Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

Profesor menganggur kerana pegecilan bajet

MALAYSIAKINI




Kira-kira satu pertiga daripada 507 profesor berstatus kontrak di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka kesan daripada pemotongan bajet.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Raduan Che Rose dipetik akhbar Kosmo sebagai berkata seramai 156 profesor berumur 61 hingga 70 bakal kehilangan kerja.

Menurutnya, lebih separuh daripada profesor-profesor di negara ini kini berumur dalam lingkungan 55 tahun dan mereka hanya mempunyai lima tahun untuk menyumbang kepakaran sebelum menghadapi kemungkinan penamatan perkhidmatan.

Akhbar itu melaporkan negara mempunyai 2,254 profesor dengan 1,867 berkhidmat di 20 buah universiti awam manakala bakinya di universiti-universiti swasta.

Kementerian Pengajian Tinggi terjejas teruk dengan pengurangan RM2.4 bilion dalam Bajet 2016.

Mengikut bajet itu, kementerian berkenaan hanya akan menerima RM13.378 bilion (lima peratus daripada belanjawan negara) berbanding RM15.785 bilion (5.8 peratus) pada Bajet 2015.

Ini adalah pemotongan paling ketara untuk kementerian itu sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet pertamanya pada tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.