HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Februari 2012

ISU ISRAEL!!! Mulanya nak pekena Anwar, sekarang Najib terpaksa jawab kehadiran kapal dagang Israel di Malaysia

PASPB

"Isunya bermula apabila Datuk Seri Anwar dilaporkan oleh Wall Street Journal(WSJ) bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan Israel dengan bersyarat. Ia bermula di blog dan Utusan Malaysia-UM yang menjadi penglipur lara UMNO BN menyemarakkannya. Itulah tugas UM.

Anwar juga gatal-gatal untuk bercakap tentang Israel, namun disebabkan ia ditanya wartawan Wall Street Journal (WSJ), mungkin Anwar terpaksa menjawabnya. Tak boleh dia berkata “No komen!!”. Pelik juga kerana bukan Israel yang menjadi pengundinya. Selepas itu menjadi payah PR nak menjawab.


Namun isu ini nampaknya mula dikendong Najib kerana UM tak pandai diam, maka PR akan membalasnya semula.

Kini timbul sifat munafik pihak UMNO dan kerajaan. UM mulai diam!! Laporan tentang Israel menjadi perlahan. PR melalui Jingga 13 mendedahkan dengan kehadiran dua buah kapal milik kerajaan Israel di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Feb 2012 lalu.

Jingga 13 mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, di mana kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. Siap dengan gambar beserta video. Takkan ini juga kerja Anwar.

Sebelum ini mereka berbuih mulut menyerang Anwar tentang Israel, rupa-rupanya di bawah meja meramas ‘telur’ Israel dengan berdagang dengan mereka, menyediakan peluru untuk Israel membunuh rakyat Palestin.

Sebelum ini didedahkan juga bagaimana dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka juga dari Israel. Mungkin kapal Israel tersebut yang memunggah minyak sawit untuk dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Kini siapa yang lebih munafik!! Tentu UM semakin diam selepas ini kerana Najib UMNO BN tak larat nak kendong Israel lagi!! Urusan senyap dengan Israel tentunya tetap berjalan.

9 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Tidak perlulah berdebat, ada isu yang lagi penting perlu diberikan tumpuan. Jangan bazir masa berdebat pasal isu macam ini.

Anak Sabah berkata...

Harap isu ini akan ditutup tidak lama lagi, sudah dekat PRU ini, bagus tumpukan perhatian untuk berkempen.

Tanpa Nama berkata...

isu israel ni makin panas pula. baik utamakan isu2 rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Diharap kerajaan tidak bersikap double standard dalam hubungan dengan Israel.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin juga bila ia berkaitan dengan perniagaan, hubungan dengan Israel sukar ditolak?

TuhauBam berkata...

Lain kali jangan buat kenyataan yang mengelirukan.

Tanpa Nama berkata...

kapal dangang Israel yang berlabuh itu berurusan dengan siapa?? kerajaan?? malah ada dakwaan bahawa kapal itu bukan milik Israel..

Tanpa Nama berkata...

pemimpin dan penyokong2 pakatan pembangkang perlu ingat, jika mereka pernah masuk Mc Donald, Starbucks, Levis, TESCO dan sebagainya, secara tidak langsung mereka juga penyokong Israel..

Unknown berkata...

rasanya kapal dagang yang dimaksudkan itu bukannya dari Isreal. Namun dari Negara Liberia. Kerana nombor pendaftaran adalah dari negara tersebut.