Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.
Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.
Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.
Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.
Ya, penswastaan sekolah mungkin akan menyebabkan kos lebih tinggi dan ia akan membebankan lagi ibu-bapa terutamanya mereka yang miskin.
BalasPadamtelah terlalu byk yang diswastakan, tp sekolah tak wajar diswastakan kerana sekolah swasta lebih mahal dan tinggi kosnya. ia boleh menyukarkan ibu bapa untuk menampung pembelajaran anak2 mereka.
BalasPadamtelah terlalu byk yang diswastakan, tp sekolah tak wajar diswastakan kerana sekolah swasta lebih mahal dan tinggi kosnya. ia boleh menyukarkan ibu bapa untuk menampung pembelajaran anak2 mereka.
BalasPadampenswastaan sekolah akan meningkatkan kos. pekara ini perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya.
BalasPadamsaya juga membantah sekolah kerajaan diswastakan. tidak kah kerajaan sedar dengan impaknya kepada rakyat yang masih ramai tergolong dalam kelompok miskin? mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang malah kenaikan kos pendidikan(jika penswastaan dilaksanakan).
BalasPadamlebih baik TPM tampil menjelaskan perkara ini kerana mungkin ada kenyataan beliau yang disalah tafsirkan atau diputar-belit oleh pihak tertentu. dan sekiranya benar kerajaan berniat menswastakan sekolah kerajaan, jelaskan apa rasionalnya tindakan itu.
BalasPadamyuran sekolah swasta lazimnya lebih tinggi. kerajaan kena mempertimbangakan semula rancangan menswastakan sekolah kerana ini bakal membebankan ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah.
BalasPadamSaya rasa tidak setuju juga jika penswastaan berlaku kepada sekolah-sekolah kerajaan.
BalasPadamTak bestlah kalau diswastakan, nanti tambah mahal pula. huhuhu
BalasPadamPerkara ni harus diberi perhatian sewajarnya dan jangan sampai tindakan yang diambil menyusahkan mana2 pihak.
BalasPadamKos pendidikan yg tinggi akan lebih membebankn ibu bapa. Bg mereka yg berpendapatan rendah tidak mampu untuk menanggung kos pendidikan yg tinggi.
BalasPadam