HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Julai 2013

Penipuan PRU-13: Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Sapina TV3, Utusan


azmin pc kongres ke 9 PKR 06

SHAH ALAM,: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali hari ini memberitahu dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), menurut Akta Siasatan 1950,  Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja seperti mana kuasa yang dimiliki Kerajaan Persekutuan.

Justeru, Azmin mendesak  Kerajaan Negeri mengambil langkah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kecurangan dan penipuan yang belaku di Selangor dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Ini kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan.

“Selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam,” kata Azmin.

Menurut Azmin lagi Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Siasatan ini turut memberi perlindungan kepada saksi- saksi yang bersedia untuk memberikan keterangan termasuk di kalangan pegawai Perkhidmatan Awam dan juga SPR.

Menurutnya lagi, suruhanjaya itu juga diberikan kuasa undang-undang untuk mengeluarkan sapina terhadap mana-mana individu yang difikirkan dapat membantu siasatan termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan waran tangkap boleh dikeluarkan sekiranya pihak terbabit ingkar.

pilihanraya

“Suruhanjaya ini boleh mengeluarkan sapina terhadap media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang digunakan sepenuhnya oleh Umno untuk memaparkan berita-berita fitnah dan pembohongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri seperti isu sampah, isu air bersih dan juga program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” ujar beliau lagi.

Azmin menambah lagi, suruhanjaya ini akan berfungsi  mencari jawapan melalui keterangan bersumpah daripada saksi-saksi yang boleh membantu siasatan yang menyeluruh terhadap isu kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya bagi melindungi kepentingan awam dan kedaulatan negeri.

“Saya menyeru rakyat Negeri Selangor khususnya para pengundi untuk bersedia tampil sebagai saksi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dengan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang kukuh kerana mereka akan diberikan jaminan perlindungan mengikut undang-undang.

“Negeri Selangor harus memimpin usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia,” kata beliau lagi.

49 ulasan:

Unknown berkata...

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.

Unknown berkata...

Beliau berkata, parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

Unknown berkata...

Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan,katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU-13 di Melaka.

Unknown berkata...

Selain itu juga, pembangkang dilihat kehabisan modal untuk menutup kegagalan mereka memenangi pilihan raya umum ke -13 yang lalu dan perkara itu makin terdedah hari demi hari yang sekaligus menyerlahkan sikap serta tindak tanduk sebenar gabungan parti tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Tajuddin Abdullah berkata sikap serta hipokrasi berkenaan tidak dapat disembunyikan lagi dan apa yang diwar-warkan seperti pengundi bangla dan sebagainya bakal menjerat leher mereka sendiri.

Unknown berkata...

Selain itu juga, pembangkang dilihat kehabisan modal untuk menutup kegagalan mereka memenangi pilihan raya umum ke -13 yang lalu dan perkara itu makin terdedah hari demi hari yang sekaligus menyerlahkan sikap serta tindak tanduk sebenar gabungan parti tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Tajuddin Abdullah berkata sikap serta hipokrasi berkenaan tidak dapat disembunyikan lagi dan apa yang diwar-warkan seperti pengundi bangla dan sebagainya bakal menjerat leher mereka sendiri.

Unknown berkata...

Menurut beliau rakyat boleh melihat taktik dan permainan politik mereka yang mana mengiktiraf kawasan yang dimenangi termasuklah negeri yang dikuasai mereka sebaiknya mengambil pendirian lain terhadap kawasan yang mereka kalah. Apa pun yang mereka buat dan apa pun yang mereka canang rakyat telah buat keputusan dengan memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui Negara dan mengembalikan negeri Kedah kepada BN.

Unknown berkata...

Kat Parlimen pun wakil mereka dah angkat sumpah….Terimalah dengan hati terbuka dan bersikap rasionallah demi kemajuan Negara dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk rakyat. Itulah yang sepatutnya dan cukup-cukuplah berpolitik..Makin lama makin terdedah apa yang sebenarnya berlaku dan rakyat boleh memahami dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Unknown berkata...

