KUALA LUMPUR - Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam-Melayu sekali
lagi mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan Suruhanjaya
Siasatan Diraja mengenai Red Bean Army bagi mengenal pasti pihak yang
bertanggungjawab terhadap usaha menjatuhkan kerajaan.
Ketua Sekretariat Publisitinya Dzulkarnian Taib berkata tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang membantah penubuhan suruhanjaya itu hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa parti pembangkang itu sememangnya mempunyai kaitan dengan pasukan tentera siber itu.
Red Bean Army merujuk kepada kumpulan tentera siber yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan.
Dzulkarnain berkata NGO itu melihat gerakan anti-nasional yang dijalankanoleh kumpulan Red Bean Army sejak beberapa tahun sebelum pilihan raya umum ke-13 telah mencapai tahap yang mengancam keselamatan negara serta menggugat kestabilan politik.
"Adakah cadangan siasatan terhadap kaitan DAP dengan Red Bean Army sebenarnya telah menyentuh perasaan parti itu sehingga meminta Perdana Menteri campur tangan untuk menghalang cadangan kami diterima pihak kerajaan?," katanya.
Beliau berkata DAP seharusnya menyokong sebarang usaha daripada NGO yang mahu melihat keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara dikekalkan serta diperkukuhkan. - Bernama
Ketua Sekretariat Publisitinya Dzulkarnian Taib berkata tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang membantah penubuhan suruhanjaya itu hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa parti pembangkang itu sememangnya mempunyai kaitan dengan pasukan tentera siber itu.
Red Bean Army merujuk kepada kumpulan tentera siber yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan.
Dzulkarnain berkata NGO itu melihat gerakan anti-nasional yang dijalankanoleh kumpulan Red Bean Army sejak beberapa tahun sebelum pilihan raya umum ke-13 telah mencapai tahap yang mengancam keselamatan negara serta menggugat kestabilan politik.
"Adakah cadangan siasatan terhadap kaitan DAP dengan Red Bean Army sebenarnya telah menyentuh perasaan parti itu sehingga meminta Perdana Menteri campur tangan untuk menghalang cadangan kami diterima pihak kerajaan?," katanya.
Beliau berkata DAP seharusnya menyokong sebarang usaha daripada NGO yang mahu melihat keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara dikekalkan serta diperkukuhkan. - Bernama
Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber propembangkang ‘Red Bean Army, satu kumpulan yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan, dibuat 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara, dan bukannya cadangan kerajaan.
BalasPadamMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ramai badan bukan kerajaan menghantar memo kepadanya meminta kerajaan menyiasat sejauh mana tentera siber ini mendatangkan kesan buruk kepada kerajaan dan negara.Ini kearana saban hari kita nampak mereka ini semakin berani menghina bukan sahaja ahli politik malah keapada perlembagaan dan malah Sultan pun berani di kritik.
BalasPadamShahidan, yang menerima memorandum daripada 130 NGO Melayu Islam semalam, dilaporkan berkata cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kumpulan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini. Ini adalah bagi supaya keadaan caci maki kepada pihak yang tidak sepatutnya di lemparkan akan dibanteras serta juga maklumat serta fitnah palsuu di internet tidak disebarkan.
BalasPadamMenurutnya NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini. Ini sebenarnya adalah kesalahan yang serius dan menjejaskan imej negara serta mentaliti rakyat juga.
BalasPadamDalam pada itu, Shahidan berkata mana-mana pihak termasuk pembangkang boleh menghantar memorandum kepada beliau, agar semua rakyat mendapat keadilan di bawah kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji. Keadilan akan diberikan kepada pihak pembangkang tetapi bukannya cara menipu rakyat ini diberi toleransi.
BalasPadam“Apa jua memorandum yang dihantar, kita siasat dan mengambil tindakan yang sesuai,” katanya. Perkara ini seharusnya disiasat lanjut lagi kerana jika berlarutan siapa tahu akan menjadi lebih parah pada masa hadapan.
BalasPadamCadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak tanduk tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke Kabinet, Jumaat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau hari ini.
BalasPadamMenurut beliau, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet. "Pada pandangan kumpulan yang mewakili 130 NGO itu, mereka mendakwa Red Bean Army sangat berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa penguatkuasaan.
BalasPadam"Selain banyak laporan polis telah dibuat terhadap tentera siber ini, mereka turut mendakwa RBA menerima sumbangan besar daripada pembangkang untuk menjalankan kegiatan mereka," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini. Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang Barisan Nasional (BN), malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.
BalasPadamPasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang menyatakan perkara buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang. Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.
BalasPadamPenasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan Red Bean Army dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.
BalasPadamTerdahulu, Shahidan menerima memorandum tersebut daripada Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib yang mewakili gabungan NGO itu. Memorandum tersebut menyatakan tuntutan kepada kerajaan bagi menyiasat secara mendalam dan terperinci peranan RBA menyerang institusi-institusi negara melalui media sosial supaya dilihat kerajaan dilihat lemah di mata rakyat.
