Nigel Aw
Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).
Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.
Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.
menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula.
"Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu.
Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah.
Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.
"Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?"
Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010.
"Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya."
Harap isu Projek IC ini akan ditangani oleh JPN sebelum PRU-13 diadakan.
BalasPadamSPR dan JPN ada tanggungjawab untuk memastikan bahawa pendaftaran pengundi adalah tepat dan bersih.
BalasPadamrakyat tulen sabah sudah bosan dengan penafian dan ketidak telusan kementerian dalam negeri mengenai isu projek IC..
BalasPadamdicadangkan kepada PM malaysia akan datang selepas PRU13, agar memilih di kalangan pemimpin sabah untuk dilantik sebagai menteri dalam negeri.
BalasPadamRCI wajib ditubuhkan sebelum PRU13.
BalasPadamwith the ongoing project ic issue, there is no way that there is going to be clean and fair election being conducted.
BalasPadamthe gov must consider to set up RCI in sabah.
BalasPadamSelagi projek IC tidak ditanggani, tidak mungkin PRU dijalamn dengan bersih dan amanah.
BalasPadamLihat jumlah PATI diseluruh Sabah, golongan ini yang akan masuk dewan undi nanti.
BalasPadamTubuh RCI untuk membuat siasatan lanjut. Pilihanraya harus dijalankan dengan bersih, terbuka dan adil,. Teknik kotor harus dimansuhkan.
BalasPadamJPN memeri identiti kepada golongan warga asing sebagai warganegara. SPR memberi hak untuk mengundi. Apa lagi yang boleh kami buat?
BalasPadampenduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.
BalasPadamPertambahan luar biasa ini jelas membuktikan kewujudan projek ic. Kerajaan tidak harus menafikannya.
Peningkatan penduduk di Sabah secara mendadak memang mencurigakan.
BalasPadamPati adalah isu yang sudah lama berkarat dan entah bila baru dapat diselesaikan. Justeru RCI memang patut dilaksanakan.
BalasPadamKita takkan tahu keberkesanan RCI jika tak mencubanya dulu. Kalau asyik tunggu dan lihat, rasanya susah juga.
BalasPadamSebolehnya RCI ditubuhkan sebelum PRU13. Jadi kemenangan mana2 pihak nanti tak juga dipertikaikan lagi. hehe
BalasPadamJika RCI tak dilaksanakan pastikan alternatif lain digerakkan. At least dapat juga cover ketegangan isu pati di Sabah.
BalasPadammendapat ic/mykad secara meragukan harus disiasat. Penafian hanya akan membuat rakyat Sabah muak dan inginkan keadilan dalam hal ni.
BalasPadammengapakah kerajaan tidak tubuhkan sahaja RCI? haruskah keadaan ini berterusan tanpa penyelesaian?
BalasPadamkerajaan negeri/pusat haruslah buktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI yang dihadapi di Sabah
BalasPadamdan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13
BalasPadamjanganlah sampai isu2 di atas tidak dapat dikawal barulah kerajaan kelam-kabut hendak bertindak
BalasPadamsudah pasti, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini
BalasPadamjgn biarkan wujud projek IC.
BalasPadamsesuatu isu yang timbul harus diselesaikan dan diharapkan jawatankuasa yang ditubuhkan akan mampu menambahbaik sistem pilihanraya.
BalasPadamlebih banyak pihak yang bersuara berkenaan dengan isu ini lebih berat tekanan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan persekutuan..
BalasPadamsaya harap PSC dapat mengambil tindakan membersihkan proses pilihanraya sebelum PRU bermula.. banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan bagi mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil sekaligus memuaskan semua pihak..
BalasPadamDiharapkan PSC mengambil serius isu yang diutarakan ini dan dapat mengambil tindakan yang efektif untuk menanganinya. Projek ic ini telah mencemari hak sebenar rakyat jati Sabah.
BalasPadamRakyat Sabah mahu dalang di sebalik projek ic dikemukan ke muka pengadilan. Gara2 projek ic ini, rakyat Sabah yang menderita.
BalasPadammemang perlu tubuhkan SSD untuk mengetahui punca sebenar perubahan demografi secara mendadak ini.
BalasPadamkita tidak hairan, bila ramai PATI masuk di Sabah mereka akan beranak pinak dan menyumbang kepada pertambahan penduduk. yang lebih menakutkan bila mereka mengatasi penduduk tempatan dan menguasai apa yang sebenarnya menjadi milik penduduk tempatan.
BalasPadamJanganlah menjadi lebih teruk.
BalasPadamPTI memang harus diusir keluar.
BalasPadamWhat the best option after this?
BalasPadamHope that the project IC issue will be resolved by the JPN and SPR before the next GE is held.
BalasPadamMake sure the voting process is fair and clean without phantom voters.
BalasPadamPerkara ini perlulah kita ambil serius. Jangan biarkan perkara ini berterusan.
BalasPadamKerajaan Persekutuan perlulah mencari bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Jika RCI tidak dapat ditubuhkan maka berikan cadangan yang lain untuk menangani PATI dan IC projek ini.
BalasPadamisu PATI harus diselesaikan sebelum PRU13...jalan terbaik setakat ini adalah dengan menubuhkan RCi..
BalasPadamdan diharapkan PSC akan dapat memberikan input untuk memperbaiki sistem pilihanraya kita...
BalasPadam