Halaman

Rabu, 1 Disember 2010

Denda Pembalakan Haram Naik Sehingga RM1 Juta

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Kadar penalti dan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram akan ditingkatkan kepada RM1 juta dan penjara tidak kurang daripada lima tahun apabila pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 dilaksanakan kelak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan demikian berkata, pindaan akta itu sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Mesyuarat (Majlis Tanah Negara) telah bersetuju untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memantapkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perhutanan dalam membanteras pembalakan haram dan kesalahan hutan.

"Jabatan Peguam Negara akan mengkaji jumlah denda minimum sebelum rang undang-undang itu dibentangkan ke Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-66 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Berdasarkan peruntukan asal, denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah mengambil hasil utama hutan.

Justeru, katanya usaha-usaha positif yang telah dilaksanakan di bawah rancangan-rancangan Malaysia yang terdahulu wajar diteruskan oleh semua kerajaan negeri dalam RMK-10 bagi menjamin matlamat SFM dapat direalisasikan.

Muhyiddin berkata, Majlis Perhutanan Negara bersetuju bahawa CTT dalam HSK di bawah RMK-10 ditetapkan seluas 199,165 hektar atau 39,833 hektar setahun bagi Semenanjung Malaysia.

CTT bagi Sabah ditetapkan seluas 300,000 hektar atau 60,000 hektar setahun dan CTT bagi Sarawak ditetapkan seluas 775,000 hektar atau 155,000 hektar setahun, katanya.

17 ulasan:

  1. Haraplah cara ini boleh mengurangkan aktiviti pembalakan haram di negara kita.

    BalasPadam
  2. denda bagi pembalakan haram mmg patuu di naikkan lagi agar tiada lagi berlaku pembalakan haram.

    BalasPadam
  3. Bagi saya, menaikkan denda sehingga rm1 juta kepada pembalakan haram bukanlah penyelesaian terbaik. Tindakan yang patut diambil adalah kawalan yang lebih ketat di setiap kawasan hutan simpan.

    BalasPadam
  4. Apa yang penting memastikan hutan tidak diceroboh oleh sebarang pembalakan haram.

    BalasPadam
  5. memang wajar jika pembalak haram dikenakan hukuman yang berat. ini bagi mengelakan pencerobohan hutan untuk tujuan pembalakan.

    BalasPadam
  6. pembalakan haram hanya merugikan negara. diharapkan dengan hukuman yang berat akan dapat membanteras aktiviti pembalakan haram.

    BalasPadam
  7. walau berapa banyak denda dinaikkan, jika kerajaan tidak tegas dan serius menangani masalah ini sehingga membolehkan mereka2 ini terlepas dari tindakan undang2, semua usaha itu tidak akan berhasil. ada pembalak haram yang boleh lepas dari undang2 hanya menggunakan pendekatan rasuah.

    BalasPadam
  8. saya harap keperihatinan kerajaan terhadap masalah ini bukan setakat menaikkan denda, tetapi juga bertindak membawa mereka kemuka pengadilan.

    BalasPadam
  9. Berbanding dengan hukuman bagi pembalakan haram di Thailand, denda di Malaysia adalah sangat ringan.

    BalasPadam
  10. Undang-undang yang ketat dan tegas tidak akan capai kejayaan sekiranya penguatkuasa longgar.

    BalasPadam
  11. KENAPA TIDAK 1 POKOK DITEBANG 1 JUTA....10 POKOK SUDAH 10 JUTA. KAN KAYA KITA...

    BalasPadam
  12. saya ada dengar, para pembalak haram ni sengaja tebang pokok..dah dapat habuan walau masuk penjara. sebab ada sudah tauke tunggu untuk beli semua pokok tu...tulah isu tebang pokok ni tak pandai habis-habis. ada dalang di sebalik dulang..

    BalasPadam
  13. Baguslah.. Mana tau dengan cara ini pembalakan harap dapat dikawal.

    BalasPadam
  14. Setuju langsat. Pembalakan haram takkan berlaku jika hutan tak dapat dicerobohi.

    BalasPadam
  15. Kenapa 1 juta saja. Kenapa tidak berjuta-juta denda diberikan. Biar mereka merasa miskin akibat mencuri balak.

    BalasPadam
  16. Semoga pembalakkan haram tidak akan berlaku lagi selepas ini. Denda tinggi itu haruslah dilaksanakan. Biar mereka sedar dan takut untuk melakukannya.

    BalasPadam
  17. Strategi ini diharap dapat mengurangkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti haram ini.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.