Halaman

Selasa, 30 November 2010

Dr M: Ubah strategi untuk capai Wawasan 2020

BERNAMA

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu mengubah strategi untuk mencapai Wawasan 2020.

Idea lama menarik pelaburan asing langsung tidak boleh lagi diharapkan dan Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.

azlan"Bagi mencapai transformasi ini, banyak benda yang perlu dilakukan dalam usaha mencapai kemakmuran dan pendapatan berekonomi tinggi. Kita perlu memikirkan mengenai pelaburan domestik.

"Di Malaysia, kita membenarkan pelabur asing datang ke mari dan mendapat manfaat daripada buruh kos rendah dan subsidi kita, dan sudah tiba masanya untuk kita berubah dan menyokong industri tempatan," kata beliau di Forum Malaysia-Eropah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata yang insentif boleh diberikan kepada pelabur domestik bagi menarik mereka melabur di dalam negara.

"Kerajaan nampaknya sedar mengenai perkara ini dan telah menyatakan yang industri tempatan akan diberikan bantuan dan sokongan untuk berkembang dan seterusnya menjadi kelas dunia.

NONE"Semasa tahun-tahun pelaburan perindustrian asing, Malaysia telah banyak belajar mengenai pembuatan dan pemasaran seluruh dunia. Dengan sedikit bantuan, industri Malaysia boleh berkembang dan menggantikan pelaburan asing langsung untuk pembangunan ekonomi," tambah beliau.

Melainkan jika peralihan kepada pergantungan ke atas pelaburan domestik disusuli dengan sokongan aktif daripada kerajaan, terdapat segala kemungkinan untuk pendapatan Malaysia cukup tinggi bagi mencapai sasaran Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju, kata beliau.


18 ulasan:

  1. kita perlu mengatur semula strategi untuk mencapai wawasan 2020.

    BalasPadam
  2. negara perlu sentiasa mempunyai kemampuan dan daya saing yang tinggi bagi membolehkan negara mencapai wawasan 2020.

    BalasPadam
  3. strategi yang sesuai juga perlu diatur bagi membolehkan negara mencapai sasaran yang ditetapkan. semoga negara kita akan mencapai kejayaan yang diharapkan.

    BalasPadam
  4. Memang patut strategi untuk mencapai wawasan 2020 perlu diubah kerana ia dah lapuk.

    BalasPadam
  5. Semoga Malaysia berjaya mencapai wawasan 2020 nanti.

    BalasPadam
  6. Mungkin ini satu cadangan yang baik dari Dr M. Apa pun kerajaan harus memikirkannya semula.

    BalasPadam
  7. semoga Malaysia mampu melakukannya..Kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan untuk menjadikan wawasan 2020 ini jadi kenyataan.

    BalasPadam
  8. pandangan Dr M sebagai seorang yang mempunyai banyak pengalaman wajar dipertimbangkan.

    BalasPadam
  9. wawasan 2020 adalah impian seluruh rakyat malaysia, kita harus berusaha untuk mencapainya.

    BalasPadam
  10. Diharapkan kerajaan Malaysia boleh mendapatkan strategi yang betul untuk mencapai wawasan 2020.

    BalasPadam
  11. Perubahan mengikut masa juga diperlukan supaya kekal relevan dan tidak ketinggalan Zaman.

    BalasPadam
  12. Jika strategi harus diatur, aturlah sebaik mungkin :)

    BalasPadam
  13. Pastikan wawasan 2020 berjaya dicapai.

    BalasPadam
  14. Nasihat dan pandangan dari bekas pm itu bernas dan perlu dikaji.

    BalasPadam
  15. Strategi harus dikaji sentiasa mengikut perubahan zaman.

    BalasPadam
  16. Idea yang bagus dan boleh di usahakan bermula dari hari ini.

    BalasPadam
  17. Malaysia perlu memberi tumpuan untuk mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.

    BalasPadam
  18. Memberi pelbagai insentif kepada pelabur domestik mampu menarik minat mereka untuk terus melabur di negara ini.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.