| Joseph Sipalan |
Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.
Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.
"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.
Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan.
Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.
Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.
Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas.
Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah.
“Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku,” marah seorang penjual daging.
mesti ada pihak lain yang menyebarkan kabar angin bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi untuk memburukkan nama MCA.
BalasPadamsetuju dengan mantra, mungkin ada pihak yang sengaja mengatakan bahawa wang RM100 akan diagihkan.
BalasPadamBetulkah setiap pengundi akan diberikan rm100? tapi menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan. Macam ada yang tidak kena saja ni.
BalasPadamIni mestilah ada pihak yang memaklumkan perkara ini, kalau tidak tak kan lah pengundi ini sanggup berbaris panjang dan berjemur dengan panas terik.
BalasPadamInilah kuasa rasuah. Orang ramai sanggup berpanas untuk duit percuma.
BalasPadamperlu disiasat siapa yang menyebarkan berita tidak benar ini. hal ini memburukkan nama baik MCA.
BalasPadamKita tidak pasti betul atau tidak RM100 ini. Atau ini rekaan semata-mata. Bagus lagi pergi rumah ke rumah untuk memberi RM100 berbanding berbaris begini.
BalasPadamBetul ke ni?
BalasPadammungkin ada pihak yang sengaja menyebarkan khabar angin mengatakan bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi. rakyat kena bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang khabar angin atau cerita yang kita sendiri pun tidak pasti kebenarannya.
BalasPadamMungkin ini rekaan semata-mata. Takan MCA berani bagi duit sebanyak RM100 untuk setiap pengundi. Harap2x perkara ini tidak betul. Semua calon harus bertanding secara adil dan bersih.
BalasPadamKita tidak pasti dengan kebenaran cerita ini. Apa pun kita mengharapkan sesuatu itu mesti ada dengan bukti. Jangan memberikan khabar angin sahaja. Biarlah mereka dapat duit pun tidak apalah sedekah dihari bahagia. PAS memberi rm250 kenapa pembangkang tidak hebohkan satu dunia.??
BalasPadamHahh ini memperlihatkan bahawa masyarakat juga menyokong rasuah!!!!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTidak pastilah samada benda ini benar-benar berlaku, cuma jangan hiraukan kerana ini mungkin mainan politik sahaja.
BalasPadamKatalah apapun, yang pasti BN da menang :)
BalasPadamSporting juga la si Linda tadi sempat lagi bersalam :) Congrats Linda.
BalasPadamBagi saya walaupun keputusan dah diketahui, hal ni perlu disiasat. Pastikan individu yang melakukan sabotaj ni dapat hukuman setimpal!
BalasPadamApapun, saya gembira dengan pilihan para pengundi. Sama2 lah kita harapkan agar Linda dapat jalankan t/jawabnya dengan baik.
BalasPadamrakyat janganlah cepat percaya kepada khabar2 angin politik sebegini..ternyata ada pihak yang sengaja menguar-uarkan kononnya BN akan beri duit untuk mengelirukan rakyat.
BalasPadamBN menang di PRK batu sapi dan galas..ini menunjukkan BN masih relevan dan diterima oleh rakyat..
BalasPadamrakyat menerima konsep pemerintahan BN iaitu 1malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..
BalasPadamrakyat dikedua-dua kawasan PRK menolak pembangkang kerana rakyat sedar hanya kerajaan sahaja yang mampu membawa perubahan kepada kesejahteraan hidup rakyat.
BalasPadamw/bagaimana pun, perkara ini harus disiasat kerana ternyata ada pihak yang mensabotaj BN.
BalasPadamtahniah buat datin linda dan BN atas kemenangan di batu sapi..
BalasPadamIni cuma mainan politik saja dan tidak perlulah diperbesarkan, janji BN sudah menang.
BalasPadamPenduduk kampung ini kalau di bagi duit memang dorang ambil saja tapi undi tetap rahsia. Tapi macam mana pun BN sudah menang.
BalasPadampihak MCA telah memaklumkan bahawa tiada pembayaran dibuat, bermakna tidak ada isu rm100 diberikan kepada pengundi Batu Sapi.. tidak ada isu rasuah disini.
BalasPadamBiasalah tu, siapa tak nak kalau ada wang diagih?
BalasPadam