BalasPadamTerdahulu, Shahidan menerima memorandum tersebut daripada Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib yang mewakili gabungan NGO itu. Memorandum tersebut menyatakan tuntutan kepada kerajaan bagi menyiasat secara mendalam dan terperinci peranan RBA menyerang institusi-institusi negara melalui media sosial supaya dilihat kerajaan dilihat lemah di mata rakyat.
BalasPadamBantahan tersebut sebagai mengelak perpecahan masyarakat pelbagai kaum yang hidup harmoni di negara ini. Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Shahidan menjelaskan kandungan bahan kimia silver nitrat dalam dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke -13 lalu adalah di bawah satu peratus.
BalasPadamBantahan tersebut sebagai mengelak perpecahan masyarakat pelbagai kaum yang hidup harmoni di negara ini. Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Shahidan menjelaskan kandungan bahan kimia silver nitrat dalam dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke -13 lalu adalah di bawah satu peratus.
BalasPadam"Kita telah merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan mengguna pakai apa yang ditentukan kerana jika guna lebih akan memudaratkan kesihatan. "Bagaimanapun, saya akan mengulas isu ini dalam sidang akhbar esok," katanya.
BalasPadamGabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu tidak terkejut dengan tindakan Lim Kit Siang menentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak-tanduk tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA).
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKetua Sekretariat Publisitinya, Dzulkarnain Taib berkata, tindakan Penasihat DAP yang membuat penafian keras terhadap dakwaan tersebut serta menolak usaha untuk merungkai isu kewujudan dan agenda tersirat RBA hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa parti itu mempunyai kaitan dengannya.
BalasPadamAdakah cadangan siasatan terhadap kaitan DAP dengan RBA sebenarnya telah menyentuh perasaan parti itu sehingga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan untuk menghalang cadangan kami diterima kerajaan?
BalasPadamSebelum ini DAP bersama-sama sekutunya, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak henti-henti menyerang kerajaan dengan mengada-adakan pelbagai isu tanpa bukti dan asas yang kukuh. Namun apabila ada pihak yang menyentuh mengenai dakwaan pembabitan DAP dengan RBA, mengapa pula parti itu bersikap hipokrit dan melenting?," soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BalasPadamSelasa lalu, Dzulkarnain yang mewakili NGO berkenaan menyerahkan memorandum kepada kerajaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk bagi menyiasat kewujudan serta tindak tanduk tentera siber pembangkang, RBA.
BalasPadamRBA yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja menyerang Barisan Nasional (BN), malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.
BalasPadamPasukan berkenaan yang dikatakan berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang menyatakan perkara buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.
BalasPadamRBA juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.
BalasPadamPenasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan RBA walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.
BalasPadamSementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan RBA dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.
BalasPadamDalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menerima memorandum berkenaan menjelaskan, cadangan penubuhan RCI tersebut akan dibawa ke Kabinet esok.
BalasPadamDzulkarnain berkata, sebagai parti yang sudah wujud lebih empat dekad, DAP sepatutnya menunjukkan kematangan politik serta sikap terbuka dan bukannya menyerlahkan wajah sebuah parti perkauman yang didakwa mendukung perkauman.
BalasPadamDAP seharusnya menyokong sebarang usaha daripada NGO seperti Gabungan NGO Islam-Melayu yang mahu melihat keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara ini dikekalkan malah terus diperkukuhkan.
BalasPadamKami melihat gerakan anti-nasional yang dijalankan RBA telah mencapai ke tahap yang mengancam keselamatan negara serta menggugat kestabilan politik," tegasnya.
BalasPadamFitnah-fitnah yang disebar oleh RBA kepada rakyat juga mencetuskan kebencian yang tiadak ada asasnya.
BalasPadamMereka ini dibayar dengan lumayan dan sudah tentunya mereka akan berhabisan menyebar cerita-cerita yang menjatuhkan imej kerajaan.
BalasPadamThe dust has somewhat settled since the Malaysian general election came to pass. News is lively — every week, non-mainstream media picks up on the latest fiasco related to the elections. This week, the Election Commission admitted in Parliament that food colouring was used during the elections, and not indelible ink. The Blackout 505 rallies have been organised almost consistently by opposition political parties, and their supporters, in protest of the elections and how they were conducted.
BalasPadamOne cannot deny that with all things, especially politics, there is much gossip and rumour mongering. Malaysia is famed not just for its shadow puppet play theatre; similarly, much of her politics can be attributed to “wayang kulit” performances.
To understand Malaysia in its entirety is to realise and accept that the majority of Malaysians are the Bumiputeras (“The Princes of the Earth”), and that the Malays make up the majority of the Bumis. Our constitution has deemed that all ethnic Malays are of Muslim. And yet these basic facts are the source of contention, even among Malay academia and intelligentsia.
Menteri Di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji untuk membangkitkan desakan satu NGO agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja ke atas kumpulan aktivis 'Red Bean Army' ke Kabinet.
BalasPadamKatanya, beliau akan membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat jemaah menteri tersebut pada Jumaat ini, memandangkan kegiatan aktivis berkenaan telahpun banyak dilaporkan kepada polis.
