Di sebalik seberkas afidavit, nota, testimoni dan pelbagai lagi bukti yang melengkapkan 39 petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat (PR) selepas tamat PRU 13, terselit kisah K Murugan, atau lebih tepat lagi, kisah pembunuhan kejamnya.
Kematiannya hanya mendapat sedikit perhatian di akhbar tempatan ketika menjelangnya 5 Mei, dan jika tidak kerana usaha berterusan keluarganya dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Vasantha Kumar, kisahnya pasti tidak diendahkan langsung hingga sekarang.
Vasantha, yang juga calon Tapah, berkata Murugan bekerja untuknya dalam pertarungan menentang calon MIC, Datuk M Saravanan. Beliau berkata, Murugan bertanggungjawab menganjurkan rapat umum politik dan golongan akar umbi mengenalinya.
Menurutnya, Murugan menerima ugutan bunuh dan disuruh berhenti daripada menjalankan kempen untuk pembangkang. Bagaimanapun, dia mengabaikan ugutan itu dan tidak teragak-agak keluar dari rumahnya pada 1 Mei selepas menerima panggilan telefon dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup. Mayatnya ditemui di sungai, ditenggelami dengan besi buruk sementara tangan dan kakinya terikat.
Vasantha berkata: "Kita percaya Murugan dibunuh untuk menakutkan pengundi. Pengundi tempatan mengenalinya dan tugasnya ialah menganjurkan ceramah untuk saya."
Kejadian ini mungkin yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia iaitu pembunuhan diangkat menjadi sebab untuk membatalkan keputusan pilihan raya. Ini juga adalah kali pertama dalam sejarah apabila terlalu banyak petisyen pilihan raya difailkan oleh Barisan Nasional (BN) dan PR.
Jumlah keseluruhan petisyen difailkan ialah 58 di semenanjung Malaysia, Sembilan di Sabah dan dua lagi di Sarawak selepas tarikh akhir, 12 Jun lalu. Kes yang banyak difailkan ini mungkin tidak mengejutkan kerana pelbagai tuduhan mengenai penipuan dan undi diusik berlaku sepanjang tempoh kempen PRU 13.
Antara punca lain yang menyebabkan banyak petisyen difailkan ialah akibat daripada kesedihan PR kerana gagal menawan Putrajaya.
Selain pembunuhan Murugan, asas utama pembangkang dalam mendapatkan pembatalan keputusan pilihan raya ialah isu dakwat kekal yang rosak dan rasuah. Malah, kebanyakan petisyen yang difailkan oleh PR berkaitan dengan dakwat kekal, menurut R SIvarasa, salah seorang peguam yang mewakili barisan pembangkang.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan apabila dakwat kekal itu gagal berfungsi dengan baik. Dakwat itu tiada kandungan `silver nitrate' menyebabkan ia hilang dengan mudah apabila dibasuh," katanya.
Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahidan Kassim, berkata dakwat itu mengandungi pewarna makanan, bukan `silver nitrate' iaitu bahan kimia yang memastikan dakwat itu kekal di kulit untuk sekurang-kurangnya 72 jam.
PR juga akan memfailkan tuntutan sivil terhadap SPR atas kegagalannya mengendalikan pembuangan undi secara adil.
Sivarasa berkata, antara tuduhan yang dimasukkan ke dalam petisyen PR membabitkan `corak mengundi yang meragukan bagi kertas mengundi awal'. PR mempersoalkan kesahihan undi pos dan undi yang dihantar oleh anggota polis dan pasukan keselamatan.
"Peti undi disimpan selama lima hari tanpa pengawasan pemerhati pilihan raya," katanya.
Petisyen itu turut merujuk kepada tuduhan terhadap kegiatan membeli undi di beberapa tempat termasuk di kerusi Bagan Datok yang dimenangi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dituduh membelanjakan RM2 juta, 10 kali lebih banyak daripada jumlah perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan, selepas rakaman video beliau mengakui menawarkan wang tunai RM100 dan beras kepada 24,000 orang diketahui.
Sementara itu, sumber BN berkata, barisan pemerintah dalam 21 petisyen pilihan rayanya menjadikan ugutan terhadap pengundi di Johor dan penolakan beberapa kertas undi yang dicemari dengan dakwat kekal sebagai alasan petisyen.
