HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Julai 2013

SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad

MSO

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.

Aziz: Malulah sikit.
Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.

Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.

Kesannya saya tidak mempercayai bahawa SPR sebuah badan bebas yang adil, telus dan bersih. Impaknya juga saya membenci kepada bekas pengerusi berkenaan kerana tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang dipikulnya.

Begitu pun betapa buruk SPR di bawah Rahsid tetapi tidaklah pula sampai badan bebas itu sampai dikecam hangat oleh rakyat. Rakyat tidak berarak dan berkumpul menyatakan marah kepada SPR dan Rashid. Marah hanya dilepaskan dalam kritikan dan keluhan yang hanyut diangin lalu sahaja.

Tetapi sebaik sahaja SPR ditinggalkan oleh beliau dan diambil alih oleh Mohd Aziz Yusuf, kemarahan dan kebencian rakyat kepada SPR begitu menjadi-jadi sekali. Rakyat naik darah dengan SPR. Rakyat sanggup turun beramai-ramai berhimpun menunjukkan perasaan. Bermula dari himpunan Bersih 1.0 membawa kepada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 serta kepada himpunan Black505 adalah manifestasi kemarahan dan kebencian kepada SPR.

Apakah yang dapat diterjemahkan dari berlaku semua kecaman dan kutukan itu kepada SPR dan Aziz. Ini bermakna betapa buruknya pengendali pilihan raya itu dan SPR dibawah Aziz sudah tidak mempunyai integriti lagi.

SPR dibawah Aziz dengan dibantu secara utuh oleh Wan Ahmad Wan Omar bukan saja dikutuk dan diludah oleh rakyat dan menjadi seteru 'emak anak' oleh pembangkang, tetapi SPR juga pertama kali sudah dimasuki oleh SPRM. Belum pernah sebelum ini sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tetapi disiasat oleh SPRM dalam pembelian dakwat kekal yang meragukan.

Walaupun siasatan itu tidak menunjukkan SPR cemar, kotor dan rasuah tetapi ia memberi persepsi buruk kepada badan bebas berkenaan. Apa yang berlaku ini satu kemalangan besar kepada SPR.

Siasatan oleh SPRM ke atas badan bebas itu sungguh memalukan. Kalaulah ianya bukan dipengerusikan oleh Aziz dan Wan Omar saya mereka sudah pun melepaskan jawatan kerana tidak sanggup tanggung malu. Namun kerana mereka berdua tidak bermaruah, bermuka tebal, mereka tetap masih di situ dengan selesanya.

Tuntutan pembangkang dan Ngo yang berhimpun membantah dan meminta mereka berdua meleapskan jawatan bersama beberapa orang pegawai-pegawai lain tepat sekali. Tidak ada guna negara menyimpan manusia seperti itu yang tidak bermaruah. Apakah pula alasan yang akan digunakan apabila SPRM mendapati suruhanjaya itu rasuah dengan pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu?

Umno dan BN parti yang ikhtirafkan pemenang dalam pilihan raya lalu dan beberapa pilihan raya sebelum sepatutnya merasa malu atas apa yang berlaku. Dengan berlakunya insiden-insiden yang mendukacitakan itu seharusnya Umno dan BN juga merasa malu diri dengan apa yang ada berlaku. Kalau UBN ada harga diri parti itu juga patut bersama pembangkang mengutuk Aziz dan Wan Ahmad bukan melindungi atas alasan UBN mendapat benefit (untung) kerana menang

77 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) sekali lagi menjadi sasaran pakatan pembangkang yang masih tidak dapat menerima hakikat sebenar bahawa majoriti rakyat menolak mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan juak-juaknya petang semalam menyerang institusi tersebut dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal.

Tanpa Nama berkata...

Antara isu yang dibangkitkan ialah menggesa agar pihak kerajaan segera mendedahkan syarikat yang bertanggungjawab menyediakan dakwat kekal kepada SPR. Ia kononnya bertujuan untuk membolehkan agar rakyat tahu dan tentang semua maklumat yang berkaitan dengannya. Ini kerana menurut mereka sehingga kini langsung tiada sebarang maklumat yang diperoleh berhubung perkara itu.

Tanpa Nama berkata...

