HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 November 2010

PAS, DAP nafi ‘keluhan Batu Sapi’ setiausaha politik Anwar


KUALA LUMPUR — PAS dan DAP menafikan sekeras-kerasnya dakwan ‘keluhan Batu Sapi’ kononnya kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak memberi bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR Ansari Abdullah pada pilihan raya kecil baru-baru ini.

Keluhan itu didakwa dibangkitkan oleh Abdul Rahman Yusof, setiausaha politik Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi laman sosial Facebook semalam iaitu sehari selepas pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas.

Tetapi, tinjauan The Malaysian Insider petang tadi di Facebook sendiri mendapati tulisan Abdul Rahman hanya berkisar tentang kritikan umum terhadap Umno dan BN sempena pilihan raya kecil Batu Sapi dan Galas.

Bahkan, komentar terbarunya pada dinding Facebook Abdul Rahman petang ini meminta supaya mana-mana pihak terus menghubunginya untuk mendapatkan maklum balas rasmi.

“Pandangan saya dalam Facebook ini hanya pandangan peribadi. Ia bukan pandangan rasmi mana-mana pihak. Untuk mengambil pandangan dari Facebook saya adalah tidak wajar sama sekali.

“Sekiranya pandangan rasmi ingin diambil, harap dapat hubungi saya secara peribadi,” kata beliau pada akaun Facebook.

Abdul Rahman yang dihubungi The Malaysian Insider kemudian berkata, komentarnya berhubung bantuan PAS dan DAP di Batu Sapi, yang dipercayai menyinggung kedua-dua parti itu, dibuat bukan mempunyai apa-apa niat buruk.

“Tak ada apa-apa lah, tak ada isu apa-apa... saya saja-saja tulis.

“Itu adalah pandangan peribadi saya, tidak rasmi dan boleh jadi betul atau salah, pemerhatian saya boleh jadi salah atau benar.

“Saya sendiri tidak tahu kerja PAS, kerja DAP, saya tidak tahu... itu adalah urusan mereka,” jelas beliau.

Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman turut menegaskan, hasil pemerhatian yang ditulisnya dalam Facebook tidak mewakili mana-mana pihak, termasuk PKR.

Terdahulu seorang pembaca The Malaysian Insider yang menamakan dirinya Abdul Aziz Anon menulis bahawa setiausaha politik itu menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap PAS dan DAP dalam membantu kempen pilihan raya yang melibatkan calon PKR di Batu Sap.

“Abdul Rahman dalam akaun Facebook beliau pada 5 November (semalam) mengatakan bahawa jika PKR membantu kempen pilihan raya yang ditandingi PAS dan DAP, parti itu akan membiayai semua kegiatan kempen mereka walaupun kerusi itu ditandingi parti rakan dalam Pakatan Rakyat seperti di Sibu, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Bagan Pinang mahupun Galas.

“Apabila PKR bertanding di Batu Sapi, PKR dipaksa untuk membiayai jentera PAS dan DAP kerana parti PAS dan DAP langsung tidak memberi peruntukan kepada jentera mereka untuk membantu kempen pilihan raya yang ditandingi PKR.

“Penulis merasakan sebagai setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar tidak perlulah mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana boleh mengundang rasa kurang senang rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

“Hubungan baik Pakatan Rakyat mesti sama-sama kita pelihara untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 nanti,” katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya tentang ’keluhan Batu Sapi’, mencadangkan PKR membuat bedah siasat dalaman berhubung pilihan raya kecil Batu Sapi dengan memanggil bersama wakil PAS dan DAP.

Langkah itu, kata beliau, membolehkan parti-parti rakan dalam PR mendengar sendiri ’keluhan Batu Sapi’ oleh Abdul Rahman sebelum ini secara peribadi.

‘Keluhan Batu Sapi’ itu selepas calon PKR Ansari Abdullah yang mendapat 3,414 undi, dikalahkan oleh calon BN Datin Linda Tsen yang menerima 9,773 undi manakala Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 undi.

“Saya tak tahulah yang beliau (Abdul Rahman) anggap kita tidak menolong partinya, tetapi kita (PAS) memang ada bilik gerakan di (DUN) Sekong sebab kita diamanahkan untuk tumpu kempen di sini.

“Apa pertimbangan beliau untuk mengatakan yang tidak ada bantuan dan sokongan, tetapi kalau perlu bedah siasat, bersama itulah yang terbaik,” ujar beliau kepada The Malaysian Insider sambil percaya Abdul Rahman berniat baik kepada PAS dan DAP.

Sambil melahirkan rasa pelik, beliau berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pun beberapa hari sebelum hari penamaan calon telah memberikan arahan khusus supaya ahli-ahli Parlimen PAS menyusun jentera bantuan di sana.

“Apabila dia mendakwa demikian, saya sendiri secara peribadi agak pelik sendikitlah,” kata Mahfuz lagi.

Bahkan, katanya lagi, Abdul Hadi sendiri menyertai siri kempen bersama Ansari.

“Sebelum penamaan calon dan selepas penamaan calon pun, Presiden PAS turun di sana (Batu Sapi), saya pun turun beberapa kali kerana kemenangan Ansari, kita anggap sebahagian daripada kita (PAS),” katanya.

Selain dirinya, Mahfuz berkata, Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria yang mengepalai jentera Dewan Pemuda PAS antara yang bergilir-gilir berkampung di Sekong - salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Batu Sapi.

