Noh Omar
Beliau berkata dengan memainkan isu itu, pembangkang dilihat cuba menukar sistem elektoral yang menjadi amalan dalam pilihan raya di negara ini dengan sistem undi popular untuk kepentingan sendiri.
Bersemangat berhujah selepas 15 tahun terpaksa mendiamkan diri kerana berada dalam barisan Kabinet kerajaan, Noh memberikan beberapa contoh mengenai undi elektoral dan undi popular selain menggunakan analogi sistem kehakiman bagi memperjelaskan isu itu.
Menyanggah pendapat Azmin Ali (PKR-Gombak) yang mencadangkan Malaysia mencontohi Britain dalam pelaksanaan pilihan raya, beliau menegaskan negara ini tidak perlu mengikut amalan negara lain kerana mempunyai undang-undang berdasar kepada acuan sendiri.
"Kalau mengakui (sistem) di Britain itu betul, kenapa tidak boleh lakukan seperti mereka, iaitu terima dan patuh keputusan pilihan raya yang mengikut sistem elektoral, bukannya sistem undi popular," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurut Noh dalam pilihan raya Britain 2010, Parti Konservatif tidak dapat membentuk kerajaan setelah hanya memperoleh 305 atau 47 peratus daripada 650 kerusi di Parlimen, berbanding 326 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan berdasarkan majoriti mudah.
Walaupun memperoleh 36 peratus undi popular, parti itu terpaksa bergabung dengan Parti Liberal Democrats untuk membolehkan kerajaan campuran dibentuk.
"Kalau berdasarkan undi popular, tak perlulah Parti Konservatif itu membentuk pakatan dengan Liberal, tetapi sebab dia patuh dengan undang-undang negara itu, maka dibentuk kerajaan yang bukan berdasar kepada undi popular, tetapi berdasar kepada bilangan kerusi," katanya.
Beliau turut merujuk isu undi popular dengan keputusan PRU13 di DUN Selangor di mana walaupun BN memperoleh 39 peratus undi popular, ia sepatutnya mewakili 20 wakil rakyat daripada 56 kerusi yang dipertandingkan namun BN hanya mendapat 12 kerusi berdasarkan sistem elektoral yang diamalkan.
"Kita (BN) akur dan menerima keputusan pilihan raya itu," katanya.
Noh turut menggunakan sistem kehakiman negara dan kes liwat yang membabitkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai analogi untuk menjelaskan mengenai kebiasaan amalan undang-undang di negara ini.
"Dalam kes itu, dari tujuh hakim yang mendengar kes, lima kata Anwar bersalah, dua kata tak salah. Tetapi kerana amalan sistem undang-undang kita Anwar didapati tidak bersalah...tetapi kalau kita guna sistem majoriti hakim, tentu dia tak akan lepas daripada penjara.
"Berbanding negara luar yang menggunakan sistem majoriti hakim, Malaysia mengamalkan sistem di mana mahkamah lebih tinggi boleh mengenepikan keputusan mahkamah yang lebih rendah.
"Jadi yang kelirukan rakyat bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi pembangkang yang memperdaya rakyat hingga menarik mereka untuk membuat pelbagai program termasuk (perhimpunan) Blackout 505 untuk menipu rakyat," katanya.
Sementara itu, ketika membahaskan usul sama Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh (BN-Putatan) berkata hasutan pembangkang melalui media sosial berjaya memperdaya rakyat terutama generasi muda, sehingga mendorong melakukan demonstrasi membantah keputusan PRU13.
Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab pihak pembangkang ini adalah bertujuan untuk menggoncang keamanan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh rakyat dengan selesa.
Katanya sekiranya pembangkang masih tidak berpuas hati, mereka diberi ruang membantah dan memfailkan petisyen di mana-mana Mahkamah Tinggi, dan bukannya mempersoalkan Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Oleh itu, kerajaan wajar mengkaji sebarang cadangan mewujudkan undang-undang baharu untuk pantau pergerakan dan aktiviti blogger dan golongan muda agar tindakan dapat diambil," katanya.
Merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Marcus berkata Malaysia tidak perlu mengharamkan facebook seperti Vietnam, Iraq dan Thailand, sebaliknya mewujudkan satu akta khas untuk pantau aktiviti di media sosial.
Kepada kenyataan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mengenai dua badan yang diiktiraf sebagai pemantau oleh SPR, beliau berkata: "Badan pemantau ini bukanlah seratus peratus telus dan 'perfect' kerana banyak juga berlaku kesilapan manusia.
