| Ustaz Idris Ahmad |
| Parti Islam Se-Malaysia mengangap kekalahan PAS di Dun Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihan raya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihan raya kecil Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12. Insya Allah, PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam, kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13. Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban. Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihan raya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 6 November 2010
Galas, Batu Sapi loceng amaran bangkit PRU 13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi adalah atas pilihan rakyat sendiri. mereka memilih parti yang mereka rasakan terbaik untuk mereka.
BN telah menang dalam kedua-dua piliharaya umum Galas dan Batu Sapi. ini menunjukkan bahawa BN semkin kukuh.
Lebih baik mereka terus berusaha, bertanding lagi pada PRU-13.
Kia tengok dan lihat sendiri nanti PRU13 ini. Mungkin 2011 ini tidak mustahil akan bermula. Mungkin setiap parti haruslah bersedia lebih awal.
Parti yang tewas tidak perlu mengalah teruskan usaha untuk rakyat dan pertahankan kerusi kemenangan PRU12 itu. Kepada BN pula buat yang terbaik untuk rakyat dan jangan mensia-siakan sokongan rakyat dengan parti tersebut. Terus berusaha untuk menawan hati rakyat 100%.
Majority telah mengundi BN. Ini bermakna, BN masih pilihan orang ramai. Walaubagaimanapun, diharapkan BN tidak mengambil mudah dengan kemenangan itu. Pastikan BN teruskan usaha mereka untuk memenangi hati rakyat kerana PRU13 akan datang tidak lama lagi.
Kepada parti yang tewas, teruskan usaha kamu. Perbaikan segala kelemahan kamu yang mungkin adalah faktor kekalahan kamu.
"..ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat."
mempertikaikan kemenangan pihak lawan sama lah dengan tidak mengakui kelemahan sendiri. tunjukkan contoh yang baik jika PAS benar2 sempurna perjuangannya. bukankah kerja2 kempen yang membawa terus kepada rakyat lebih baik dari media? kenapa tidak menggunakan sebaik2nya kempen? itulah maksudnya kelemahan..
mungkin kekalahan PR dalam PRK ini juga merupakan petanda awal bahawa semakin banyak kawasan PR akan berjaya dirampas oleh BN dalam PRU akan datang.
rakyat juga tidak mahu parti yang hanya tahu berdemonstrasi untuk menyelesaikan masalah. mengutuk pihak lawan tapi memuji rakan sendiri yang jelas2 menindas rakyat.. dan banyak lagi kelemahan2 PAS yang boleh meyakinkan rakyat untuk tidak menyokong PAS.
kemenangan BN menunjukkan rakyat Galas dan Batu Sapi yakin dengan BN dan disebabkan itulah mereka memilih BN.
keputusan piliharaya Galas dan batu Sapi menjadi pengukur kekuatan BN dan parti2 lain.
Penilaian setiap parti oleh rakyat adalah berbeza. oleh itu setiap parti kena berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata rakyat.
keputusan undi pada mana2 PRK dan PRU adalah terletak di tangan rakyat..rakyat memilih BN sebagai kerajaan adalah kerana kemampuan BN mengurus kerajaan dengan baik di samping khidmat kepada rakyat yang baik..rakyat selesa dengan BN sebagai kerajaan..
namun, keputusan di batu sapi dan galastidak menggambarkan sepenuhnya rentak atau senario pengundi dan politik negara..oleh itu, BN tidak harus selesa dan leka dengan kemenangan tersebut bahkan harus berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan BN akan terus mendapat mandat dari rakyat untuk menerajui negara.
diharap kualiti kehidupan rakyat akan terus menjadi fokus utama kerajaan BN..
Kemenangan BN bukti rakyat masih menyakini BN.
Semoga BN akan terus berusaha utk menambat hati rakyat. Pastikan next GE pada BN juga:)
Saya yakin jika BN tidak mengecewakan rakyat setelah menang berganda, next GE nanti pasti BN akan menang berlipat kali ganda. hehhee
jadi buktikanlah pada rakyat secepat mungkin bahasawanya BN memang layak diundi.
PRU13 pula, sama2 lah kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti.
Catat Ulasan