Tidak cukup dengan itu seisi perbahasan di dalam dewan, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang sinonim dengan jolokan ‘James Bond Gemuk’ turut membangkitkan perkara yang sama di hadapan para wartawan sejurus selepas dewan rakyat tamat bersidang pada petang itu. Dia antara lainnya mengugut agar pihak SPR segera mengambil langkah untuk memaklumkan semua maklumat tersebut kepada umum, sebelum dirinya bertindak mendedahkan sendiri maklumat yang berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

Ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan, pihak kerajaan sebelum ini menegaskan antara sebab maklumat mengenainya tidak didedahkan kepada umum kerana bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal timbul. Oleh sebab itu atas faktor-faktor keselamatan semua maklumat mengenai adalah dirahsiakan.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai contoh, sekiranya didedahkan ia bakal membuka peluang kepada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab untuk terus memanipulasikan isu tersebut. Adalah tidak mustahil akan ada di kalangan pakatan pembangkang yang dengan sengaja membeli dan menggunakan dakwat tersebut untuk melemparkan pelbagai tuduhan kepada SPR.

Tanpa Nama berkata...

“Sekiranya mereka mendapat semua maklumat yang berkaitan, mereka mungkin akan membeli dan menggunakan isu dakwat ini untuk menimbulkan pelbagai isu. Kemungkinan akan ada pengundi yang telah dicalit awal bagi mengelakkan mereka pergi mengundi dan sebagainya. Pelbagai kemungkinan yang lebih buruk boleh ditimbulkan” menurut sumber tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Pihak SPR sebelum ini mencadangkan untuk memperkenalkan sistem biometrik bagi mengelakkan sebarang manipulasi dari pihak yang berkepentingan. Namun pakatan pembangkang pada ketika bertegas dan bermati-matian meminta agar sistem dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya. Malah ia juga merupakan antara tuntutan yang dikemukakan melalui Bersih yang kononnya merupakan sebuah NGO bebas walaupun pada hakikatnya umum mengetahui ia adalah merupakan gerakan pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Antara kelebihan sistem Biometrik yang dicadangkan itu ialah membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik. Ini bermakna sistem ini dapat membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli (mykad). Sistem simpanan data warga negara yang dikendalikan oleh JPN adalah ‘kalis manipulasi’ dan mempunyai data lengkap setiap individu yang mempunyai Mykad tulen.

Tanpa Nama berkata...

Mudah dikendalikan secara telus. Pengundi hanya perlu meletakkan ibu jarinya di alat biometrik dan maklumat yang keluar pada skrin itu sama dengan kad pengenalan pengundi. Sebelum mengeluarkan kertas undi, SPR akan meneliti sama ada nama pembawa kad pengenalan itu tersenarai dalam daftar pemilih atau tidak. Setakat ini ada 12 juta pemilih berdaftar.

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu, kaedah ini kebal daripada manipulasi dan penyalahgunaan dan penipuan ketika pilihan raya. Cara ini akan dapat memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus, adil dan bersih. Bagaimapun SPR perlu membuat kajian dan persediaan yang rapi supaya tidak timbul masalah ketika dilaksanakan nanti

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya, pakatan pembangkang pada hakikatnya bukanlah ingin memperjuangkan isu dakwat kekal, pengundi hantu, daftar pemilih dan sebagainya. Kerana mereka sedar dan tahu sistem yang didakwa dengan pelbagai isu ini telah berjaya memberikan kemenangan kepada mereka khususnya di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekali gus menidakkan majoriti 2 per 3 kepada parti pemerintah di dalam Dewan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Isu yang sebenar ialah, setelah melakukan pelbagai cara majoriti rakyat masih lagi belum dapat menerima pakatan pembangkang untuk mentadbir kerajaan persekutuan. Oleh yang demikian, usaha yang berterusan perlu dijalankan agar minda dan persepsi rakyat dapat dipengaruhi untuk menerima Anwar sebagai perdana menteri.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu?

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini?

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis?

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu.

Mumbai berkata...

SPR TERNODA TERUK KERANA RANCANGAN JIJIK PAKATAN RAKYAT.. BUKAN KERANA BERLAKU PENIPUAN DIBAWAH PIMPINAN AZIZ DAN WAN AHMAD

Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.

Unknown berkata...

pilihanraya Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah lama berakhir. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi berdentung-dentang di sana sini.

Unknown berkata...

pilihanraya Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah lama berakhir. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi berdentung-dentang di sana sini.

