Kepimpinan Mursi terus ditagih rakyat Mesir.
Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) selama ini tidak senang dengan Mursi yang datangnya dari Ikhwanul Muslimin.
Mursi dilihat sebagai tokoh Islam yang boleh mengancam kuasa Israel dan bersama Iran, Mesir dilihat berpotensi untuk menjadi kuasa tentera terkuat di rantau Arab.
Keadaan ini juga tidak disenangi oleh setengah negara Arab dan rantau Teluk.
Sementara itu, peranan Ikhwan dalam menjatuhkan rejim Muamar Ghadaffi di Libya, Tunisia dan Algeria dilihat sebagai ancaman kepada negara Teluk yang masih kuat dengan sistem berajanya.
Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir setelah Hosni Mubarak digulingkan.
Rakyat Mesir yang mimpikan satu negara makmur akhirnya berdepan dengan masalah.
Industri pelancongan merudum. Harga barang naik melambung. Pengangguran bertambah dan lain-lain lagi.
Keadaan yang sama juga berlaku diLibya setelah Ghadaffi digulingkan.
Mereka yang bangga dengan Arab Spring akhirnya berkesudahan keluar dari mulut harimau masuk ke mulut naga.
Veteran berharap apa yang berlaku di Mesir akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat Malaysia yang ghairah dengan Bersih dan Blackout yang juga ditaja dan disokong oleh kuasa asing dengan menggunakan pembangkang.
Kita juga akan mengalami keadaan yang sama seperti di Mesir malah akan lebih teruk kerana kita mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, keturunan, budaya dan agama.
Semestinya rakyat Malaysia bertindak bijak dan rasional di dalam menangani isu tidak puas hati kepada Kerajaan dengan cara yang lebih sopan dan berperlembagaan.
Justeru itu, Veteran mendesak pembangkang supaya jangan bertindak tidak siuman mempengaruhi rakyat sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak setabil dalam negara ini seperti apa yang berlaku di Mesir.
Veteran juga mendesak rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Mesir dan menolak usaha pembangkang untuk menimbulkan huru-hara dan kacau bilau di negara ini melalui gerakan perhimpunan dan demonstrasi haram jalanan.
Jangan menjadi alat kepada kuasa asing yang mahu melihat Malaysia hancur kerana yang menderitanya nanti adalah kita rakyat Malaysia.
Jangan hancurkan kemakmuran negara ini yang telah dibina hasil wawasan pemimpin yang melihat masa depan yang lebih cemerlang.
Datuk Mustapha Yaakub, Setiausaha Veteran Umno Malaysia
Pengkhianat muncul dalam pelbagai wajah - dan punya sejarah yang panjang sejak zaman lampau. Raja Ali Haji dibunuh Belanda juga gara-gara khianat bangsa Melayu sendiri. Sejak zaman kolonial, Inggeris menggunakan kelemahan mengenai kesetiaan orang Melayu sebagai alat mencetuskan suasana tidak stabil dan seterusnya memerangkap Tanah Melayu.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHari ini, pengkhianat muncul tidak lagi dengan wajah baruah Inggeris atau Barat dalam konteks peperangan. Pengkhianat negara bangsa yang merdeka ini, kini muncul dengan wajah kepimpinan politik.
BalasPadamSejak 1998, kita melihat pengkhianatan orang Melayu di jalanan terhadap nilai kemerdekaan tanah air sendiri. Kemudian diperkudakan pula anak-anak muda Melayu untuk berarak dengan sikap dan sifat pengganas, merusuh di jalan-jalan sekitar ibu kota.
BalasPadamSekali lagi, permainan politik ini adalah agenda tangan-tangan asing yang mempunyai agenda, dan tentunya menyedari orang Melayu mudah berkhianat, maka diupah dan disogok orang tertentu untuk menguasai negara ini.
BalasPadamMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam temu bual program Bicara TV Hijrah tidak lama dahulu pernah mengulas perkembangan semasa, terutama munculnya Gerakan Black 505 yang berusaha untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui agenda jalan raya
BalasPadamDalam satu soalan, adakah benar akan wujudnya Malaysia Spring atau hanyalah satu propaganda semata-mata, Ahmad Zahid melihat, peristiwa yang dinamakan blackout 505 adalah sempena tarikh 5 Mei 2013 iaitu tarikh pilihan raya umum.