"Kertas undi itu ditolak kerana ia dicemari dengan dakwat. Jika kertas undi itu dibenarkan, keputusan akan berpihak kepada kami," katanya.
Dakwat itu bertujuan mengenal pasti siapa yang sudah mengundi dan menghalang mereka daripada membuang undi kali keuda. Tetapi, ada pengundi yang menggunakan dakwat di jari mereka untuk menanda kertas undi.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memfailkan petisyen terhadap Adun PKR, Nurul Izzah, wanita yang menang tipis menewaskannya di kerusi Lembah Pantai. Raja Nong Chik menuduh Nurul Izzah memanipulasi pengundi dan kemudian menggunakan media sosial menggesa mereka supaya tidak mengundi BN.
Di Parlimen Batu, BN memfailkan petisyen mempersoalkan kelayakan calon PKR, Chua Tian Chang untuk bertanding dalam PRU13.
Dr Dominic Lau yang memfailkan petisyen itu percaya Chua sepatutnya tidak dibenarkan untuk bertanding dalam PRU 13 kerana ahli PKR itu mempunyai sabitan lampau.
Peguam percaya kebanyakan petisyen pilihan raya itu tidak akan berjaya kerana pimpinan tertinggi dikatakan terikat dalam memusingkan keputusan pilihan raya dan mahkamah terpaksa membuat keputusan tanpa bukti jelas.
Peguam, Art Harun, baru-baru ini dalam sebuah artikel berkata, persoalan mengenai keberkesanan dakwat kekal atau ketidakcekapan SPR dalam isu dakwat itu semata-mata tidak mencukupi kerana soalan yang akan menarik perhatian mahkamah ialah: adakah permainan kotor dalam dakwat itu membenarkan ada kumpulan pengundi yang mengundi dua kali dan adakah kesilapan itu menjejaskan keputusan pilihan raya.
Sama seperti kes petisyen pilihan raya di Tapah, pembangkang perlu menunjukkan bukti bahawa pengundi diugut dan ditakut-takutkan dengan pembunuhan Murugan sehingga menyebabkan mereka mengundi BN. - M/Inisder
38 ulasan:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk berhenti daripada terus menipu dan memperdayakan rakyat demi kepentingan politik beliau yang dilihat lebih bersifat peribadi, demikian kata Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Muhammad Salleh Khan Muhammad Jaafar.
Menurut beliau, rakyat tidak pernah lupa dengan pembohongan Datuk Seri Anwar berhubung peristiwa 16 September di mana beliau berjaya memperdayakan rakyat, seolah-olah peralihan kuasa pada tarikh tersebut benar-benar akan berlaku.
Mungkin Anwar sudah lupa beliau berbohong kepada rakyat, tapi rakyat di negara ini tidak lupa. Begitu juga baru-baru ini sebelum PRU ke 13, Anwar mengeluarkan kenyataan sekiranya pembangkang kalah, maka beliau akan bersara dari politik dan akan menjadi pensyarah.
Namun selepas pembangkang gagal menawan Putrajaya, Anwar lupa janjinya dan memperdayakan rakyat untuk kepentingan politik peribadinya. Bagi kami, ini merupakan penipuan terbesar Anwar untuk kali kedua selepas beliau berbohong berkenaan peristiwa 16 September.
Begitu juga dengan pendedahan daripada mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang mendakwa Anwar telah memungkiri janjinya berhubung perjanjian damai antara beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak dan untuk menghormati keputusan PRU ke 13, katanya lagi.
Pendedahan rakan baik Anwar yang merupakan bekas Naib Presiden Indonesia itu menjadi satu bukti kukuh bahawa berbohong kepada rakyat merupakan asam garam politik Ketua Pembangkang itu.
“Hari ini terbukti, bukan saja rakan baik Anwar di dalam negara telah berpatah arang dan berkerat rotan dengan beliau, kini rakan-rakannya di luar negara juga sudah hilang kepercayaan kepadanya akibat sikapnya yang suka berbohong dan memungkiri janji,”jelasnya.