Unknown berkata...

Proses ini tidak hanya tamat di mahkamah tinggi kerana mereka juga boleh membuat rayuan di mahkamah persekutuan dan keputusan itu adalah muktamad," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.

Unknown berkata...

Menurut Abdul Aziz, proses di mahkamah itu akan membuktikan sama ada SPR melanggar peraturan pilihan raya atau pembangkang sekadar membuat tuduhan untuk menjatuhkan kredibiliti badan berkenaan.

Unknown berkata...

Katanya, apabila mahkamah berkenaan memutuskan ada keputusan kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang tidak sah atau batal, dan pilihan raya perlu diadakan semula, maka SPR akan melaksanakannya.

Unknown berkata...

Buat masa ini, SPR tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan supaya pilihan raya diadakan semula kerana desakan sesetengah pihak, katanya. Dalam pada itu, beliau berkata SPR belum dapat mengenal pasti jumlah petisyen yang difailkan oleh calon parti-parti politik berhubung proses dan keputusan pilihan raya umum lepas.

Unknown berkata...

Kenapa PKR banyak sangat buat bantahan? Kerana parti (PR) tu dah meroyan, kerana Anwar dah meroyan nak jadi PM... Anwar kata PRU-13 tak adil, konon ada blackout, tapi kenapa DAP dan Pas tak fail petisyen sebanyak PKR? Adakah SPR adil terhadap DAP dan Pas?" soal blog ini.

Unknown berkata...

Bagi Taiping Mali (taipingmali.blogspot.com), petisyen yang dikemukakan oleh PKR tidak lebih sebagai bantahan ekoran kegagalan mereka menawan Putrajaya.

Unknown berkata...

Butir-butir atau alasan petisyen belum diumumkan. Cuma mungkin tiga isu utama seperti isu dakwat, isu 40,000 pengundi Bangladesh dan undi pos.

Unknown berkata...

Selepas ini Rafizi tak boleh bercakap lagi mengenai PRU-13 kerana ia adalah satu kesalahan atau lebih senang disebut prejudis, katanya.

Unknown berkata...

Sehubungan itu, katanya, perhimpunan haram 22 Jun ini yang dirancang pihak pembangkang hanya akan menjadi ceramah untuk mengumpul dana bagi menampung kos perbicaraan dan kos guaman semata-mata.

Unknown berkata...

pilihanraya Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah lama berakhir. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi berdentung-dentang di sana sini.

Unknown berkata...

pilihanraya Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah lama berakhir. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi berdentung-dentang di sana sini.

Unknown berkata...

Soalnya apa yang pakatan pembangkang yang lebih dimaklumi sebagai Pakatan Rakyat (PR) mahu lagi. Negeri Selangor mereka menang besar dengan menggondol 44 kerusi.

Unknown berkata...

Jumlah kerusi itu lebih dua pertiga. Barisan Nasional (BN) yang kalah tidak pula mengatakan calon PR menipu untuk menang. Sesuai dengan konsep beragama, calon BN menerima kekalahan atas faktor takdir.

Unknown berkata...

Di Pulau Pinang PR menang, di Kelantan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih boleh tersenyum lebar sebelum bersara kerana BN masih gagal merampas kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Apa yang menyedihkan sejak pengumuman keputusan PRU-13 pemimpin pembangkang dalam dua nada menerima kemenangan dalam protes.

Unknown berkata...

Protes yang diadakan di seluruh negara bermula dengan perhimpunan puluhan ribu penyokong di Stadium Kelana Jaya memberi impak negatif kepada PR sebagai kerajaan di Kelantan, Pulau Pinang di Selangor.

Unknown berkata...

Pemimpin-pemimpin pembangkang selesa membelasah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak dari 2008 hingga kini. Sepatutnya jika PR memprotes, tidak perlulah Menteri Besar Selangor paling berbakat dalam bidang ekonomi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang tombak sambil membacakan 10 aku janji.

Unknown berkata...

Begitu juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob tidak perlu mereka mengangkat sumpah jawatan jika PR yang menjadi payung parti mereka masih melalak hingga kini.

Unknown berkata...

Jika rakyat sudah memutuskan, maka terimalah kekalahan dengan hati reda dan jangan sesekali berputus asa dengan segala yang tersurat dan hayatilah yang tersirat.

Unknown berkata...