"Tetapi, akhirnya keputusan PRU diterima kerana itulah keputusan rakyat. Apa yang penting ialah undi rakyat sudah ketara. Rakyat memilih Barisan Nasional diberi kuasa untuk memerintah negara," katanya. - Bernama
ENTAH apalah bendanya yang menarik sangat dengan ungkapan kerajaan minoriti atau kerajaan majoriti yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP di bangunan Parlimen kelmarin. Dia nak cuba bukti apa?
BalasPadamBanyak betul putar alam puak-puak ni ya. Dah kalah buat cara kalahlah. Nak sebut apa pun pasal kerajaan BN hari ini, masih lagi kita kerajaan, yang awak tu pembangkang, buat cara jadi pembangkang. Apa minoriti, apa majoriti pun takde, kalau tak, taklah jadi pembangkang, tak gitu?
Pembangkang patut utamakan kerja sebagai pembangkang sekarang. Toksah sibuk-sibuk hal BN nak berkerajaan. Majoriti ke minoriti ke sudah tidak penting, yang penting sekarang ialah siapa kerajaan dan siapa pembangkang. Pembangkang buat cara pembangkang, jangan kacau kerajaan nak buat kerja.
BalasPadamSepatutnya pada ketika ini pembangkang sudah mulakan proses pendaftaran nama Pakatan Rakyat yang tertangguh sejak sekian lama. Kemudian kita bersaing secara satu sama satu. Ini bertanding guna nama masing-masing, lepas tu pandai-pandai gabung jumlah undi dan claim dapat undi popular.
Kalau lawan depan berdepan, belum tentu orang Melayu nak undi Pakatan sebab ada DAP, atau cina nak undi Pakatan sebab ada PAS. Yang pasti masa PRU13 lepas, Melayu Pakatan (bandar) memang beri undi pada DAP, cina belum tentu lagi beri undi kepada PAS. Sebab itu PAS corot di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan.
BalasPadamJadi usahlah Guan Eng nak berterusan tunjuk bodoh atas isu undi popular ini. You know, I know Malaysia tak guna sistem undi popular untuk tentukan kerajaan. Kita guna jumlah kerusi dalam dewan sebab disitulah undi popular yang sebenarnya – siapa dapat paling banyak undi, menang kerusi tersebut, undi popularlah tu. Bukan pandai-pandai campurkan sendiri, sejak bila logo Pakatan Rakyat ada dalam kertas undi?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu.
BalasPadamMalah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini.
Tambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan.
BalasPadamBeliau membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘fanatik anti-demokrasi’ dan mereka yang menyokong perjuangan mereka sebagai ‘aktivis penentang golongan berkuasa’ serta golongan muda yang tidak memahami undang-undang.
Wan Ahmad berkata demikian bagi mengulas mengenai penganjuran perhimpunan oleh pembangkang di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 kerana didakwa berlakunya penipuan.
BalasPadamSelain itu Wan Ahmad turut memberi amaran kepada pembangkang supaya menghentikan perhimpunan haram kerana tidak ada kejadian seperti itu berlaku pada hari mengundi. Tambah beliau ejen pilihan raya yang dilantik SPR turut menafikan dakwaan tersebut.
Menyeru semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi, Wan Ahmad berkata mereka yang mempertikaikan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah dan bukannya membantah melalui perhimpunan jalanan.
BalasPadamBeliau berkata pemimpin pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya menolak keputusan yang dibuat oleh pengundi melalui peti undi dalam pilihan raya bebas dan adil.
Rakyat berpeluang melihat telatah dan gelagat Anwar Ibrahim di perhimpunan lebih kurang 40,000 penyokong-penyokong pembangkang di Stadium Kelana Jaya dua hari lalu yang diadakan kerana membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang memihak kepada Barisan Nasional.
BalasPadamAnwar nampaknya tidak berkesudahan meroyan sejak 5 Mei, kerana kempunan tidak berjaya merealisasikan impiannya untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.
BalasPadamBegitu terdesak beliau mahukan jawatan itu sehingga kini satu jenaka yang berlegar di laman-laman sesawang sosial seperti Facebook bahawa Anwar telah berjaya dilantik akhirnya sebagai 'Perdana Menteri' Kelana Jaya oleh 40,000 penyokong ang kebanyakannya berbangsa Cina.
