KUALA LUMPUR: KEADILAN mencadangkan agar satu kontrak baru termasuk penetapan gaji minimum dilaksanakan bagi membela golongan pekerja di negara ini, kata Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata, kontrak itu meliputi tujuh tuntutan termasuk pelepasan cukai RM5,000 setahun untuk pendidikan bagi memantap dan mempertingkat tahap kemahiran mereka.
“Memandangkan pentingnya tenaga pekerja dalam membangunkan Malaysia, saya menyarankan suatu kontrak baru (New Deal) khusus untuk golongan pekerja, sama ada baru atau sudah lama bekerja.
“Ia turut meliputi pembebasan cukai bagi pembelian kereta buat kali pertama dan bagi pekerja berumur 50 tahun dan ke atas, kadar cukai pendapatan harus dihad kepada 15 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Selain itu, Nurul Izzah berkata, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga harus diberi perlindungan takaful bernilai RM500,000 secara percuma.
“Begitu juga cuti bersalin suami (paternity leave) selama 30 hari dan hak berpersatuan bagi pekerja dalam semua sektor harus diambil kira dalam kontrak baru,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yakin kontrak baru itu boleh dilaksanakan jika kerajaan memanfaatkan setiap sen wang rakyat.
“Bagi yang bertanya bagaimana tujuh janji kontrak baru dapat dilunaskan, maka ia berpandukan tujuh langkah termasuk menghapus subsidi korporat yang diberi kepada pemegang konsesi tol dan penjana kuasa bebas (IPP).
“Menghapuskan ketirisan ekonomi, rasuah, menguruskan khazanah minyak, gas asli dan pentadbiran kerajaan melalui tata kelola yang baik serta melalukan reformasi politik secara menyeluruh,” katanya.
20 ulasan:
Everyone is suggesting minimum wage policy. When will it be implemented?
diharap polisi penetapan gaji minimum pekerja dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini.
Before implementing it, it's best to identify the pros and cons of this minimum wage policy.
Some company such as the security guard company may go bankrupt if this policy is implemented.
Hopefully the government is able to come up with a win-win solution where they could help the workers in improving their standard of living and at the same time not causing the company to go bankruptcy.
gaji minimum harus dikuatkuasakan segera..
golongan pekerja memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara..oleh itu, adalah patut kebajikan dan hak pekerja dibela dan dipertahankan..namun apa jua cadangan yang diberi haruslah bersesuaian dengan keadaan masa kini dan kemampuan negara.
apa2 pun, lakukan yang terbaik untuk semua pihak..
Jika cadangan ini disambut dan disokong baik rakyat, kerajaan boleh menyerap cadangan ini dalam perlaksanaan polisi kerajaan.
Sebelum jadi kerajaan, semua boleh janji.
Setakat cadang tapi takda pelaksanaan buat apa. huhu
Saya yakin kerajaan pun sedang mempertimbangkan hal ini sebelum memutuskan keputusan. Justeru kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan gaji minimum.
harap perlaksanaan gaji minimum akan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.
telah lama para pekerja menanti pelaksanaan gaji minimum.
Harap2 gaji minimum dapat membantu meningkatkantaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah. Tp jgn pla tiba2 harga barang2 naik.
harap gaji minimum akan dilaksanakan secepat mgkin.
IPP tidak menerima manfaat kewangan harga gas yang diberikan subsidi itu. kerana ia sebenarnya memberikan manfaat kepada pengguna dalam bentuk tarif elektrik lebih rendah.. dengan subsidi, syarikat utiliti negara mampu mengekalkan tarif elektrik yang konsisten di sebalik pergerakan harga gas yang turun-naik di pasaran.
menghapuskan subsidi IPP akan memburukkan lagi keadaan.. Pakatan perlu membuat kajian sedalam2nya sebelum memutuskan matlamat parti. jangan sewenang2nya mengambil kesempatan membuat janji2 manis disebalik ketidaktahuan rakyat tentang hal sebenar.
Perkara ini telah lama dikemukakan. Tunggu perlaksanaan saja lagi. Jadi Nurul Izzah tidak perlu risau dan mengulangi cadangan ini.
Catat Ulasan