BalasPadam"Apabila berlaku cubaan memboikot proses demokrasi negara dengan menganjurkan bantahan ala Arab Spring yang dipanggil (Malaysia Spring), rakan-rakan saya di luar negara terutamanya di negara jiran, mereka tidak nampak ia seakan-akan ke arah itu.
BalasPadam"Lebih digelar sebagai Anwar Spring kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pemain utama dalam "drama politik" ini dengan menyatakan ketidak puasan hati terhadap kewujudan kerajaan yang ada sekarang ini. Tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan memberikan beberapa gambaran yang agak berbeza tentang proses pilihan raya serta punya matlamat tertentu bagi menentang demokrasi sedia ada. Apa yang jelas ia tidak berjaya dan kurang mendapat perhatian," kata beliau.
BalasPadamKalau ada usaha untuk menyamakan politik di Mesir dengan Malaysia, kata Ahmad Zahid: "Apa yang berlaku dalam landskap politik di Malaysia dan di timur tengah amatlah berbeza. Kita lihat pemimpin-pemimpin di negara berkenaan merupakan pemimpin berada di tampuk kepimpinan dalam tempoh yang begitu lama.
BalasPadamMantan Presiden Mubarak umpamanya, El Ali Zainal Abidin di Tunisia dan beberapa tokoh yang lain. Individu itu memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun sehinggakan mencapai 30 tahun. Berbeza dengan apa yang berlaku Malaysia, biar pun kita di perintah oleh parti yang sama yang pada mulanya diterajui oleh Perikatan dan kini Barisan Nasional (BN).
BalasPadamKita mempunyai enam Perdana Menteri yang berbeza, wadah kita tetap sama tetapi fikrah dan pendekatannya berbeza dan kita lihat keterbukaannya juga berbeza.
BalasPadamApa yang kita lihat dalam rancangan transformasi politik memperlihatkan pendekatan keterbukaan kerana manhajnya yang berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh yang terdahulu kerana kepimpinan itu berada dalam situasi yang berbeza dan tentulah Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut kesesuaian dengan situasi politik yang ada sekarang.
BalasPadam"Untuk menyamakan apa yang berlaku di antara kedua-dua situasi ini, amatlah tidak relevan," kata beliau.
BalasPadamBerhubung dengan masalah tangan ghaib di luar negara dalam mencampuri urusan politik negara, Ahmad Zahid menjawab, "Kita harus melihat singkapan sejarah apabila Syeikh Muhammad Abduh dari Mesir mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Malaysia. Dan kita lihat beberapa pengaruh daripada luar apabila Pak Sako juga meminjam semangat nasionalisme dan kebangkitan Islam ketika itu. Ini perkara luar.
BalasPadamTetapi yang tidak digambarkan dalam pengaruh luar ialah kita mengikut telunjuk asing. Kita memasang lilin sebagai tanda protes. Itu bukan budaya kita. Mereka mengadakan demonstrasi jalanan yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.
BalasPadamMereka mengadakan pergaduhan antara demonstran dengan pihak polis walaupun pihak polis sering dituduh pihak yang mulakan provokasi.
BalasPadamTetapi saya fikir kalau kita mengikut garis panduan yang telah ditentukan dalam Akta Perhimpunan Aman sebagaimana yang telah mereka lakukan sekarang, tidak akan ada berlaku sebarang masalah. Dan pada saya apa pun kita mesti jadi pemimpin yang rasional sama ada kita di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang.
BalasPadamAgak pening dan bingung sebenarnya memikirkan apa lagi puak pembangkang termasuklah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13.
BalasPadamSekejap menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekejap kemudian menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalang kekalahan PR dalam pilihan raya.
Ternyata mata dan hati mereka masih lagi buta untuk melihat dan menilai apatah lagi menganalisis fakta kekalahan atau kemenangan parti-parti politik dalam PRU13. Walhal PR masih berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
BalasPadamWalaupun PR berjaya menumpaskan BN di beberapa kawasan dan memperlihatkan kemenangan mereka, masih lagi hati mereka penuh dengan perasaan dengki dan dendam. Ibaratnya, tidak berpuas hati, sudah diberi betis nak peha pula.