“Hari ini terbukti, bukan saja rakan baik Anwar di dalam negara telah berpatah arang dan berkerat rotan dengan beliau, kini rakan-rakannya di luar negara juga sudah hilang kepercayaan kepadanya akibat sikapnya yang suka berbohong dan memungkiri janji,”jelasnya.
Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini menilai dengan akal fikiran yang waras dan rasional berhubung sikap dan pendekatan Anwar berpolitik yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan keuntungan kepada negara dan rakyat.
Anwar bijak meraih simpati rakyat. Beliau berbuat perkara yang salah, tetapi beliau akan memutar belitkan perkara yang salah itu sehingga ia boleh dilihat sebagai kebenaran oleh segelintir rakyat di negara ini.
Anwar bijak meraih simpati rakyat. Beliau berbuat perkara yang salah, tetapi beliau akan memutar belitkan perkara yang salah itu sehingga ia boleh dilihat sebagai kebenaran oleh segelintir rakyat di negara ini.
Saya kira, cara berpolitik kita perlu masuk ke alaf baru, yang lebih harmoni dan perbahasan yang menjadikan fakta sebagai asas perbincangan untuk kebaikan rakyat dan negara.
Generasi baru Malaysia hari ini perlu menolak pendekatan politik yang menyemai kebencian, menyebarkan penipuan serta fitnah dan bersikap hipokrit seperti mana yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan gaya dan didikan pembangkang yang dilihat cuba menyemaikan budaya kurang ajar dan biadap dikalangan rakyat di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan gaya dan didikan pembangkang yang dilihat cuba menyemaikan budaya kurang ajar dan biadap dikalangan rakyat di negara ini.
Kata beliau, ini dapat dilihat dengan sikap pembangkang yang tidak lagi memperdulikan sensitiviti rakyat di negara ini seperti mana insiden terbaru, Pakatan Pembangkang cuba menghasut rakyat agar membuat perhimpunan yang semata-mata didasari agenda kepentingan politik mereka ketika sambutan hari kemerdekaan baru-baru ini.
Kalau inilah nilai-nilai yang cuba diterapkan oleh pembangkang di negara kita, dengan menyemai kebencian di kalangan rakyat, bahkan cuba mencemari sambutan kemerdekaan yang telah sejak sekian lama kita sambut bersama, maka keharmonian dan keamanan negara kita akan tergugat.
Saya pelik kenapa pakatan Pembangkang marah sangat dengan keputusan PRU13 itu. Agaknya, mungkin disebabkan mereka tidak pernah menepati janji mereka. Janji Ditepati ini adalah satu nilai-nilai mulia baik untuk diri sendiri, rakyat mahupun negara.
Perkara yang baik sepatutnya disambut dengan baik oleh rakyat. Apa yang baik untuk rakyat dan negara, kita perlu sambut dengan baik. Mungkin pembangkang memang jenis tidak menepati janji, itu sebab mereka marah.
Ini bukan soal politik, tetapi tema Janji Ditepati ini mengajak rakyat untuk mengamalkan nilai-nilai murni ini. Ia selari dengan tuntutan Islam dan lain-lain kepercayaan, jelas beliau lagi.
Semangat gerak kerja wanita Barisan Nasional (BN), Jentera Jalinan Rakyat (JJR) di Kuala Kangsar, tidak luntur malah berjalan lancar serta menyokong penuh calon BN kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jentera wanita di sini tetap menampilkan semangat kesetiaan kepada parti walaupun pada mulanya mereka agak terkejut dengan tindakan bekas naib ketua wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di parlimen itu.
“Jelas bahawa mereka (jentera wanita) manusia biasa, hari pertama (penamaan calon) memang terkejut (tindakan Datuk Kamilia) namun belum sempat saya nak redakan, situasi kembali seperti biasa pada hari kedua kerana mereka tahu kerja yang perlu dilakukan.
“Saya pantau sendiri keadaan jentera wanita UMNO dan BN di sini (Parlimen Kuala Kangsar) dan mendapati mereka bersatu padu, satu suara, bekerja keras bagi menentukan kemenangan BN di kerusi Parlimen dan DUN dan dapat menambat hati serta sokongan rakyat untuk menang pada PRU13,” katanya selepas perjumpaan bersama jentera wanita Kuala Kangsar di sini hari ini.
