Tanggal 1 Mei adalah Hari Buruh Antarabangsa. Asal usulnya untuk mengenalkan kumpulan pergerakan pekerja yang berkorban ketika memperjuangkan lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat.
Ulang tahun kejadian ini kini diiktiraf oleh negara-negara sedunia sebagai tanda menghormati hak-hak asasi kaum buruh, dan turut menghargai sumbangan pekerja-pekerja dalam pembangunan sosial ekonomi negara.
Hari Buruh Antarabangsa telah disambut secara resmi di Malaysia sejak 1972. Namun menurut data Kementerian Sumber Manusia, hampir 34% daripada kira-kira 1.3juta tenaga kerja negara kita hanya terima pendapatan bulanan di bawah RM700 sebulan.
Kajian Bank Dunia juga menunjukkan pertumbuhan gaji di Malaysia hanya mencatatkan 2.6% setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mensasarkan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi dalam Pelan Transformasi yang dicadang BN. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S Subramaniam turut mengesahkan bahawa pada dasarnya kerajaan bersetuju supaya gaji perlu dinaikan.
Kata-kata tersebut mungkin sedap didengar, tetapi sehingga hari ini kerajaan belum tunjuk komitmen untuk mempertingkatkan pendapatan golongan bergaji rendah. Sebaliknya masalah inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan asas dibiarkan semakin membebankan pekerja.
Dari jawapan Menteri Sumber Manusia dalam sidang Parlimen lepas, rupa-rupanya Kerajaan Barisan Nasional telah bersimpang dari komitmen awal untuk melaksanakan gaji minimum. Sebaliknya, kerajaan hanya mencadangkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan.
Keputusan ini amat mengecewakan. Nampaknya Kerajaan tidak mengindahkan desakan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk perusaha dan pekerja. Langkah penubuhan majlis konsultasi tidak akan memberi perlindungan hak pekerja yang berkesan dan tidak secara langsung membawa peningkatan pendapatan golongan pekerja. Badan tersebut hanya mempunyai peranan terhad untuk menasihat dan melobi di antara majikan, pekerja dan kerajaan.
Perkara ini sekali lagi menunjukkan Barisan Nasional mengkhianati kepentingan pekerja. Kesimpulannya BN tidak prihatin kepada nasib pekerja dan gagal mengkotakan janji-janji dan komitmen sendiri. Akhirnya, pendapatan isi rumah akan semakin merosot berbanding dengan kadar inflasi yang semakin tak terkawal.
Sempena Hari Buruh Antarabangsa, saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berdolak dalil untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Kami juga berpendirian untuk meminda akta-akta yang menindas hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja.
Kalau Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia tidak berani mengambil langkah pertama dalam isu pokok seperti pelaksanaan gaji minimum Kebangsaan, tak perlu lagi kita anggan-anggankan ekonomi berpendapatan tinggi.
Seterusnya, sasaran mencapai pendapatan per kapita tahunan sebanyak USD15 ribu pada tahun 2020 cuma merupakan bayangan imanginasi yang diomong-omong oleh Najib Razak sahaja.
Oleh kerana demikian, kaum pekerja Malaysia tidak boleh meletakkan harapan kita kepada Pemerintahan BN. Realisasi impian pekerja dan pengagihan kekayaan yang adil hanya akan berjaya jika pekerja-pekerja dari semua sektor beritizam bersama perjuangan mengubah sistem politik negara.
YB TIAN CHUA
AHLI PARLIMEN BATU
20 ulasan:
Hope that Labor rights will be fulfilled.
sepatutnya jika harga barangan naik, gaji pekerja juga dinaikkan.ini kerana harga barang melonjak naik dalam masa setahun saja sedangkan pertumbuhan gaji mencatatkan hanya 2.6% dalam tempoh 10 tahun,satu tempoh masa yang begitu panjang.
The workers work their ass off to earn for living. Government should find ways to improve their standard of living.
Neway, i hope everyone had a nice relaxing day yesterday. Happy Labor day!
kos hidup masa kini semakin meningkat..oleh itu, gaji para pekerja juga harus dinaikkan bagi menampung kos hidup tersebut.
harus diingat tanpa tenaga buruh dalam semua sektor, negara tidak akan mengecapi kemajuan dan pembangunan seperti yang dinikmati pada hari ini.
diharapkan agar gaji minimum akan dilaksanakan secepat mungkin.
Hal ini harus diberi perhatian bagi memastikan hak pekerja terpelihara.
hhmmm, apapun puas hati jugalah dapat cuti masa hari buruh. hehhee
kerajaan sedang berusaha untuk memperkenalkan gaji minimum. harap ini dapat dilaksanakan dengan segera.
semoga hak dan kepentingan golongan pekerja akan sentiasa dijaga dengan sebaiknya.
kita harus selaraskan gaji dan pendapatan pekerja dgn kos hidup masa kini.
kerajaan kena wujudkan keadaan yang boleh mengurangkan beban rakyat.
melaksanakan gaji minimum bukannya semudah yang pemimpin2 Pakatan katakan. sebelum ianya dilaksanakan, perlu ada kajian menyeluruh dengan mengambilkira kepentingan semua pihak. mengubah akta tidak semudah menulis artikel di atas kertas..
sudah ada kajian dibuat tentang baik buruk pelaksanaan gaji minimum. sudahkah Pakatan meneliti semua kajian2 itu?
saya menyokong pelaksanaan gaji minimum dan sekarang ini juga kementerian sumber manusia masih berusaha mengusulkan cadangan ini. isu ini tidak perlulah dipolitikkan malah sepatutnya pihak2 yang berkenaan patut mencadangkan idea2 bernas untuk menjayakan cadangan ini..
Sebaiknya kenaikan gaji atau gaji minimum perlulah dilaksanakan. Bila lagi perkara ini akan dijadikan realiti kepada para pekerja.
Bilalah gaji pekerja naik sedangkan harga barang sudah berlipat ganda naik.
Golongan pekerja adalah golongan dalam masyarakat yang selalu diabailkan dan hak mereka perlu dilindungi.
Dalam era 'naik naik naik', kita semua harus memberi tekanan kepada pihak yang bertanggungjawap supaya gaji kita juga nai selaras dengan inflasi.
Catat Ulasan