Sabtu lalu di Amcorp Mall, Petaling Jaya perhimpunan protes terus berjalan, maka buat selamanya rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan pusat akan melabel, inilah parti yang tidak mahu menghadam keputusan rakyat yang dibuat dengan penuh rasional. Bukan mudah seseorang calon dipilih tidak kira apa sahaja tagline seperti Ini Kalilah atau Saya Akan Undi Parti XXX yang dibuat oleh PR.

Unknown berkata...

BN sendiri membuat pelbagai kempen PRU-13 di Selangor tetapi jelas orang Selangor yang ada masalah rumah tidak mahukan rumah-rumah itu.

Unknown berkata...

Malahan ada yang menolak mentah-mentah segala janji yang diberikan BN kerana taksub dengan slogan Ini Kalilah.

Unknown berkata...


Adakah benar selama ini DAP menunggang PKR dan Pas untuk berjaya hingga slogan ringkas itu dilihat menunjukkan parti yang dominan adalah parti tersebut.

Unknown berkata...

Sewajarnya semua rakyat harus dalam kedua parti bertanya diri sendiri, apakah motif jelas pemimpin-pemimpin mereka memilih untuk bersatu dan cuba menghancurkan BN yang begitu berjasa hingga syarikat yang menjual nasi lemak bungkus dalam kapal terbang boleh wujud di negara ini.

Unknown berkata...

Dalam demokrasi semuanya boleh berlaku kerana pemimpin menyumbat persepsi ke minda pengundi tetapi adakah apa yang disumbat masuk ke minda sedar mereka mampu diterjemah menjadi satu pilihan muktamad?

Unknown berkata...

Apa yang pasti SPR telah dengan telus melaksanakan tugas mereka hingga segalanya berjalan dengan lancar. Kepada pemimpin PR, masa masih panjang untuk kita terus ke depan. Terimalah kekalahan dengan 'gentleman'. 89 kerusi Parlimen bukan suatu yang teruk, tetapi apa yang teruk adalah bagaimana kita berurusan dengan keputusan rakyat.

Unknown berkata...

Mengatakan Umno tidak suka juga pada SPR adalah tidak benar kerana ia tidak dinyatakan sendiri oleh mana-mana ahli UMNO.

Unknown berkata...

Tetapi ini juga bukan bermaksud UMNO bersekongkol dengan SPR tetapi sebenarnya melakukan perbuatan yang adil sebaiknya.

mantera berkata...

SPR harus kembalikan keyakinan rakyat.

mantera berkata...

Pengiktirafan Australia terhadap Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan tamparan hebat kepada pihak yang tidak menerima keputusan pilihan raya tersebut.

mantera berkata...

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengiktirafan tersebut juga secara tidak langsung membuktikan SPR telah berjaya melaksanakan proses demokrasi itu dengan telus dan adil.

mantera berkata...

Tegas beliau, sebagai sebuah negara Komanwel yang disegani, sudah pasti kenyataan itu dibuat berdasarkan laporan kakitangan mereka di negara ini.

"Sepatutnya, rakyat juga perlu membuka mata mereka tentang pelbagai dakwaan jahat yang dilemparkan kepada SPR selama ini adalah tidak benar.

mantera berkata...


Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang menyifatkan PRU-13 pada 5 Mei lalu mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berpendapat bahawa tindakan pembangkang yang terus menyerang kredibiliti SPR dilihat sebagai perbuatan terdesak.

mantera berkata...

"Jika negara asing boleh melihat betapa proses pilihan raya di negara ini telus dan adil, saya yakin pihak yang tidak berpuas hati adalah kerana gagal mencapai agenda politik peribadi masing-masing

Unknown berkata...

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan ujian yang amat getir untuk BN. Walaupun BN sekali lagi menerima mandat daripada rakyat dan berjaya membentuk kerajaan, suara-suara sumbang masih lagi kedengaran dari kem pakatan pembangkang yang enggan mengiktiraf pilihan rakyat.

Serangan demi serangan dilancarkan pakatan pembangkang terhadap BN menerusi penganjuran siri perhimpunan haram di seluruh negara yang diterajui oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kebiadapan pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang mencabar kesabaran kerajaan yang memerintah bukan fenomena baharu.

