Halaman

Sabtu, 26 November 2011

Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah

Nigel Aw
Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.

Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.

suhakam roundtable kk sabah 020806 dr chong eng leongAhli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain
menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula.

"Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu.

Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah.

Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.

"Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?"

Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010.

"Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya."

40 ulasan:

  1. Harap isu Projek IC ini akan ditangani oleh JPN sebelum PRU-13 diadakan.

    BalasPadam
  2. SPR dan JPN ada tanggungjawab untuk memastikan bahawa pendaftaran pengundi adalah tepat dan bersih.

    BalasPadam
  3. rakyat tulen sabah sudah bosan dengan penafian dan ketidak telusan kementerian dalam negeri mengenai isu projek IC..

    BalasPadam
  4. dicadangkan kepada PM malaysia akan datang selepas PRU13, agar memilih di kalangan pemimpin sabah untuk dilantik sebagai menteri dalam negeri.

    BalasPadam
  5. RCI wajib ditubuhkan sebelum PRU13.

    BalasPadam
  6. with the ongoing project ic issue, there is no way that there is going to be clean and fair election being conducted.

    BalasPadam
  7. the gov must consider to set up RCI in sabah.

    BalasPadam
  8. Selagi projek IC tidak ditanggani, tidak mungkin PRU dijalamn dengan bersih dan amanah.

    BalasPadam
  9. Lihat jumlah PATI diseluruh Sabah, golongan ini yang akan masuk dewan undi nanti.

    BalasPadam
  10. Tubuh RCI untuk membuat siasatan lanjut. Pilihanraya harus dijalankan dengan bersih, terbuka dan adil,. Teknik kotor harus dimansuhkan.

    BalasPadam
  11. JPN memeri identiti kepada golongan warga asing sebagai warganegara. SPR memberi hak untuk mengundi. Apa lagi yang boleh kami buat?

    BalasPadam
  12. penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.

    Pertambahan luar biasa ini jelas membuktikan kewujudan projek ic. Kerajaan tidak harus menafikannya.

    BalasPadam
  13. Peningkatan penduduk di Sabah secara mendadak memang mencurigakan.

    BalasPadam
  14. Pati adalah isu yang sudah lama berkarat dan entah bila baru dapat diselesaikan. Justeru RCI memang patut dilaksanakan.

    BalasPadam
  15. Kita takkan tahu keberkesanan RCI jika tak mencubanya dulu. Kalau asyik tunggu dan lihat, rasanya susah juga.

    BalasPadam
  16. Sebolehnya RCI ditubuhkan sebelum PRU13. Jadi kemenangan mana2 pihak nanti tak juga dipertikaikan lagi. hehe

    BalasPadam
  17. Jika RCI tak dilaksanakan pastikan alternatif lain digerakkan. At least dapat juga cover ketegangan isu pati di Sabah.

    BalasPadam
  18. mendapat ic/mykad secara meragukan harus disiasat. Penafian hanya akan membuat rakyat Sabah muak dan inginkan keadilan dalam hal ni.

    BalasPadam
  19. mengapakah kerajaan tidak tubuhkan sahaja RCI? haruskah keadaan ini berterusan tanpa penyelesaian?

    BalasPadam
  20. kerajaan negeri/pusat haruslah buktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI yang dihadapi di Sabah

    BalasPadam
  21. dan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13

    BalasPadam
  22. janganlah sampai isu2 di atas tidak dapat dikawal barulah kerajaan kelam-kabut hendak bertindak

    BalasPadam
  23. sudah pasti, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini

    BalasPadam
  24. jgn biarkan wujud projek IC.

    BalasPadam
  25. sesuatu isu yang timbul harus diselesaikan dan diharapkan jawatankuasa yang ditubuhkan akan mampu menambahbaik sistem pilihanraya.

    BalasPadam
  26. lebih banyak pihak yang bersuara berkenaan dengan isu ini lebih berat tekanan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan persekutuan..

    BalasPadam
  27. saya harap PSC dapat mengambil tindakan membersihkan proses pilihanraya sebelum PRU bermula.. banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan bagi mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil sekaligus memuaskan semua pihak..

    BalasPadam
  28. Diharapkan PSC mengambil serius isu yang diutarakan ini dan dapat mengambil tindakan yang efektif untuk menanganinya. Projek ic ini telah mencemari hak sebenar rakyat jati Sabah.

    BalasPadam
  29. Rakyat Sabah mahu dalang di sebalik projek ic dikemukan ke muka pengadilan. Gara2 projek ic ini, rakyat Sabah yang menderita.

    BalasPadam
  30. memang perlu tubuhkan SSD untuk mengetahui punca sebenar perubahan demografi secara mendadak ini.

    BalasPadam
  31. kita tidak hairan, bila ramai PATI masuk di Sabah mereka akan beranak pinak dan menyumbang kepada pertambahan penduduk. yang lebih menakutkan bila mereka mengatasi penduduk tempatan dan menguasai apa yang sebenarnya menjadi milik penduduk tempatan.

    BalasPadam
  32. Janganlah menjadi lebih teruk.

    BalasPadam
  33. Hope that the project IC issue will be resolved by the JPN and SPR before the next GE is held.

    BalasPadam
  34. Make sure the voting process is fair and clean without phantom voters.

    BalasPadam
  35. Perkara ini perlulah kita ambil serius. Jangan biarkan perkara ini berterusan.

    BalasPadam
  36. Kerajaan Persekutuan perlulah mencari bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Jika RCI tidak dapat ditubuhkan maka berikan cadangan yang lain untuk menangani PATI dan IC projek ini.

    BalasPadam
  37. isu PATI harus diselesaikan sebelum PRU13...jalan terbaik setakat ini adalah dengan menubuhkan RCi..

    BalasPadam
  38. dan diharapkan PSC akan dapat memberikan input untuk memperbaiki sistem pilihanraya kita...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.