HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Mei 2011

Cas hantar email 1Malaysia RM0.50 bukti ianya sekadar ladang menternak kroni Najib

WarkahDaily


Tiada apa yang istimewa dengan pengumuman Najib terhadap email 1Malaysia yang dikatakan sebelum ini adalah percuma disediakan untuk rakyat Malaysia.

Namun, pengakuan syarikat Tricubes Berhad yang diberi tender projek email berkenaan telah mengaku khidmat e-mel 1Malaysia yang bakal disediakan adalah hayat kewangan bagi syarikat berkenaan.

Sebelum itu, kita dilaporkan Tricubes Berhad berhadapan risiko dibatalkan penyenaraian mereka di Bursa Malaysia. Syarikat yang dikatakan dimiliki adik Najib itu sedang berusaha untuk kembali kukuh di papan bursa, kini telah diberi ‘kayu sakti’ oleh Najib bagi mengelak terbatal penyenaraian di bursa.

Namun yang peliknya, selepas Najib mengumumkan ianya percuma untuk rakyat Malaysia, tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri untuk mengerakkan projek ini telah mengumumkan setiap email yang ingin dihantar pemilik email akan dicas RM0.50.

Sekarang ini, kita dilambak dengan pelbagai pengeluar email termasuk dalam negara dan luar negara yang disediakan secara percuma dan tiada cas dikena bila menghantar email.

Boleh dikatakan di negara ini, ramai rakyat Malaysia sudah memiliki email percuma yang tiada cas tersembunyi itu. Antara penyedia email yang memberi perkhidmatan yang menjadi banyak pilihan ialah akaun Gmail.com, Yahoo.com, Hotmail.com dan sebagainya. Itu tidak termasuk email yang disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berdaftar dengan Gov.my atau di bahagian akademik yang berdaftar dengan Edu.my dan lain-lain sektor.

Jadi, secara logik, kenapa kerajaan Najib terus bikin projek konon email percuma untuk rakyat tapi dalam waktu yang sama diperakui sendiri oleh syarikat pembekal email 1Malaysia, email yang dihantar akan dicas RM0.50.

Apa relevannya projek sebegini jika sekadar mahu rakyat mudah untuk berhubung dengan kerajaan kononnya padahal, apakah ianya betul-betul berkesan. Banyak lagi platform lain yang boleh digunakan kerajaan untuk memudahkan rakyat berurusan dengan pentadbiran kerajaan.

Padahal ini semua adalah sebagai batu loncatan bagi syarikat kroni mencari lubang memenuh kantong sendiri semata-mata. Ia sekadar lubuk kerajaan BN menternak kroni-kroni untuk jadi kaya-raya.



25 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Sebaiknya mempertimbagkan lagi keputusan melancarkan projek emel 1 Malaysia ini.

Mohd Ishak berkata...

Ada lebih banyak isu yang perlu diselesaikan lagi dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan lebih banyak infrastruktur yang diperlukan dalam negara. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang bijaksana.

Tanpa Nama berkata...

mahalnya hantar e-mel guna e-mel 1 Malaysia. kalau guna yahoo mail langsung tidak dibayar. lebih baik projek e-mail ini tidak dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik wang kerajaan digunakan untuk projek-projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kena pastikn email tersebut tidak gunakan sebarang Caj.

azman berkata...

ianya terpulang kepada setiap individu sama ada mahu atau tidak menggunakan perkhidmatan tersebut.

azman berkata...

jika ia ingin dilaksanakan pastikan ianya tidak menggunakan wang rakyat.

Kris Jr berkata...

Saya tidak berminat dengan email 1M'sia.

Jason berkata...

Don't force the people to apply for 1malaysia email.

Jason berkata...

Should use the money for something that will really benefit the people. I don't see how 1malaysia email benefits the people.

Bujang Senang berkata...

rm0.50satu email??sungguh mahal kalau macam itu..Ingatkan mudah dan free.

Bujang Senang berkata...

Apa pun email 1 Malaysia ini belum lagi beroperasi. Biar kita sendiri yang mencuba benar atau tidak dakwaan artikel ini.

Tanpa Nama berkata...

apa kebaikannya projek email ini kepada rakyat? adakah ianya perlu dilakukan dan diperlukan oleh rakyat?

Tanpa Nama berkata...

lebih baik menggunakan email percuma daripada yahoo atau hotmail daripada email 1malaysia ini...

Tanpa Nama berkata...

diharap projek ini dibatalkan sahaja kerana tidak memberikan apa2 manfaat kepada rakyat..

Tanpa Nama berkata...

kan email ini tidak wajib.. kalau tidak berminat tidak payah la guna.. lagipun email ini tidak sama dengan email yang lain serta mempunyai keistimewaan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

"..tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri.."

kenapa? semua syarikat yang ada di Malaysia menggunakan dana kerajaan ka? semua menggunakan dana sendiri la..

Paquin berkata...

Perkara ini harus dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.

Paquin berkata...

Sebolehnya ambil kira pandangan rakyat sebelum melaksanakan hal ini.

Unknown berkata...

keadaan ini tidak patut berlaku keana banyak perkhidmatan percuma dalam internet.
Kerajaan mesti memberi penjelasan kenapa hendak bayar?

Tanpa Nama berkata...

Jika benar rakyat didahulukan, batalkan projek Email 1 Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

RM0.50 dibayar oleh kerajaan kepada Tricubes, itu wang rakyat.

Unknown berkata...

Setem hantar surat cuma RM0.30.
Yahoo mail, gmail, hotmail, macam-macam mail ini 'FREE'.

Tanpa Nama berkata...

Cas hantar emial 5o sen, nanti hantar bil air, letrik pun ken acas.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah rakyat menikamti perkhidmatan email yang percuma.
Adalah wajar jika projek ini dibatalkan.