KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM hanya membuka satu kertas siasatan dari setiap lima kes yang dilapor, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.Beliau membandingkan statistik tahun 2011 antara SPRM dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
Menurut Rafizi, sebanyak 6,475 maklumat berhubung rasuah diterima SPRM pada 2011, namun hanya 1,304 atau bersamaan 20% kertas siasatan yang dibuka.
Berbanding ICAC yang menerima 4,010 laporan, namun membuka 3,072 kertas siasatan bersamaan 77% dari keseluruhan maklumat rasuah di Hong Kong pada tahun yang sama.
“Ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat yang meragui keberkesanan SPRM. Menteri yang bertanggungjawab harus mengambil cabaran ini dengan serius,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.
Tambah Rafizi, sabitan kesalahan kes dikendalikan ICAC lebih tinggi mencecah 86% berbanding kesalahan kes yang dibawa oleh SPRM, iaitu sekadar 68%.
Tegasnya, SPRM perlu membuktikan keberkesanan melalui pendakwaan terutamanya melibatkan laporan terhadap tokoh besar, seperti Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud.
Penolong Pesuruhjaya Bahagian Siasatan SPRM, Lim Bee Kean pada 29 Jun mendedahkan, badan itu perlu meneliti 400 fail dan kenyataan lebih 20 individu melibatkan kes rasuah Taib Mahmud.
“Mengatasi persepsi terhadap SPRM bukan semata-mata melalui iklan atau kempen jenama mahal yang menelan wang rakyat,” tegasnya.
29 ulasan:
tidak bermakna sprm terlalu buruk beranding dengan icac.. di malaysia, pihak paling banyak buat laporan ialah parti politik pembangkang.. bila pembangkang yang buat laporan, jarang sekali disertakan dengan bukti kukuh.. semua bukti mereka adalah yang dicipta sendiri.. so untuk apa sprm buang masa buka fail siasatan seperti itu..
lihat saja bagaimana rafizi terbang ke hong kong kononnya mahu menyerahkan bukti kepada ICAC mengenai rasuah pemimpin BN Sabah.. tapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan dari pihak ICAC.. Malah dalam kenyataan terbaru ICAC, kes tersebut sudah ditutup.. bermakna bukti2 yang rafizi lembu dedahkan juga tidak dilayan oleh ICAC..
jadi inilah sebabnya kenapa sprm enggan membuka fail siasatan yang dilaporan oleh ahli2 politik pembangkang.. sebabnya semua laporan mereka hanya untuk menjejaskan imej BN disamping mahu memburuk2 sprm..
jika rafizi lembu berani, kenapa tidak minta sprm buka semula fail siasatan mengenai akaun simpanan anwar bernilai rm3 bilion??
Lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar), kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Bee Kean.
Lim berkata 20 individu terbabit dipercayai terlibat dan disebut dalam sebuah video yang dimuat naik di dalam 'YouTube' serta dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan Taib.
"Bagaimanapun siasatan telah bermula sebelum video tersebut didedahkan iaitu sejak Jun 2011," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Mac lepas sebuah video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW) yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib.
Lim berkata bagi mempercepatkan proses siasatan kes berkenaan, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi lain telah ditubuhkan dan laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguan Negara bagi tindakan susulan.
Katanya apabila siasatan selesai dan keputusan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Panel Penilaian Operasi (PPO) akan dimaklumkan tentang status kes.
"PPO adalah panel bebas yang berperanan melihat aspek ketelusan dan kebebasan SPRM dalam setiap tindakan siasatan yang dijalankan.
"Panel ini dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang profesional dan mereka dilantik mewakili masyarakat atas kepakaran dan mewakili badan profesional yang bersesuaian bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan berkesan," katanya.
Lim berkata SPRM juga dipantau Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 bagi memastikan perjalanan dan fungsi SPRM mengikut peruntukan yang ditetapkan.
JKMR dianggotai wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pelbagai parti politik seperti Barisan Nasional, DAP, PAS dan PKR, katanya.
Justeru, beliau menjelaskan SPRM tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkaitan kes itu.
Katanya siasatan kes itu dijalankan tanpa gentar atau pilih kasih, secara bebas, telus serta profesional malah SPRM mendapat kerjasama daripada semua individu termasuk Taib.
Beliau berkata pendirian SPRM adalah konsisten sepanjang masa tanpa mengira latar belakang dan pangkat individu yang disiasat.
"Sebagaimana kes-kes sebelum ini, SPRM tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan dan ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan dan hanya boleh didedahkan di mahkamah," katanya.
Namun, katanya, memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa dan siasatan akan berterusan bagi mengumpul bukti serta keterangan dengan perkembangan terbaru. - Bernama, 29 Jun, 2013.
Kecenderungan penjawat awam di Sabah untuk terlibat dengan amalan rasuah mencatat kadar penurunan. Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Jalil Jaaffar berkata, golongan tersebut dilihat sudah memiliki kesedaran berhubung amalan buruk yang boleh merosakkan masa depan negara itu.
AMALAN RASUAH PERLU DIELAKKAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT.KESEDARAN PERLU DITANAM DALAM DIRI SENDIRI BAGI MENCEGAH DARI TERLIBAT RASUAH
Berdasarkan kempen perangi rasuah secara menyeluruh yang dilaksanakan sejak 2010 menunjukkan hasil baik terutama dalam kalangan pihak penguat kuasa atau penjawat awam yang berada di jabatan berisiko tinggi.