BalasPadamAnwar mendakwa pakatan pembangkang telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga kemenangan yang sepatutnya dirangkul oleh mereka kononnya telah dirampas secara penipuan oleh BN. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga turut menggila seperti Anwar juga sehingga dilihat sudah hilang pedoman dan pemikiran rasional melempar bermacam-macam fitnah terhadap BN dan SPR.
BalasPadamBagaimanapun penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas perjumpaan dengan semua ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berjaya merungkai secara jelas kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung proses pilihan raya yang baru selesai. Jelas Datuk Seri Najib, pengundi Cina khususnya telah berjaya ditipu oleh parti rasis, cauvinis Dap sehingga termakan propaganda pembangkang bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU13.
BalasPadamDisebabkan pengundi Cina sudah terpedaya dengan pelbagai tipu muslihat Dap dengan bermacam slogan yang merangsangkan perasaan seperti 'Ubah', 'Tukar', 'Ini Kalilah' serta ABU mereka berduyun-duyun keluar mengundi pada 5 Mei lalu dengan penuh harapan kerajaan baru yang akan dibentuk oleh pembangkang akan berjaya didirikan pada keesokan harinya.
BalasPadamMalang seribu malang bagi Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya, majoriti rakyat lebih bijak daripada pengundi Cina lalu terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan. Inilah sebenarnya yang berlalu sehingga peratusan yang keluar mengundi mencatat 80 peratus, tertinggi dalam sejarah PRU di negara ini sejak merdeka.
BalasPadamPerdana Menteri menjelaskan tidak mungkin kerajaan BN dapat ditumbangkan tanpa sokongan kaum Melayu, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun jika semua pengundi Cina menyokong pembangkang. Inilah pembohongan besar yang dilakukan oleh Anwar, Dap, PKR dan Pas sehingga pengundi Cina tersilap perhitungan politik pada kali ini dengan menolak majoriti calon-calon daripada MCA yang mewakili suara moderat masyarakat Cina di negara ini.
BalasPadamPada pandangan orang Melayu kini, pengundi Cina telah mengkhianati semangat setiakawan yang terjalin sejak merdeka dengan ikatan kerjasama politik terawal antara UMNO, MCA dan MIC. Disebabkan pengundi menjadikan emosi sebagai asas keputusan mereka mengundi pembangkang, mereka telah membuat silap besar dalam pertimbangan politik pada kali ini walaupun sebelum ini mereka dianggap sebagai satu bangsa yang pragmatik dan praktikal.
BalasPadamPoint kedua yng ditekan oleh Perdana Menteri ialah berhubung dakwaan undi popular yang dicanang oleh pihak pembangkang untuk menuntut kemenangan bagi mereka. Atas dasar jumlah undi popular yang diperolehi oleh pembangkang sebanyak 5,623,984 atau 50.87 peratus daripada keseluruhan undi berbanding 5,237,699 atau 47.38 peratus yang dimenangi oleh BN, maka Anwar mendakwa pembangkang telah dinafikan kemenangan oleh SPR.
BalasPadamHakikatnya jelas Datuk Seri Najib, undi popular adalah sistem pengundian yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai sistem presiden. Sistem pengundian bagi memilih presiden dijalankan mengikut amalan 'electoral college' dan bukannya undian terus oleh rakyat.
BalasPadamSebaliknya sistem undi popular tidak terpakai di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pengundian adalah berdasarkan kepada kawasan parlimen dengan kaedah 'first-past-the-post' bagi menentukan pemenang bagi mana-mana kawasan yang ditandingi. Ini bermakna mana-mana calon yang mendahului pencabarnya walaupun mendapat kelebihan satu undi sekalipun akan dikira sebagai pemenang.
BalasPadamAnwar sengaja menimbulkan isu undi popular bagi mengeksploitasi emosi penyokong pembangkang yang kecewa kerana impian mereka ke Putrajaya hancur. Mereka perlu ingat taktik Anwar menggunakan helah undi popular adalah bagi mengalih pandangan penyokong-penyokong pembangkang daripada mempersoal serta meletakkan kegagalan ke Putrajaya ke atas bahu Anwar.
