KUALA LUMPUR — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.
Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.
“Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin,” katanya ketika dihubungi.
The government should come up with better ways to handle the inflation and price hike. They can prevent it for the moment, but that does not guarantee anything.
BalasPadamThe government should consider implementing the minimum wage policies and other policies that helps the people, not further burdening them.
BalasPadamyang penting kemampuan dan keperluan rakyat perlu sentiasa diambil kira.
BalasPadamapapun, rakyat perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kenaikan harga disebabkan rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan.
BalasPadamKerajaan harus meneliti dengan baik masalah ini. Apa pun rakyat yang menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan itu.
BalasPadampelarasan dan pemotongan subsidi tak harus dilakukan secara tergesa-gesa. rakyat perlu diberi masa untuk membuat persediaan.
BalasPadamkaji bagaimana kerajaan dapat mengembalikan semula kuasa beli rakyat.. kenaikkan harga barang tidak boleh dielakkan, oleh sebab itu kerajaan perlu merancang sesuatu bagi memastikan kuasa beli rakyat tidak terjejas..
BalasPadam