Sapi dan merampas Galas benar2 satu petanda baik untuk BN terus kekal memerintah negara selepas PRU13. jangan leka dengan kemenangan ini kerana pendirian rakyat boleh berubah bila2 masa.. tahniah dan teruskan usaha..
hargai jasa pengundi yang memberikan kepercayaan kepada BN untuk terus berkuasa dengan menterjemahkan semua janji2 PRK kedalam bentuk tindakan.
Semoga semua pengundi berpuas hati dengan keputusan yang telah dipilih.
Rakyat masih lagi percaya akan kepimpinan BN...ini bermakna cerita2 atau fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang hanyalah retorik semata2
Tahniah kepada BN! Ini membuktikan bahawa BN tetap pilihan orang ramai.
Sudah tiba masanya untuk BN menunaikan segala janji-janji yang diberikan kepada rakyat. Sila jangan kecewakan rakyat.
Taniah.. Bagi saya kemenangan BN ni membuktikan BN masih utuh di hati rakyat.
Saya harap BN akan memperjuangkan nasib rakyat supaya para pengundi tidak merasakan mereka tersalah undi.
Sesungguhnya, kemenangan ini bakal menjanjikan sesuatu yang indah buat rakyat. Sama2 lah kita harapkan yang terbaik hasil daripada kemenangan ini.
Saya harap selepas ni tak timbul lagi isu tak puas hati. PRK da tamat dan terimalah seadanya keputusan yg dah diumumkan.
All the best kepada BN :)
Kemenangan BN dijangka ramai penganalisis politik.
PR sedang menghadapi berbagai masalah dalaman dan telah menjejaskan pengaruh mereka.
Keputusan ini tidak dijangka oleh PR kerana mereka fikirkan sekurang-kurangnya mereka dapat mempertahankan Galas.
Usaha BN membawa hasil. Teruskan kejayaan ini dengan perkhidmatan yang cemerlang dan jujur.
nahh! ini lah buktinya kekuatan BN masih lagi utuh di Batu Sapi & di Sabah keseluruhannya...dan kemenangan di GAlas menunjukkan masyarakat di kawasan itu sudah mula menerima balik UMNO ke dalam hidup mereka....ternyata fahaman pAS yg terlampau tidak dapat diterima, sekurang2nya oleh penduduk di Galas...
Tahniah BN....
Catat Ulasan