BalasPadamPerdana Menteri menyanggah hujah Anwar dengan berkata mengapa pembangkang mengiktirafkan keputusan PRU13 pada peringkat negeri tetapi menolaknya pula di peringkat parlimen? Ini adalah sikap hipokrit Anwar yang sengaja mahu mencetuskan demonstrasi jalanan bagi mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik. Hakikatnya rakyat memilih BN dan bukannya Pakatan Rakyat, mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar.
BalasPadamKerusi Parlimen Kawasan Melayu jelas lebih memihak kepada UMNO terutama di kawasan luar bandar walaupun tanpa mendapat sokongan majoriti kaum cina.Walaupun di katakan Melayu sudah berubah menyokong DAP dan Calon Cina, namun ia masih kecil dan gagal mengubah persepsi itu.
BalasPadampas dilihat lebih takut kepada dap dan merasakan bila sahaja mereka menyebut soal melayu maka mereka di anggap seperti umno. PRU 14 bakal menyaksikan sama ada umno mampu memenangi semua kerusi yang ditandingi tanpa mendapat sokongan cina
BalasPadamDatuk Razali Ibrahim mengingatkan pembangkang agar tidak terus-menerus memperalat emosi rakyat dalam permainan politik mereka kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perkara yang tidak baik untuk negara.
BalasPadamMenurut beliau tindak-tanduk seumpama itu adalah sesuatu yang amat merbahaya dan jangan sesekali berterusan memperalatkan apa yang berlaku demi kepentingan mana-mana pihak.
BalasPadamBanyak contoh dalam dunia, konflik pergaduhan berlaku atas perkara seumpama ini.Ada tiga sebab ….pertamanya berebut wilayah, keduanya suku kaum dan ketiganya perbezaan agama. Di banyak tempat berlaku kerana ketiga-tiga sebab di atas dan ketiga-tiga di atas ada di Malaysia.
BalasPadamKita boleh hidup aman, sejahtera dan membangunkan negara sebabnya kita jaga ketiga-tiga perkara berkenaan. Malangnya hari ini perkara itu telah dipolitikkan dan ianya berbahaya kepada kedudukan negara kita sebab ketiga-tiga punca yang biasa berlaku mana-mana tempat di dunia ada di negara kita hari ini.
BalasPadamKita ada pelbagai kaum etnik dan kita ada juga pelbagai agama. Jadi apa yang dibuat oleh pembangkang untuk menyelesaikan isu yang berbangkit di Melaka (Jonker Walk) contohnya adalah tidak betul, katanya.
BalasPadamBeliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata tindak tanduk sedemikian perlu dihentikan demi pembinaan sebuah negara bangsa yang cemerlang dan berjaya.
BalasPadamKita dah cakap banyak kali dah. Kes kematian Teo Beng Hock contohnya masih dibangkitkan lagi pada pilihan raya umum yang lalu di kawasan saya. Rakyat masih diberikan maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan seolah-olah tidak wujud keadilan sedangkan kerajaan telah mengambil segala yang perlu.
BalasPadamPerkara itu tidak seharusnya berlaku. Jangan menghukum dan menggunakan rakyat. Perasaan marah seumpama itu amat merbahaya, katanya.
BalasPadamPemimpin pakatan pembangkang diminta usah lagi “curi makan di belakang dapur” dengan ghairah mengajak rakyat untuk berhimpun menyatakan bantahan kononnya berlaku pelbagai penipuan pada pilihan raya umum baru-baru ini.
BalasPadamJika mereka mempersoalkan ketelusan pilihan raya baru-baru ini, bagaimana pula dengan pembentukan kerajaan negeri termasuklah soal perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
BalasPadamSambil membidas tindakan hipokrit tersebut, ditegaskan sampai bila penyokong mereka terus diheret dengan permainan emosi sedangkan mereka telah membentuk kerajaan negeri termasuk perlantikan Exco.
BalasPadamIni kita boleh umpakan sebagai masak makanan daripada dapur yang sama….ramuan yang sama tetapi bila dihidangkan mereka kata makanan itu tidak sedap dan sebagainya. tetapi alih-alih mereka ini masuk ke belakang dapur dan makan senyap-senyap. Begitulah hipokritnya parti pembangkang ini.
BalasPadamJika dah angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri, maksudnya apa semua itu. Bukankah mereka sendiri telah mengiktiraf keputusan pilihan raya baru-baru tersebut.
BalasPadamBukankah sudah terang lagi bersuluh apa yang mereka war-warkan itu hanyalah sebahagian daripada cerita dan tohmahan yang tidak masuk akal kerana mereka telah berjaya membentuk kerajaan negeri.
