HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 September 2020

Calon PKR tandatangan bon RM10 juta

 Oleh ABDUL HADI AB. MANAP

CHRISTINA LIEW

KOTA KINABALU: Tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah menandatangani bon bernilai RM10 juta sebelum menerima watikah pelantikan sebentar tadi.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata, bon itu merupakan cagaran sebagai langkah berjaga-jaga agar calon parti itu tidak melompat seandainya menang dalam pilihan raya.

Beliau berkata, daripada tujuh nama yang diumumkan, dua adalah muka baharu iaitu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dan Inanam.

“Calon kita sudah tandatangan bon bernilai RM10 juta. Kalau mereka lompat ke parti lain selepas menang maka mereka perlu bayar nilai itu kepada parti.

“Saya anggap isu pembahagian kerusi sudah selesai. Apa yang penting adalah untuk memikirkan bagaimana untuk kita menang semua kerusi yang kita tandingi,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Sabah di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

MUSTAPHA SAKMUD

Berikut merupakan senarai penuh calon PKR dalam PRN Sabah Ke-15:

N09 Tempasuk, Mustapha Sakmud

N05 Matunggong, Sazalye Donol Abdullah

N18 Inanam, Peto Galim

N32 Klias, Abdul Rahman

N45 Sook, Raymond Ahuar

N14 Tamparuli, Alijus Sipil

N20 Api-Api, Christina Liew

Tiada ulasan: