Halaman

Khamis, 26 Mei 2011

Nik Aziz belum sedia idea Pakatan tidak bubar DUN jika PRU 2011

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BARU – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan pakatan pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.

“Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.

“Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

6 ulasan:

  1. Pakatan needs to do what is needed to be done.

    BalasPadam
  2. kalau tak ingin bubarkan DUN, kena dibincangkan secara bersama dulu. kalau majoriti kata tidak, tak usahlah bubar DUN.

    BalasPadam
  3. itu terserah kepada mereka bila mereka ingin membubarkan DUN.

    BalasPadam
  4. Nampak seperti itu adalah pendapat peribadi DAP itu sendiri saja. Itu terpulang dengan PAS sendiri mahu membubarkan atau tidak.

    BalasPadam
  5. itu terpulang pada mereka nak bubarkan DUN atau tidak. tapi buatlah pilihan yang terbaik.

    BalasPadam
  6. maknanya dalam Pakatan tidak wujud kesepakatan dan kesefahaman. masing2 boleh membuat kenyataan tanpa merujuk kepada komponen yang lain. saya harap kenyataan Nik Aziz ini akan dapat menyedarkan LGE bahawa dalam Pakatan bukan hanya terdiri dari parti DAP sahaja..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.