"Banyak laporan polis dibuat berkaitan Read Bean Army, yang (mana) mereka dilihat cukup aktif, sebelum pilihan raya dan semasa pilihan raya.
BalasPadam"NGO ini mendakwa mereka mendapat sumbangan pembiayaan yang besar. Kita (kerajaan) terbuka terhadap semua cadangan, kita akan dibawa ke (pengetahuan) Kabinet," kata Shahidan yang juga ahli majlis tertinggi Umno.
Shahidan berkata gabungan NGO itu mendakwa kumpulan cybertrooper itu dibiayai pihak pembangkang.
BalasPadamDAP sebelum ini berkali-kali menafikan terlibat dalam pembiayaan kumpulan 'Red Bean Army' itu.
Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.
BalasPadamMenurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.
"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya.
BalasPadamSumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.
Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.
BalasPadamUntuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.
Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.
BalasPadamSelain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.
Berita sebelum itu, Penglibatan syarikat elektronik Taiwan disiasat!
BalasPadamSebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.
Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.
BalasPadam"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.
"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu," kata sumber itu lagi.
BalasPadamMenurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.
"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu.
Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber propembangkang ‘Red Bean Army, satu kumpulan yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan, dibuat 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara, dan bukannya cadangan kerajaan.
BalasPadamMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ramai badan bukan kerajaan menghantar memo kepadanya meminta kerajaan menyiasat sejauh mana tentera siber ini mendatangkan kesan buruk kepada kerajaan dan negara.
BalasPadamNGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.
BalasPadamDatuk Seri Shahidan Kassim will forward a memorandum urging for a Royal Commission of Inquiry (RCI) to be set up into the "Red Bean Army" to the Cabinet this Friday.
BalasPadamShahidan, a Minister in the Prime Minister's Department, received the memorandum from a group of Malay Muslim non-governmental organisations who urged for an RCI to probe the "Red Bean Army", which it claimed disrupted public unity using social media.
BalasPadam"I will bring this matter up with the Cabinet. There have been police reports lodged over the Red Bean Army, which has been constantly active even before the general election," he said in a press conference at the Parliament lobby on Tuesday.
BalasPadamShahidan said the Government will consider all suggestions made by the public but so far, there were no plans to implement Internet censorship in Malaysia.
BalasPadamEarlier, Shahidan received a copy of the memorandum from the group's representative Wartawan Muda Malaysia president Dzulkarnain Taib.
BalasPadamThe group is made up of about 130 Malay Muslim non-governmental organisations.
BalasPadamIn its memorandum, the group wanted the Government to thoroughly investigate the existence of the "Red Bean Army" and its role in "attacking national institutions with the purpose of weakening them via social media."
BalasPadamIt said the demand for an RCI was made to avoid a divisive society, racial tensions and an unstable political environment.The group said they wanted the Government to identify and expose who was behind the operations and funding behind the "Red Bean Army."
BalasPadamIt was reported that one of the page creators of the “Red Bean Army”, Li Shuang said the name was merely a title and not an organisation with an agenda.
BalasPadamLi said the Facebook page was merely a platform for the Netizens to discuss political issues, stressing that they had never issued any comments to provoke racial hatred.
BalasPadamPenglibatan dalam aktiviti kokurikulum perlu diberi penekanan kepada mereka yang ingin menceburi profesion perguruan bagi meningkatkan taraf profesion itu yang semakin mencabar selain syarat baharu kelulusan akademik bermula tahun ini.
BalasPadamPresiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata sehubungan itu, Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian kepada kegiatan kokurikulum selain kecemerlangan akademik.
BalasPadamMenteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai kerjaya itu.
BalasPadamDatuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memberi input berkaitan sektor itu dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia.
BalasPadamPerdana Menteri berkata pengumuman penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.
BalasPadamPanel ini akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya mereka yang terkenal tetapi mempunyai rekod prestasi yang baik serta berkebolehan dan mempunyai masa untuk menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini
BalasPadam“Panel ini akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya juga telah menyatakan kesanggupan untuk menerima dan mendengar laporan mereka dari masa ke semasa
BalasPadampenubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.
BalasPadamSebanyak 155 program telah dirancang dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 467,838 PKS.
BalasPadamFemale candidates made up 68.02 per cent or 28,280 of 41,573 candidates who gained admission to public institutions of higher learning (IPTAs) for first degree in the 2013/2014 academic session.
BalasPadamThey were chosen from 68,702 applicants, 24,489 or 58.9 per cent of them from the science stream and 17,084 (41.1 per cent) from the arts stream, said Higher Education Department director-general Prof Datuk Morshidi Sirat.
BalasPadamHe said 49 of the successful applicants were orang asli; people who were physically challenged (68); and, national and international athletes (1,515).
BalasPadamHe said 74.3 per cent or 30,903 of the successful candidates were Bumiputera, 7,913 Chinese (19 per cent), 1,824 Indians (4.4 per cent) and 933 from other races (2.3 per cent).
BalasPadam