KERAJAAN SUDAH 'MASAK' DENGAN PERANGAI PEMBANGKANG SEBELUM DAN SELEPAS PRU.BERMACAM2 KRITIKAN DAN DAKWAAN YANG AKAN DILONTARKAN B AGI MENGALIH PERHATIAN RAKYAT

Unknown berkata...

Mereka semakin berani mempertikaikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya kedudukan agama Islam, institusi diraja dan hak istimewa orang Melayu. Malah, segelintir orang Melayu yang lupa daratan turut bersekongkol menjayakan agenda menghapuskan ketuanan Melayu di tanah air sendiri. Sesiapa sahaja yang bersuara lantang mempertahankan hak orang Melayu termasuk Utusan Malaysia pasti menjadi sasaran serangan mereka.

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dengan kerjasama Utusan Malaysia telah menganjurkan sesi perbincangan meja bulat yang bertemakan 'Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa' di Ibu Pejabat Mubarak di Bangunan UMNO Lama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Perbincangan yang julung-julung kali diadakan itu dipengerusikan oleh Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

CABARAN PASTI AKAN LEBIH BERAT PADA PRU-14.JADI BN PERLU MELENGKAPKAN SEMUA JENTERA DAN MENCUKUPKAN STRATEGI BAGI HADAPINYA.

Unknown berkata...

Antara rumusan menarik untuk diketengahkan hasil perbincangan tersebut ialah 14 cabaran yang perlu ditangani BN dan UMNO bagi menghadapi PRU-14. Kesemua cabaran terbabit tidak boleh diambil mudah kerana kegagalan BN menanganinya seolah-olah memberi laluan mudah kepada pakatan pembangkang untuk mendominasi persiapan dan kempen menjelang PRU-14.

Cabaran pertama: Menarik sokongan pengundi di kawasan bandar.

Unknown berkata...

Usaha mengembalikan keyakinan pengundi bandar yang majoritinya kaum Cina mesti dipergiatkan. Gejala perpecahan pengundi Melayu di beberapa kawasan Parlimen seperti Shah Alam dan Pandan juga hendaklah diatasi. Gerakan pemindahan pengundi antara kawasan Parlimen dikesan berlaku di bandar menjelang PRU-13. Persoalannya, adakah pengundi yang membuat permohonan tukar alamat pada daftar pemilih SPR benar-benar berpindah ke alamat baharu? Bagi mengelakkan keraguan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta memperketatkan prosedur pertukaran alamat pada MyKad seperti mewajibkan pemohon mengemukakan dokumen sokongan seperti bil air dan elektrik.

Unknown berkata...

Cabaran ketiga: Kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang aktif dan teratur.

BN tidak boleh memandang sebelah mata terhadap peranan yang dimainkan oleh NGO propembangkang termasuk Suaram dan Bersih. Dakyah-dakyah yang disebarkan NGO-NGO terbabit bertujuan mengikis keyakinan rakyat terhadap BN dan SPR. Lebih membimbangkan, ada di antara NGO propembangkang menerima dana asing untuk membiayai kegiatan mereka. Malangnya, tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengawal penyaluran dana asing kepada NGO di negara ini.

Unknown berkata...

Cabaran keempat: Penyaluran dana asing kepada parti politik pembangkang.

Banyak negara di dunia mewajibkan parti-parti politik mengisytiharkan jumlah dana asing yang diterima namun tidak pasti sama ada peraturan serupa diamalkan di Malaysia. Parti politik mesti telus dalam perkara ini agar pengundi boleh membuat pertimbangan sewajarnya. Mungkin pihak asing yang memberi dana itu ada kepentingan tersembunyi. Sekiranya parti politik yang menerima dana asing diberi mandat untuk memerintah, kerajaan yang dibentuk pasti terpaksa tunduk kepada telunjuk pihak luar.

Unknown berkata...

Cabaran kelima: Persepsi negatif terhadap media arus perdana.

Dalam hal ini, Utusan Malaysia yang lantang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sejak 2008 dijadikan sasaran utama oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba menjatuhkan kredibiliti Utusan Malaysia dengan melabelkannya sebagai akhbar penyebar fitnah dan pembohongan serta bersifat perkauman. Kempen memburukkan nama Utusan Malaysia turut melibatkan media propembangkang.

Utusan Malaysia tidak gentar meneruskan perjuangan walaupun diancam dengan tindakan saman oleh pembangkang. Salah seorang peserta perbincangan turut menyarankan agar media arus perdana mengelakkan laporan berunsur spekulatif bagi mengembalikan keyakinan pembaca terutamanya golongan muda.