BalasPadamlagi hipokrit parti pembangkang makin terserlah apabila hanya tidak mengiktiraf kekalahan dan bersikap sebaliknya di kawasan dan negeri yang mereka menang.
BalasPadamBagi saya mereka hanya mahu mengekalkan momentum penyokong mereka sahaja. Tidak lebih daripada itu kerana khuatir dan bimbang sokongan terhadap mereka merosot.
BalasPadamTambahan pula dengan pelbagai pembaharuan yang telah dibuat oleh SPR, tentunya akan menambahkan lagi kekhuatiran mereka terhadap penerimaan rakyat berhubung proses demokrasi di negara ini.
BalasPadamPekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012.
BalasPadamIndeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.
BalasPadamLebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M.
BalasPadamLebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100.
BalasPadamLebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia.
BalasPadamRM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.
BalasPadamSeramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam.
BalasPadamSebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.
BalasPadamLebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan.
BalasPadamEnrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan.
BalasPadamAnwar kata mereka menang undi popular. Benarkah kelebihan 5,623,984 undi atau 50.87% PR kepada 5,237,699 undi atau 47.38% untuk BN itu undi popular?
BalasPadamMenurut blogger Outsyed the Box, BN menang undi popular di 9 negeri, Labuan dan Putrajaya. Manakala, PR hanya ada kelebihan undi popular di 4 negeri saja!!!
Kelebihan 360,000 undi itu hanya dari lebihan undi 57 ribu di Kelantan, 263 ribu di Penang, 112 ribu di Perak dan 360 ribu di Selangor.
BalasPadamPenang, Perak, KL dan Selangor adalah semua kawasan Cina!
Malah menurut Helen Ang, kelebihan undi popular kepada PR tak adalah sesuatu yang hebat sangat
BalasPadam...the fact of the matter is that Teresa Kok alone had 51,552 votes more than her MCA rival in Seputeh.
DAP’s Tan Kok Wai had a majority of 37,409 votes in Cheras over the MCA candidate. DAP’s Tan Seng Giaw had a majority of 40,307 votes over the PPP candidate.
Between the three DAP stalwarts, the trio collected a majority of 129,268.
In other words, compare that 222 Pakatan candidates nationwide had altogether 386,285 votes more than their 222 BN opponents.
However a mere three DAP candidates in KL collectively had 129,268 votes more than their three BN opponents.
Only three DAP MPs – Teresa Kok, Tan Kok Wai and Tan Seng Giaw – had already accounted for almost one-third of the much vaunted “popular vote” majority that the Pakatan is going to town with.
Satu lagi negeri yang turut memihak kepada pembangkang ialah Kelantan, hanya memperoleh kelebihan 57,332 undi yang dianggap sangat tipis.
BalasPadam"Di mana-mana negeri yang mana orang Melayu adalah dominan seperti di Kelantan, Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah memenangi undi mereka.
"Sebaliknya di empat negeri tersebut, kelebihan undi yang mereka peroleh daripada kaum Cina begitu ketara, contohnya Perak dengan 111,893 undi, Pulau Pinang (263,004), Selangor (359,256) dan Kuala Lumpur (198,084)," kata blog itu.
Menurut blog itu, jumlah kesemua lebihan undi yang memihak kepada pembangkang di kelima-lima negeri tersebut adalah 989,569 sedangkan undi popular yang mengatasi BN di seluruh negara hanya 361,101.
BalasPadam"Jelas di sini, 989,569 undi majoriti yang pembangkang peroleh telah disusutkan oleh BN dengan kelebihan undi di sembilan negeri lain, menyebabkan undi majoriti akhirnya hanya tinggal 361,101.
"Dengan majoriti 989,569, mereka sepatutnya boleh menang besar. Tetapi kenapa mereka masih juga tidak menang? Ini kerana sebahagian besar undi itu hanya diperoleh daripada pengundi Cina dari keempat-empat negeri tersebut," kata blog itu.
Daripada analisis tersebut, blog itu menyimpulkan bahawa pembangkang tidak mewakili undi majoriti daripada pengundi Melayu.
BalasPadam"Sebab itu pembangkang tidak boleh menang pilihan raya umum ini, mereka tiada undi daripada orang Melayu," kata blog itu.
Sementara itu, BN pada hakikatnya mendahului pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang bertanding atas tiket masing-masing.