Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, dunia lebih aman tanpa Umno-Barisan Nasional (BN).“Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden),” kata beliau kepada pemberita dipejabatnya di sini kelmarin.
Ujar beliau, “Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam. Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.
“Tidak timbul soal pengganas dalam hal kematian Osama. Sepatutnya kita berdoa sekiranya mengetahui ada orang Islam meninggal dunia,” kata beliau yang Mursyidul Am PAS.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam reaksi spontan ekoran terbunuhnya Osama dilaporkan menyebut dunia akan lebih aman, selamat dan adil berikutan kematian Osama.
Kata Nik Aziz, sekiranya Osama benar-benar dibunuh seperti diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Husain Obama, beliau mendoakan rahmat Allah ke atas rohnya dan keampunan Allah swt buat Osama.
“Sebesar mana pun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.
“Adapun keterlibatan Osama dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Barat,” terang beliau. -FMT

Tak sangka pengaruh BN begitu besar sehingga boleh menjejaskan keamanan dunia.
BalasPadamtk pernah pun BN menggugat keamanan dunia.
BalasPadamkenyataan ini menunjukkan Nik Abdul Aziz sangat tidak menyokong perjuangan UMNO-BN.
BalasPadamItu hanyalah pendapat Nik Abdul Aziz mengikut pandangannya. rakyat pandai2lah menilai sendiri
BalasPadamrasanya BN tidaklah mengganggu keamanan dunia. malah Malaysia kini berada dalam keadaan yang aman.
BalasPadamyang penting kita sentiasalah berusaha untuk mengekalkan keamanan yang ada di negara kita.
BalasPadamLain orang lain pendapat & lain pla ulasannya.
BalasPadamDunia juga lebih aman tanpa PAS.haha..teda ba. main2x ja.
BalasPadamBagi saya, dunia lebih aman tanpa Osama. UMNO-BN tidak memberi sebarang kesan buruk terhadap dunia, kalau osama lain cerita la. Still remember the 9/11 incident??? It took the lives of 2,977 innocent people.
BalasPadamApa kaitan dunia dengan Malaysia??Nik Aziz sihatkah tidak. Kalau Osama memang dunia tidak akan aman selagi Osama tidak dapat ditemui.
BalasPadamMalaysia kan lebih aman jika tidak ada pembangkang seperti Anwar..
BalasPadamMalaysia aman damai di bawah pemerintahan BN.
BalasPadamDr M dan Najib masing2 buat kenyataan atas pendirian masing2 diluar daripada kepentingan politik.. nampak lebih profesional.. bukan macam pemimpin2 pembangkang yang suka menggunakan kenyataan pihak lain untuk tujuan politik.. macam Nik Aziz..
BalasPadamsetahu saya yang banyak menghuru harakan negara adalah PAS. sanggup menggunakan rakyat sebagai perisai untuk menjayakan demonstrasi jalanan semata2 untuk kepentingan politik PAS. malah demo mereka sampai ke luar negara.. itukah maksud aman bagi PAS...
BalasPadamrakyat mesti tolak PAS jika tidak mahu Malaysia menjadi negara pengganas..
Dunia lebih aman tanpa politik. hahahhahahhaa
BalasPadamSebaiknya keharmonian negara harus diutamakan. Jangan hanya tahu tunding jari:P Diri sendiri tak sedar cetus ketidakpuasan hati.
BalasPadamKematian Osama tidak bermakna dunia akan lebih aman.
BalasPadamDnndam lama belum selesai, tambah pula yang baru.
Dunia lebih aman sekiranya kita semua menyerap ajaran Agama yang kita anuti dalam kehidupan harian kita degan hati yang merendahkan diri.
BalasPadamKita doa agar dunia lebih aman. Bukan sebab ketiadaan sesiapa tetapi dari perubahan hati manusia jadi lebih baik.
BalasPadamIni cuma pendapat Tok Guru. Walau Osama sudah tiada lagi, koncu-koncu beliau masih aktif lagi.
BalasPadamAda sebab PM membuat ulasan itu kerana Osama adalah dalang disebalik letupan-letupan bom atau serangan berani mati yang menyebabkan banyak kematian orang yang tidak berdosa.
BalasPadamPembunuhan manusia sesama sendiri tidak akan membawa keamanan.
BalasPadam