| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. |
Halaman
▼
Tak mungkin DAP akan menerima jemputan BN.
BalasPadamkita lihatlah adakah DAP akan setuju untuk sertai Bn, tapi ramai berpendapat DAP takkan setuju.
BalasPadamadakah ini benar atau hanya sekadar spekulasi?
BalasPadamapa pun, UMNO dan DAP adalah tidak sehaluan.
BalasPadamTerpulang kepada DAP untuk masuk @ tidak dalam UMNO. Saya percaya tidak ada peksaan untuk itu.
BalasPadamMereka berhak untuk membuat keputusan. Walau apapun keputusan yang akan mereka ambil jangan pertikaikan keputusan mereka.
BalasPadamterserah pada DAP.jika ya pun DAP bersetuju menerima BN, ia bergantung kepada majoriti suara ahli-ahlinya.
BalasPadamtapi rasanya DAP tidak mungkin akan sertai BN.
BalasPadamDAP tidak mungkin akan menerima jemputan BN.
BalasPadamApapun, kita tunggu sahajalah keputusan DAP nanti.
BalasPadamitu terpulang pada DAP samada nak terima jemputan tersebut atau tidak.
BalasPadambila masa pula umno mahu bergabung dengan DAP? jangan2 ini sekadar gimik politik bagi menunjukkan bahawa DAP adalah parti rebutan. mungkin Pakatan berfikir dengan cara ini SNAP dan SAPP akan mengubah pendirian mereka dan berebut2 mahu bergabung dengan DAP..
BalasPadamsetahu saya umno mempunyai keyakinan yang kuat untuk meraih semula sokongan masyarakat Cina terhadap BN terutama di Pulau Pinang, seterusnya menawan semula negeri ini daripada pembangkang, bukannya mahu bergabung. BN kini sedang merangka beberapa strategi untuk menawan semula negeri yang diperintah pembangkang, terutama Pulau Pinang pada PRU akan datang.. jadi tidak ada alasan untuk umno kenapa perlu untuk mereka bergabung dengan DAP.
BalasPadamBenarkah kenyataan ini. Rasanya kita tunggu saja benar atau tidak BN mengajak DAP masuk BN.
BalasPadamBanyak benda yang berlaku di luar kawalan manusia. Apatah lagi jika ia melibatkan politik.
BalasPadamKita tunggu dan lihat sajalah nanti. Politik ini terllau sukar untuk diramal.
BalasPadam