"Kesan lebih mendalam dapat dilihat apabila penjawat awam memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk menangani masalah rasuah di jabatan masing-masing dan menyerahkan kes secara terus kepada pihak kami," katanya.
Berdasarkan statistik tahun lalu, kadar pemberian rasuah dalam kalangan orang ramai juga mencatatkan penurunan.
Perkembangan positif tersebut katanya, merupakan satu kejayaan di pihak SPRM yang berusaha mengurangkan kes rasuah di negara ini, sekali gus meningkatkan imej pihak berkuasa.
Jelasnya, amalan rasuah tidak akan berlaku jika satu pihak sering kali mengatakan tidak kepada perkara terkutuk tersebut dan mengamalkan integriti tinggi dalam melaksanakan tugas.
Dalam masa sama, usaha berterusan akan dilakukan SPRM negeri dalam memberi maklumat dan hebahan berhubung kegiatan rasuah kepada jabatan kerajaan dan orang ramai.
Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras masalah rasuah dilihat berjaya menyumbang kepada penurunan kadar rasuah di negara ini.(10 Dis 2012)
PERANAN MEMERANGI BUDAYA RASUAH BUKAN TERLETAK PADA SATU PIHAK SAJA TAPI SEMUA PIHAK.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim berkata pencapaian itu dibuktikan dengan kedudukan Malaysia di tangga 54 berbanding tangga 60 pada tahun lepas melalui Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diumumkan baru-baru ini.
"Dengan adanya kerjasama secara berterusan daripada pelbagai pihak bukan sahaja kerajaan, malah NGO kita percaya mampu mengatasi masalah ini pada masa akan datang," katanya.(10 Dis 2012)
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) rasuah mencapai sasaran melebihi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam usaha menangani jenayah rasuah di negara ini.
Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata sasaran itu dinilai panel antarabangsa sekaligus mengiktiraf kesungguhan kerajaan dalam usaha memerangi gejala rasuah.
"Panel antarabangsa memuji negara kita sebagai negara yang serius memerangi rasuah...dan ini bukan kosmetik atau retorik tetapi perkara yang jelas diterjemahkan dalam gerak kerja GTP (Program Transformasi Kerajaan)," katanya.
KERAJAAN BERUSAHA UNTUK MEMERANGI RASUAH BAGI MEMANTAPKAN LAGI KESTABILAN NEGARA.
Beliau berkata satu daripada bukti kerajaan serius menangani rasuah ialah menetapkan rasuah sebagai tanda aras KPI negara menerusi NKRA dan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Bagaimanapun, Hisham berkata usaha memerangi rasuah adalah satu gerak kerja berterusan yang tiada batasan dan penghujung kerana pelbagai aspek perlu dinilai memandangkan rasuah berada di mana-mana.
MEMERANGI RASUAH MEMERLUKAN KERJASAMA SEMUA PIHAK DAN USAHA YANG BERTERUSAN KERANA RASUAH BUKAN BERLAKU UNTUK SATU2 MASA TERTENTU SAJA
beliau berkata persepsi rakyat terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah masih menjadi cabaran utama dan memerlukan tempoh masa lama untuk mengubah serta mendidik rakyat supaya menerima segala bentuk perancangan kerajaan.
Sementara itu, Hisham berkata pihaknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses membuat modul untuk latihan integriti kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memberi pendedahan berkaitan rasuah serta penerapan nilai murni supaya golongan itu lebih berintegriti tinggi dan beretika.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat carigali minyak pagi tadi berhubung kesalahan rasuah dan penggubahan wang haram.
Lelaki itu, yang berusia 40-an, bersama seorang lagi yang memegang jawatan pengurus dijadual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini untuk dikenakan tuduhan.
Dia yang ditahan kira-kira jam 7 pagi tadi berkhidmat di bahagian pendaftaran dan pelesenan syarikat minyak tersebut.
Kedua-dua akan menghadapi tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Menurut sumber, hasil siasatan SPRM mendapati terdapat kemasukan wang yang meragukan ke dalam akaun milik individu terbabit.
Kemasukan wang yang dipercayai berunsur rasuah berkenaan membabitkan beberapa transaksi yang dipercayai daripada vendor yang berurusan dengan syarikat tersebut.
Difahamkan transaksi mencurigakan tersebut berlaku antara tahun 2007 dan 2012 dan membabitkan wang mencecah ratusan ribu ringgit.
Dalam kes pertama, pegawai kanan yang berusia lewat 40 an tersebut dijangka dituduh atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan selepas tertuduh meluluskan dokumen urusan rasmi iaitu laporan penilaian teknikal dan laporan penilaian komersial syarikat vendor terbabit.
Seorang lagi pengurus pula dijangka menghadapi tuduhan rasuah sebagai upah selepas membuat keputusan meneruskan pembekalan gas kepada syarikat-syarikat lori-lori yang mendapat kontrak pembekalan berkenaan.
Dia didapati menerima rasuah dalam bentuk beberapa keping cek bernilai lebih RM20,000. Dia dipercayai bertindak demikian bagi meneruskan pembekalan kepada syarikat-syarikat pembekalan gas berkenaan.
SPRM pasti akan siasat jg kesemua laporan tersebut.
Catat Ulasan