WarkahDaily
Tiada apa yang istimewa dengan pengumuman Najib terhadap email 1Malaysia yang dikatakan sebelum ini adalah percuma disediakan untuk rakyat Malaysia.
Namun, pengakuan syarikat Tricubes Berhad yang diberi tender projek email berkenaan telah mengaku khidmat e-mel 1Malaysia yang bakal disediakan adalah hayat kewangan bagi syarikat berkenaan.
Sebelum itu, kita dilaporkan Tricubes Berhad berhadapan risiko dibatalkan penyenaraian mereka di Bursa Malaysia. Syarikat yang dikatakan dimiliki adik Najib itu sedang berusaha untuk kembali kukuh di papan bursa, kini telah diberi ‘kayu sakti’ oleh Najib bagi mengelak terbatal penyenaraian di bursa.
Namun yang peliknya, selepas Najib mengumumkan ianya percuma untuk rakyat Malaysia, tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri untuk mengerakkan projek ini telah mengumumkan setiap email yang ingin dihantar pemilik email akan dicas RM0.50.
Sekarang ini, kita dilambak dengan pelbagai pengeluar email termasuk dalam negara dan luar negara yang disediakan secara percuma dan tiada cas dikena bila menghantar email.
Boleh dikatakan di negara ini, ramai rakyat Malaysia sudah memiliki email percuma yang tiada cas tersembunyi itu. Antara penyedia email yang memberi perkhidmatan yang menjadi banyak pilihan ialah akaun Gmail.com, Yahoo.com, Hotmail.com dan sebagainya. Itu tidak termasuk email yang disediakan untuk kakitangan kerajaan yang berdaftar dengan Gov.my atau di bahagian akademik yang berdaftar dengan Edu.my dan lain-lain sektor.
Jadi, secara logik, kenapa kerajaan Najib terus bikin projek konon email percuma untuk rakyat tapi dalam waktu yang sama diperakui sendiri oleh syarikat pembekal email 1Malaysia, email yang dihantar akan dicas RM0.50.
Apa relevannya projek sebegini jika sekadar mahu rakyat mudah untuk berhubung dengan kerajaan kononnya padahal, apakah ianya betul-betul berkesan. Banyak lagi platform lain yang boleh digunakan kerajaan untuk memudahkan rakyat berurusan dengan pentadbiran kerajaan.
Padahal ini semua adalah sebagai batu loncatan bagi syarikat kroni mencari lubang memenuh kantong sendiri semata-mata. Ia sekadar lubuk kerajaan BN menternak kroni-kroni untuk jadi kaya-raya.
Sebaiknya mempertimbagkan lagi keputusan melancarkan projek emel 1 Malaysia ini.
BalasPadamAda lebih banyak isu yang perlu diselesaikan lagi dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan lebih banyak infrastruktur yang diperlukan dalam negara. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang bijaksana.
BalasPadammahalnya hantar e-mel guna e-mel 1 Malaysia. kalau guna yahoo mail langsung tidak dibayar. lebih baik projek e-mail ini tidak dilaksanakan.
BalasPadamlebih baik wang kerajaan digunakan untuk projek-projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat.
BalasPadamkena pastikn email tersebut tidak gunakan sebarang Caj.
BalasPadamianya terpulang kepada setiap individu sama ada mahu atau tidak menggunakan perkhidmatan tersebut.
BalasPadamjika ia ingin dilaksanakan pastikan ianya tidak menggunakan wang rakyat.
BalasPadamSaya tidak berminat dengan email 1M'sia.
BalasPadamDon't force the people to apply for 1malaysia email.
BalasPadamShould use the money for something that will really benefit the people. I don't see how 1malaysia email benefits the people.
BalasPadamrm0.50satu email??sungguh mahal kalau macam itu..Ingatkan mudah dan free.
BalasPadamApa pun email 1 Malaysia ini belum lagi beroperasi. Biar kita sendiri yang mencuba benar atau tidak dakwaan artikel ini.
BalasPadamapa kebaikannya projek email ini kepada rakyat? adakah ianya perlu dilakukan dan diperlukan oleh rakyat?
BalasPadamlebih baik menggunakan email percuma daripada yahoo atau hotmail daripada email 1malaysia ini...
BalasPadamdiharap projek ini dibatalkan sahaja kerana tidak memberikan apa2 manfaat kepada rakyat..
BalasPadamkan email ini tidak wajib.. kalau tidak berminat tidak payah la guna.. lagipun email ini tidak sama dengan email yang lain serta mempunyai keistimewaan sendiri.
BalasPadam"..tiba-tiba syarikat yang dikatakan baik hati dengan menggunakan dana sendiri.."
BalasPadamkenapa? semua syarikat yang ada di Malaysia menggunakan dana kerajaan ka? semua menggunakan dana sendiri la..
Perkara ini harus dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.
BalasPadamSebolehnya ambil kira pandangan rakyat sebelum melaksanakan hal ini.
BalasPadamkeadaan ini tidak patut berlaku keana banyak perkhidmatan percuma dalam internet.
BalasPadamKerajaan mesti memberi penjelasan kenapa hendak bayar?
Jika benar rakyat didahulukan, batalkan projek Email 1 Malaysia.
BalasPadamRM0.50 dibayar oleh kerajaan kepada Tricubes, itu wang rakyat.
BalasPadamSetem hantar surat cuma RM0.30.
BalasPadamYahoo mail, gmail, hotmail, macam-macam mail ini 'FREE'.
Cas hantar emial 5o sen, nanti hantar bil air, letrik pun ken acas.
BalasPadamBiarlah rakyat menikamti perkhidmatan email yang percuma.
BalasPadamAdalah wajar jika projek ini dibatalkan.