Beliau seterusnya menambah permainan politik pembangkang tidak akan kemana sebaliknya akan terus membuka pekung mereka sendiri.Dulu tidak silap saya ada kata pengundi bangla lah…macam-macam lagi. Tetapi hari ini kita boleh tengok pelbagai kenyataan pula yang keluar. Kita tengoklah apa kesudahannya permainan politik mereka itu, katanya.

Unknown berkata...

Tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang mensensasikan ‘Janji Ditepati’ iaitu slogan Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September ini adalah antara taktik mereka bagi mengaburi kepincangan dalam pentadbiran pakatan pembangkang.

Unknown berkata...

Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim membidas taktik dangkal pakatan pembangkang yang lebih terserlah menuding jari mencari kesalahan kerajaan tadbiran Barisan Nasional (BN).

Unknown berkata...


Pembangkang ini bukan saja ketandusan idea untuk memburukkan kerajaan yang ditadbir dengan baik dan berlandaskan perancangan yang lancar tetapi mereka juga terdesak dan tersepit untuk mencari isu bagi dijadikan bahan propaganda terbaru.

Unknown berkata...

Selama ini pelbagai isu telah cuba diheret oleh pakatan pembangkang untuk mengambarkan keburukan kerajaan termasuklah memainkan isu FELDA, isu PTPTN, dan macam-macam lagi tetapi malangnya ia tidak menggambarkan realiti sebenar kerana kerajaan sentiasa menguatamakan rakyat, katanya.

Unknown berkata...

Jelas beliau lagi, ‘Janji Ditepati’ yang diangkat sebagai slogan bagi hari bersejarah negara tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia menepati hala tuju dan pendekatan kerajaan.

Unknown berkata...

Janji Ditepati ini adalah gambaran kerajaan yang sentiasa memahami aspirasi dan cita-cita rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab iaitu memastikan semua masyarakat mendapat kehidupan terbaik di negara ini, katanya.

Unknown berkata...

Ujarnya, pakatan pembangkang bukan saja mengkritik apa yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi lebih teruk lagi apabila mereka juga turut mencemuh dan mempersenda pelaksanaan pelbagai program yang dilakukan.

Unknown berkata...

Apa saja yang dilakukan oleh kerajaan akan diangkat sebagai bahan propaganda dan diburukkan oleh pakatan pembangkang dengan pelbagai manipulasi sedangkan dalam masa yang sama mereka juga turut mendapat imbuhan dan kesenangan hasil daripada pelaksanaan pelbagai program dan transformasi kerajaan.

Unknown berkata...

Inilah pembangkang yang tidak pernah bersikap matang dalam berpolitik sehinggakan mereka membawa perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu sebagai satu bahan propaganda sedangkan dalam masa yang sama bukankah lebih baik sekiranya mereka menyumbang idea yang bernas untuk kesejahteraan dan keamanan masyarakat keseluruhannya, katanya.

Unknown berkata...

Namun demikian, beliau juga tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang mensensasikan slogan tersebut adalah kerana mahu berselindung daripada kesilapan dan kegagalan mereka dalam pentadbiran.

Unknown berkata...

Selepas kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sehinggalah mereka mendapat mandat mentadbir empat buah negeri banyak janji-janji pakatan pembangkang yang masih belum tertunai dan ia tidak pernah disebutkan sebaliknya mereka lebih senang mencari salah kerajaan BN.

Unknown berkata...

Makin banyak pembangkang memburukkan BN tetapi makin terbukti hanya BN yang mampu menjaga kebajikan rakyat malah setiap hari ada saja berita-berita gembira yang dibawa oleh pemimpin tertinggi sebagai hadiah untuk rakyat sebagaimana BR1M, KR1M, KAR1SMA, TR1MA dan macam-macam lagi, katanya lagi.

Unknown berkata...

Tegasnya, BN adalah kerajaan yang proaktif dan sentiasa memikirkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya tanpa mengambil kira pandangan dan idealogi politik mana-mana individu.

Forest berkata...

Bagaimana proses persempadanan itu berjalan?

