Halaman

Khamis, 5 Mei 2011

Cas hantar email 1Malaysia RM0.50 bukti ianya sekadar ladang menternak kroni Najib

WarkahDaily


Tiada apa yang istimewa dengan pengumuman Najib terhadap email 1Malaysia yang dikatakan sebelum ini adalah percuma disediakan untuk rakyat Malaysia.

Namun, pengakuan syarikat Tricubes Berhad yang diberi tender projek email berkenaan telah mengaku khidmat e-mel 1Malaysia yang bakal disediakan adalah hayat kewangan bagi syarikat berkenaan.

Sebelum itu, kita dilaporkan Tricubes Berhad berhadapan risiko dibatalkan penyenaraian mereka di Bursa Malaysia. Syarikat yang dikatakan dimiliki adik Najib itu sedang berusaha untuk kembali kukuh di papan bursa, kini telah diberi ‘kayu sakti’ oleh Najib bagi mengelak terbatal penyenaraian di bursa.

Namun yang peliknya, selepas Najib mengumumkan ianya percuma untuk rakyat Malaysia, tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri untuk mengerakkan projek ini telah mengumumkan setiap email yang ingin dihantar pemilik email akan dicas RM0.50.

Sekarang ini, kita dilambak dengan pelbagai pengeluar email termasuk dalam negara dan luar negara yang disediakan secara percuma dan tiada cas dikena bila menghantar email.

Boleh dikatakan di negara ini, ramai rakyat Malaysia sudah memiliki email percuma yang tiada cas tersembunyi itu. Antara penyedia email yang memberi perkhidmatan yang menjadi banyak pilihan ialah akaun Gmail.com, Yahoo.com, Hotmail.com dan sebagainya. Itu tidak termasuk email yang disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berdaftar dengan Gov.my atau di bahagian akademik yang berdaftar dengan Edu.my dan lain-lain sektor.

Jadi, secara logik, kenapa kerajaan Najib terus bikin projek konon email percuma untuk rakyat tapi dalam waktu yang sama diperakui sendiri oleh syarikat pembekal email 1Malaysia, email yang dihantar akan dicas RM0.50.

Apa relevannya projek sebegini jika sekadar mahu rakyat mudah untuk berhubung dengan kerajaan kononnya padahal, apakah ianya betul-betul berkesan. Banyak lagi platform lain yang boleh digunakan kerajaan untuk memudahkan rakyat berurusan dengan pentadbiran kerajaan.

Padahal ini semua adalah sebagai batu loncatan bagi syarikat kroni mencari lubang memenuh kantong sendiri semata-mata. Ia sekadar lubuk kerajaan BN menternak kroni-kroni untuk jadi kaya-raya.



25 ulasan:

  1. Sebaiknya mempertimbagkan lagi keputusan melancarkan projek emel 1 Malaysia ini.

    BalasPadam
  2. Ada lebih banyak isu yang perlu diselesaikan lagi dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan lebih banyak infrastruktur yang diperlukan dalam negara. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang bijaksana.

    BalasPadam
  3. mahalnya hantar e-mel guna e-mel 1 Malaysia. kalau guna yahoo mail langsung tidak dibayar. lebih baik projek e-mail ini tidak dilaksanakan.

    BalasPadam
  4. lebih baik wang kerajaan digunakan untuk projek-projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat.

    BalasPadam
  5. kena pastikn email tersebut tidak gunakan sebarang Caj.

    BalasPadam
  6. ianya terpulang kepada setiap individu sama ada mahu atau tidak menggunakan perkhidmatan tersebut.

    BalasPadam
  7. jika ia ingin dilaksanakan pastikan ianya tidak menggunakan wang rakyat.

    BalasPadam
  8. Saya tidak berminat dengan email 1M'sia.

    BalasPadam
  9. Don't force the people to apply for 1malaysia email.

    BalasPadam
  10. Should use the money for something that will really benefit the people. I don't see how 1malaysia email benefits the people.

    BalasPadam
  11. rm0.50satu email??sungguh mahal kalau macam itu..Ingatkan mudah dan free.

    BalasPadam
  12. Apa pun email 1 Malaysia ini belum lagi beroperasi. Biar kita sendiri yang mencuba benar atau tidak dakwaan artikel ini.

    BalasPadam
  13. apa kebaikannya projek email ini kepada rakyat? adakah ianya perlu dilakukan dan diperlukan oleh rakyat?

    BalasPadam
  14. lebih baik menggunakan email percuma daripada yahoo atau hotmail daripada email 1malaysia ini...

    BalasPadam
  15. diharap projek ini dibatalkan sahaja kerana tidak memberikan apa2 manfaat kepada rakyat..

    BalasPadam
  16. kan email ini tidak wajib.. kalau tidak berminat tidak payah la guna.. lagipun email ini tidak sama dengan email yang lain serta mempunyai keistimewaan sendiri.

    BalasPadam
  17. "..tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri.."

    kenapa? semua syarikat yang ada di Malaysia menggunakan dana kerajaan ka? semua menggunakan dana sendiri la..

    BalasPadam
  18. Perkara ini harus dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.

    BalasPadam
  19. Sebolehnya ambil kira pandangan rakyat sebelum melaksanakan hal ini.

    BalasPadam
  20. keadaan ini tidak patut berlaku keana banyak perkhidmatan percuma dalam internet.
    Kerajaan mesti memberi penjelasan kenapa hendak bayar?

    BalasPadam
  21. Jika benar rakyat didahulukan, batalkan projek Email 1 Malaysia.

    BalasPadam
  22. RM0.50 dibayar oleh kerajaan kepada Tricubes, itu wang rakyat.

    BalasPadam
  23. Setem hantar surat cuma RM0.30.
    Yahoo mail, gmail, hotmail, macam-macam mail ini 'FREE'.

    BalasPadam
  24. Cas hantar emial 5o sen, nanti hantar bil air, letrik pun ken acas.

    BalasPadam
  25. Biarlah rakyat menikamti perkhidmatan email yang percuma.
    Adalah wajar jika projek ini dibatalkan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.