Halaman

Isnin, 2 Mei 2011

1Melayu jejaskan 1Malaysia, kata Rafidah Aziz

BERNAMA


Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

"Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.

Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan.


20 ulasan:

  1. 1 Melayu is definitely not in line with the 1 Malaysia concept.

    BalasPadam
  2. pihak-pihak tertentu sepatutnya tidak mencipta slogan2 yang bersifat perkauman.

    BalasPadam
  3. 1 Melayu??Haish.. no wonder it's hard to achieve 1Malaysia.

    BalasPadam
  4. I hope no Malays will practice 1Melayu.

    BalasPadam
  5. Say NO to 1Melayu.. and YES to 1Malaysia!

    BalasPadam
  6. ternyata terdapat pihak2 tertentu yang cuba merosakkan keamanan di kalangan kepelbagaian kaum di malaysia.

    BalasPadam
  7. individu yang bertanggungjawab mengutarakan konsep tersebut harus dikenakan tindakan di bawah ISA kerana menghasut..ini boleh mengancam keselamatan negara..diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.

    BalasPadam
  8. kerajaan cuba memperbaiki dan meningkatkan perpaduan di kalangan kaum melalui konsep 1Malaysia..namun ada pihak yang cuba memanipulasikan konsep ini dan memberikan gambaran sonsang dengan memperkenalkan konsep 1Melayu, 1Bumi..diharap rakyat khasnya kaum melayu tidak terpengaruh dengan fahaman konsep 1Melayu, 1Bumi kerana ianya tidak memberikan kebaikan kepada negara.

    BalasPadam
  9. Tidak sesuai di Malaysia yang dihuni berbilang kaum.

    BalasPadam
  10. 1 Malaysia atau 1 Melayu? ! Cina? 1 India?
    1 Kadazan Dusun? 1 Bajau? 1......????

    BalasPadam
  11. kita seharusnya mengamalkan konsep 1Malaysia.

    BalasPadam
  12. kita semua haruslah menjaga perpaduan yang ada di negara ini dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  13. 1Malaysia lebih baik.

    BalasPadam
  14. Kalo masing2 bangsa/kaum pun mahu ada 1 di hadapan, bagaimana mungkin perpaduan dapat dibina. Kalo kuasa dari luar mahu serang M'sia senang2 ja dorg ni boleh kuasai M'sia. Tiada perpaduan senang ja la mahu kasi hancur ni M'sia. Tapi kalo isu2 mcmni berpanjangan tidak payah la kuasa luar, M'sian sendiri hancurkan M'sia.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. lepas ni muncul pula 1Bumiputera, 1India, 1Pilak, 1Timur.... memang teruk lah politik di negara ini. jika berlaku bencana perkauman di negara ini, semua itu berlaku disebabkan oleh politik.

    BalasPadam
  17. apa makna Malaysia kalau masing2 hanya mahu memperjuangkan kaum masing2? baik tidak payah ajak Sabah dan Sarawak bergabung.. parti politik yang berasaskan kaum perlu dihapuskan.. mungkin lebih baik wujudkan parti baru, iaitu parti 1Malaysia..

    BalasPadam
  18. apa2 idea yang boleh pecahkan perpaduan negara kita harus kita tentang. kan lebih baik kita bersatu.

    BalasPadam
  19. Saya sendiri pun orang melayu lebih suka dengan 1 Malaysia berbanding dengan 1 Melayu..

    BalasPadam
  20. 1 Malaysia tetap 1 Malaysia..Kita sokong gagasan 1 Malaysia..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.