Pun begitu, beliau berkata, penggemblengan jentera PAS tidaklah ditumpukan di Batu Sapi kerana PAS mempertaruhkan Dr Zulkefli Mohamad untuk mempertahankan kerusi DUN Galas yang pilihan rayanya serentak dengan Batu Sapi.

“Cuma penggemblengan gelombang peringkat nasional dari kita (PAS) tidaklah ramai kerana kita beri tumpuan di Galas,” katanya lagi.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw ketika dihubungi turut menafikan dakwaan tersebut.

“Kita (DAP) memang ada memberi sokongan kuat kepada calon PKR, begitu juga saya lihat PAS,” ujar Dr Tan.

“Macam mana dikatakan tidak memberi sokongan, kita turun di semua tempat (berkempen), jadi itu (dakwaan) tak betul,” tegas beliau lagi.

Selain Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri komited menyertai kempen PKR, Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong memberitahu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo antara pemimpin utama DAP yang lama berkampung di Batu Sapi.

“Apabila dia mendakwa demikian, saya sendiri secara peribadi agak pelik sendikitlah,” kata Dr Tan.

23 ulasan:

zam berkata...

nampaknya ada keluhan yang dibuat, kononnya PAS dan DAP tidak memberi bantuan setimpal bagi memastikan kemenangan calon PKR Ansari Abdullah pada pilihan raya kecil baru-baru ini. biarlah PR menyelesaikan pekara ini sendiri.

zam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak Sabah berkata...

Apa gunanya mengeluh sekarang, baik terus berusaha lagi dan bertanding dalam PRU-13 selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlulah nafikanya. Ini memang ada keluhan dari orang parti itu sendiri dan apatah lagi penyadang pengerusi tempat tersebut yang tidak diberikan peluang bertanding, tetapi memberikan ansari menjadi calon. Memang keluhan itu ada tapi tidak dapat dilihat oleh kita.

Bujang Senang berkata...

Kekalaha ini sendiri pun menerima keluhan dari Anwar tapi tidakkan anwar mahu tonjolkan dengan rakyatkan. Jadi tidak mustahil ini berlaku. Kekecewaan memang nampak bagi PR, dan ahli lain.

mandau berkata...

kekalahan ini harus diterima dgn hati terbuka, mmg adat dalam perlawanan, ada menang dan kalah.

Mei berkata...

Alalala.biarlah hal ini berlalu, yang penting sekarang bersiap sedia untuk PRU13.

Mei berkata...

Parti yang tewas harus berusaha lagi. Jangan cepat mengalah.

nickko berkata...

adakah ini petanda awal akan bermulanya keretakan dalam Pakatan Rakyat? ahli sendiri yang cuba memecah belahkan parti sendiri..jika semua ini benar, memang tepatlah pilihan rakyat di Batu Sapi dan Galas untuk terus bersama BN.

nickko berkata...

walaupun ianya hanya pandangan peribadi individu, tetapi ia cukup untuk menggambarkan wujudnya ketidaksefahaman dikalangan parti komponen Pakatan.

madd berkata...

mungkin ketidaksefahaman dalam PR menyebabkan keluhan ini. apa pun, kekalahan ini patut diterima dengan hati yang terbuka dan tidak perlulah cuba mencari alasan.

Tanpa Nama berkata...

terima ja keputusan piliharaya ini, ini adalah keputusan rkyat.

Unknown berkata...

Tidak payahlah nak berulang-ulang kali dengan jawapan yang sama saja, PKR tidak layak memerintah negara kerana masih ada perbalahan di dalam parti. Biasalah tu, bukan saja dalam politik, mana2 institusi pun akan pasti ada suara minoriti dalam kumpulannya.

Antanum berkata...

Keluhan rakyat, terima dengan hati yang terbuka. Situasinya begini, komponen parti terlibat adalah penjual dan rakyat adalah pengguna/pembeli/pelanggan. Dalam konsep perniagaan, pelanggan akan sentiasa betul, jadi kepada parti2 terlibat jika ada keluhan yang dilemparkan terima dan cuba untuk mencari jalan agar dapat memenuhi keperluan rakayt.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya dalam PR itu sendiri ada masalah dalaman..selesaikan masalah dalaman sendiri sebelum mengkritik pihak lain yang menang atas semangat kerjasama parti2 komponen BN.

Tanpa Nama berkata...

kalau kalah memang mengecewakan namun harus diterima kekalahan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya bukan salah mana2 pihak dalam PR berhubung dengan kekalahan mereka pada PRK batu sapi..kekalahan tersebut adalah disebabkan rakyat iaitu pengundi lebih percaya kepada BN kerana rakyat sedar bahawa hanya BN yang mampu membawa perubahan..ini terbukti dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU12..

Paquin berkata...

Semuanya dah berlalu, jadi terimalah dengan hati yang terbuka.

Paquin berkata...

Ada baiknya kaji kelemahan sendiri dan berusaha utk memperbaiki diri.. Kata orang sikap suka menunding jari pun boleh jadi faktor kekalahan:P hehehe

Paquin berkata...

Taniah kepada BN kerana menang! sekarang BN harus buktikan mereka layak menang supaya next GE, rakyat akan terus sokong mereka.

Paquin berkata...

Apapun saya tetap gembira PRK berjalan lancar:)

Paquin berkata...

Selepas ni tumpukanlah pada PRU13 k. Yang dah berlalu tu, terima ja la. hihihi

Unknown berkata...

PR selalu menunjukan kelemahan mereka dengan mengkritik satu sama lain.