Selepas keputusan rasmi PRU13 dikeluarkan dimana BN menang 133 berusi Parlimen berbanding PR hanya 89, maka, bermulalah strategi pembangkang untuk menzahirkan rasa protes mereka.
BalasPadamDi sini letaknya kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana mudah melupakan janji beliau di mana mahu bersara sekiranya kalah dan gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.
Mungkin kerana langsung tidak punyai rasa malu lagi, Anwar memutar belit kata-katanya sendiri termasuklah mengadakan himpunan protes di Kelana Jaya pada 7 Mei lalu.
BalasPadamDalam ucapan Anwar sendiri, masih lagi tidak berhenti menabur fitnah dan menyemai rasa benci kepada BN dan kerajaan dalam diri penyokong-penyokong bodoh yang hadir. Dengan berasaskan kata-kata tanpa bukti dan fitnah, mudahlah untuk orang bawahan dan pengikut Anwar mempercayai kata-kata Anwar.
Seperti yang semua tahu, tindakan Anwar dan PR tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka masih lagi merancang pelbagai strategi untuk terus memprotes keputusan PRU13 termasuklah usaha untuk menghuru-harakan keadaan negara.
BalasPadamBuktinya, ketika ini terdapat kumpulan pro-PR sedang merancang dan mengumumkan secara terbuka mahu menawan Putrajaya dengan cara kekerasan melalui cara mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran tidak lama lagi.
Kumpulan Asalkan Bukan UMNO (ABU) mengatakan mahu mengadakan perarakan besar-besaran dan memaksa untuk peralihan kuasa Putrajaya diserahkan kepada PR. Mereka kerap melaungkan niat mahu menumbangkan BN dan memberitahu demokrasi sudah tidak sesuai untuk digunakan dalam isu menawan Putrajaya.
BalasPadamTindakan mereka ini seperti cakap tak serupa bikin. Mana kemahuan mereka yang mahukan sebuah negara yang demokrasi sedangkan mereka sendiri tidak mahu menggunakan cara yang demokrasi dalam menangani perasaan tidak bijak mereka itu?
Cara mudah untuk memuaskan nafsu dan kepentingan bodoh mereka yang hanya mahukan kuasa semata-mata, mereka memilih jalan sebagai cara untuk menuntut hak yang semestinya bukan milik mereka.
BalasPadamBuat penyokong-penyokong PR, sudah kalah, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Jangan terus menuding jari kepada orang lain seperti apa yang Anwar dan Azmin lakukan.
Seharusnya, mereka perlu bermuhasabah diri dan merenung di mana silap dan salah mereka hinggakan Tuhan menghukum mereka dengan tidak memberikan kemenangan dalam PRU13.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) will implement the Fuel Cost Pass-Trough (FCPT) mechanism next year to determine electricity tariffs more efficiently for consumers.
BalasPadamEnergy, Green Technology and Water Deputy Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said the mechanism was one of the components in the Incentive-Based Regulation (IBR), under the electricity tariff rate determination programme.
BalasPadamThe Energy Commission is in the process of implementing the IBR and among the components to be implemented is the FCPT mechanism.
BalasPadamUnder this mechanism, any change in the fuel will be channelled to the consumers based on the tariff set by the Government
BalasPadamGuru perlu mempunyai aspirasi untuk sama-sama membangunkan sistem pendidikan negara bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.
BalasPadamTimbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, guru juga perlu sentiasa berpegang teguh kepada etika profesion perguruan ke arah melahirkan pelajar berkualiti.
BalasPadamsetiap guru perlu bertanggujawab mengenalpasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap pelajar mereka agar generasi pelapis mampu mengorak langkah ke arah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.
BalasPadam“Pelbagai dasar, polisi dan pembangunan pendidikan direncana dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dengan tujuan dan harapan untuk memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran di sekolah
BalasPadamwarga pendidik juga harus menyedari, selain bertanggujawab mengajar dan mendidik, guru juga perlu menggalas amanah yang berat kerana mereka berperanan membentuk akhlak jati diri anak didik mereka.
BalasPadamSetiap keluarga perlu mengambil berat aspek kesihatan keluarga khasnya kesihatan reproduktif manusia kerana ia berupaya mengganggu mutu institusi keluarga.
BalasPadamapa berlaku ini harus dijadikan iktibar
BalasPadam