Katanya jentera wanita berjanji akan terus menyokong kepimpinan BN dan akan bekerja keras bagi menjamin kemenangan pada PRU13.
Shahrizat berharap pengundi mengundi calon BN pada PRU13 memandangkan calon yang dipilih mampu berkhidmat dengan baik berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikan.
Dalam pada itu, Shahrizat turut mengingatkan golongan wanita yang bergiat aktif dalam arena politik supaya bersabar dan menghayati misi dan visi organisasi.
Sementara itu, pemangku Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar Nor Rizan Subehi berkata jentera wanita Kuala Kangsar telah bersedia meneruskan perjuangan untuk membawa kemenangan pada PRU13.
“Kami telah mula bergerak seperti biasa selepas hari kedua penamaan calon tanpa sebarang masalah,” katanya.
Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, menggunakan lambang buku, dan akan bersaing dengan calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad serta Dr Khalil Idham Lim daripada Pas.
KUCHING: Pembangunan pesat di kawasan Parlimen Petra Jaya bukannya berlaku berikutan desakan pembangkang tetapi susulan usaha berterusan Barisan Nasional (BN), kata penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusuf.
Menurutnya, pembangkang selama ini hanya lebih cenderung untuk menjadikan masalah sementara yang berlaku semasa pelaksanaan pembangunan itu sebagai modal isu mereka, khususnya ketika pilihan raya.
"Kalau pembangkang memang semua akan dijadikan isu. Cuma satu saja isu mereka sebab mereka tak pernah berusaha (menyelesaikan masalah). Yang berusaha menyelesaikan masalah ialah kita kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah yang dihadapi peniaga pasar tamu dan pasar minggu Satok di sini yang berpindah ke tapak baru di Medan Niaga Satok sejak tahun lalu yang cuba dimanipulasikan pembangkang di kawasan Petra Jaya.
Pada PRU13, Fadillah yang juga penyandang kerusi Parlimen ini sejak dua penggal lalu bermula 2004 ditentang calon PKR, Ahmad Nazib Johari.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui memang timbul masalah pada peringkat awal pelaksanaan perpindahan itu namun kerajaan BN mengambil langkah berterusan untuk menyelesaikannya.
Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa merasmikan Medan Niaga Satok itu Januari lalu mengumumkan peruntukan tambahan RM13.5 juta untuk menambah baik infrastrukturnya termasuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di situ.
Katanya, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan untuk menjadikan kawasan medan niaga ini sebagai satu lagi tarikan baru pelancongan dan akan mengadakan pelbagai program dari semasa ke semasa yang boleh menarik lebih ramai pengunjung.
"Tapi ini semua bergantung kepada peniaga memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Kalau mereka kreatif dan inovatif dapatlah mereka meningkatkan pendapatan," katanya.
The Social Security Organisation (Socso) will conduct nationwide enforcement operations against employers who have yet to register their workers, said its chief executive officer Datuk K. Selvarajah.
He said the deadline to register was on Sept 1, after which action would be taken against those failing to do so.
he said Socso would embark on social security education programme in July and August to create awareness amongst employers as to the benefits and types of protection offered to their employees.
During this two months, we will not take action against employers if their voluntarily register their workers with Socso before the Sept 1 deadline.
some 300 officers would go from premise to premise to identify employers who fail to register their workers and issue on the spot compounds after the Sept 1 deadline.
Selvarajah said some 5,128 employers were compounded a total of RM3.22mil last year for failing to register their workers including late submission of accident reports said
3,326 employers were compounded a total of RM 2.95mil while 1,802 others were fined a total of RM265,960 following prosecution.
he said that 683 compounds totalling RM331,025 were issued to errant employer, while fines totalling RM71,950 were imposed on 564 employers following prosecution.
The Government has announced it will now cost RM8,000 to hire an Indonesian domestic helper.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who chaired the Cabinet Committee on Foreign Worker and Illegal Immigrants, said that the new rate was decided after considering all costs incurred in both countries.
byjk jg isu ditimbulkan
Catat Ulasan