Untuk buat persempadanan semula bukan senang, satu kumpulan dilantik untuk bergerak ke negeri-negeri untuk menilai jumlah penduduk dan keadaan kawasan. Sudah 11 tahun berlalu, jadi bilangan penduduk semakin besar, migrasi dari kampung ke bandar semakin banyak.

Cara kita bekerja dengan melihat realiti Malaysia, ada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Jadi kita tidak boleh samakan dengan keadaan kampung, semi urban dan bandar. Jadi tidak adil dengan keadaan luar bandar dan bandar.


Kita perlu ambil kira infrastruktur kawasan itu bagaimana wakil rakyat boleh berhubung dengan rakyat. Prosesnya begitu, kita juga mendengar banyak cadangan, antaranya pecahkan lagi banyak kawasan bandar, kalau Kuala Lumpur dari 11 jadi 20, adakah itu adil?


Forest berkata...

Sedangkan rakyat senang berhubung antara satu sama lain, jadi itu antara perkara yang perlu difikirkan. Seboleh mungkin kita mahu jadikan kawasan tersebut satu pemimpin, satu undi dan satu nilai.

Selain itu, beberapa negeri juga kita akan tukar dari angka genap kepada angka ganjil begitu juga dengan jumlah kerusi Parlimen, tidak lagi seperti angka sekarang 222, supaya ia tidak tergantung. Kalau ganjil tidak akan sama, jadi kita akan bincang mengenainya.

Forest berkata...

Adakah kajian itu bermula?

Sudah bermula, bagi negeri-negeri Semenanjung kajian utama telah dilakukan, kita sudah tahu berapa pertambahan kawasan dan kita akan mula di Sabah dan Sarawak.

Tetapi menambah kawasan ini perlu mendapat kelulusan untuk pinda Perlembagaan, kita hanya boleh mencadangkan, tetapi perlu ada suara majoriti.

Untuk parlimen akan dibahaskan di Parlimen, dan negeri bahas di negeri, bagi kawasan yang mempunyai majoriti dua pertiga lebih mudah. Tetapi kalau tidak cukup suara yang setuju maka jumlah kerusi Parlimen akan kekal.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu?

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini?

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis?

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu.

Mumbai berkata...

PENIPUAN PRU13 ADALAH HASIL MANIPULASI PAKATAN RAKYAT, SETELAH BERJAYA MEMANIPULASIKAN PRU13, DIA MINTA PULA SSD DITUBUHKAN..

Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.

Unknown berkata...

Umno menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat kekal) adalah tepat dan wajar dilakukan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara tersebut dilakukan kerana terlalu banyak desakan daripada PR yang dilihat tidak boleh menerima kekalahan mereka pada PRU13 lalu.

Unknown berkata...

“Inilah yang terjadi apabila agensi bebas yang telus itu menjadi mangsa mereka yang keras hati dan angkuh.

“Tapi, kebenaran akan terbukti. Tidak semestinya yang disiasat itu bersalah,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, siasatan tersebut juga adalah membuktikan kerajaan dan setiap agensi tidak menyembunyikan apa-apa dan bersedia memberi kerjasama.

Unknown berkata...

“Saya melihat perkara ini masih dalam peringkat siasatan. Kesediaan SPR memberi kerjasama menunjukkan agensi ini tidak gentar dengan gesaan pihak tertentu.

“Rakyat akan dapat menilainya sendiri dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan siasatan dijalankan ke atas SPR dan satu pasukan penyiasat sudah dibentuk bagi menyiasat secara terperinci ke atas setiap laporan berhubung dakwaan sama ada terdapatnya unsur-unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah dalam pembelian dakwat kekal.

mantera berkata...

PR dah menang di Selangor masih tak puas hati lagi.

Tanpa Nama berkata...

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

Tanpa Nama berkata...

Baginda bertitah: “Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.”

“Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,” titah Seri Paduka.

Tanpa Nama berkata...

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

“Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

“Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna,” titah Seri Paduka.

Tanpa Nama berkata...

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

“Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

“Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

“Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan,” titah Seri Paduka.

Tanpa Nama berkata...

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.