Unknown berkata...

Cabaran keenam: Pakatan pembangkang lebih agresif dalam usaha menambah pengundi baharu.

Sepanjang Mei 2013, pendaftaran pengundi baharu oleh parti-parti komponen BN adalah sebanyak 516 orang (UMNO-449, MCA-43 dan MIC-24). Bilangan 524 pengundi baharu yang didaftarkan oleh DAP sahaja sudah mengatasi prestasi BN. Itu belum dicampur dengan pencapaian Pas dan PKR yang masing-masing mendaftarkan sebanyak 110 dan 65 pengundi baharu. Kesimpulannya, BN mesti mempergiatkan gerak kerja mendaftar pengundi baharu kerana kumpulan ini diunjurkan mempunyai peratusan yang tinggi dalam demografik pengundi PRU-14.

Unknown berkata...

Cabaran ketujuh: Menarik pengundi atas pagar.

Antara 20 hingga 30 peratus pengundi di setiap kawasan Parlimen mengambil sikap berkecuali dengan tidak cenderung memihak kepada mana-mana parti. Bilangan pengundi atas pagar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih rendah, dianggarkan sekitar 10 hingga 15 peratus. Di kawasan bandar, pengundi atas pagar lazimnya membuat keputusan berdasarkan isu nasional manakala di kawasan luar bandar, keputusan mereka lebih dipengaruhi oleh isu peribadi.

Unknown berkata...

Cabaran kelapan: Komitmen tinggi ejen tempat mengundi, ejen mengira undi dan ejen barong (PACABA) pakatan pembangkang.

PACABA pakatan pembangkang memainkan peranan yang agresif pada hari mengundi PRU-13. Mereka didakwa terlibat dalam menjayakan tohmahan warga Bangladesh keluar mengundi. Komitmen wakil-wakil BN dalam perkara ini dikatakan masih jauh ketinggalan berbanding pesaing mereka daripada pakatan pembangkang.

Unknown berkata...

Cabaran kesembilan: Mendekati generasi Y yang berumur 21 tahun ke atas di kampus.

Pakatan pembangkang lebih hampir dengan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan mereka menganjurkan banyak program tidak formal bagi mencapai matlamat itu. Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilihat lebih mesra mahasiswa dan tidak terlalu terikat dengan protokol. Mereka sanggup bersembang dengan pelajar-pelajar IPT tempatan di warung-warung tepi jalan secara terbuka. Pemimpin-pemimpin BN pun menggunakan pendekatan serupa tetapi bilangan mereka boleh dibilang dengan jari. Turut dibangkitkan ialah kecenderungan BN menggunakan khidmat pelajar-pelajar universiti luar negara untuk berkempen sedangkan peranan pelajar-pelajar IPT tempatan dipinggirkan.

Unknown berkata...

Cabaran ke-10: Mendekati jemaah masjid dan surau.

Sekali lagi, Pas mengatasi UMNO dalam cabaran ini. Kesannya, orang Melayu dan umat Islam yang sering mengimarahkan masjid dan surau lebih cenderung menyokong pakatan pembangkang.

Unknown berkata...

Cabaran ke-11: Pengedaran akhbar-akhbar parti pembangkang iaitu Harakah, Suara Keadilan dan Roket tanpa sekatan.

Orang ramai bebas membeli ketiga-tiga akhbar terbabit di pasaran walaupun permit pengedaran dihadkan dalam kalangan ahli parti sahaja. Selain itu, pakatan pembangkang giat mengedarkan risalah-risalah politik kepada orang ramai secara berterusan.

Unknown berkata...

Cabaran ke-12: Portal media 'online' oleh pakatan pembangkang dan NGO propembangkang.

Lambakan portal media 'online' propembangkang turut meningkatkan kegiatan menghentam kerajaan dan BN. Pengundi muda lebih gemar mendapatkan maklumat daripada media baharu ini walaupun laporannya tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Unknown berkata...

Cabaran ke-13: Pertambahan kawasan baharu.

Pakatan pembangkang tidak mahu kaedah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan SPR sejak merdeka dikekalkan. Mereka tetap membantah walaupun persempadanan semula mesti dilakukan seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini dijangka menghadapi kesukaran memandangkan BN tidak menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.