HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 September 2020

Najib kantoikan penipuan Dr M lagi, sejak bila Sri Lanka halalkan LTTE?

 


Banyak penipuan dalam posting PM7 ini berhubung isu LTTE.

POINT 2: Sejak bila negara Sri Lanka telah halalkan LTTE ini? Sila tunjuk bukti.

Malah 30 lebih negara-negara lain dalam dunia termasuk Amerika Syarikat, UK, Kesatuan Eropah dan Singapura masih senaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

POINT 3: Sejak bila penyokong tegar ISA ini yang suka penjarakan lawannya tanpa perbicaraan ambil kisah jika mereka yang didakwa terlibat tidak diberi ikat jamin?

Mereka yang ditahan kerana terlibat dalam IS, PM7 tak kisah pula kerana tidak diberi ikat jamin?

Tak mahu tulis surat untuk keluarkan IS dari senarai pengganas?

Point yang dia tak sebut ialah jika LTTE dikeluarkan dari senarai pengganas maka mereka yang ditangkap masa itu tidak boleh lagi didakwa kerana ianya tidak salah lagi untuk berkait dengan kumpulan tersebut.
POINT 8: Cukup bukti dan dakwa semula?

Yang mula-mula dakwa mereka adalah pejabat peguam negara di bawah Tommy masa PH.

Takkan Tommy suka dakwa satu dozen orang tanpa bukti cukup?

Oleh sebab Tommy dah tarik balik dakwaan kepada orang-orang DAP itu, maka mahkamah telah lepaskan DAN bebaskan mereka (acquittal).

Jika telah dibebaskan maka mereka tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama.

Dengan itu, bagaimana pula peguam negara masa kerajaan PN ini boleh dakwa mereka sekali lagi?

Ini yang tidak disebut PM7.

POINT 1: Tiada siapa yang tuduh PM7 adalah penyokong LTTE. Tapi ramai yang syaki kamu telah tunduk kepada kehendak DAP dan Tommy.

Mengaku sahaja lah, PM7.

– Najib Razak

Tiada ulasan: