HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 September 2020

PRN Sabah: PBS, BN bertindih kerusi

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili berkata 
jentera pilihan raya parti itu bersiap sedia sebelum Warisan 
mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

KOTA KINABALU: Selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan calon mereka hari ini, Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Presidennya Maximus Ongkili berkata, kerusi bakal ditandingi ialah Bengkoka, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tamparuli, Kiulu, Inanam, Api-Api, Tanjung Aru, Kepayan, Limbahau, Kundasang, Melalap, Telupid dan Karamunting.

Bagaimanapun, beberapa kerusi ditandingi itu dilihat bertindih dengan parti lain dalam BN iaitu di Bengkoka yang turut ditandingi Umno manakala Kepayan dan Karamunting oleh MCA.

Selain itu, kerusi 3 lagi kerusi iaitu Matunggong, Tandek dan Kadamaian yang ingin ditandingi mereka turut berada dalam senarai 1 lagi komponen BN iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang mengumumkan calon mereka, petang tadi.

“Kerusi akan ditandingi kami adalah kerusi PN dan ahli kami terutama di peringkat akar umbi sangat percaya parti ini akan menjadi lebih kuat dengan menggunakan bendera serta logo kami sendiri, selain sebagai rakan kongsi dalam PN.

“Jentera pilihan raya PBS juga telah bersiap sedia, malah sejak sebelum Warisan mengumumkan pembubaran DUN.

“Kami sangat yakin dengan kerja keras semua parti dalam PN dan ahli PBS, kami akan memenangi pilihan raya ini, cukuplah 2 tahun Warisan dan sekutunya memusnahkan Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Umno mengumumkan akan bertanding di 31 kerusi disusuli pengumuman beberapa pembangkang lain iaitu PN yang mengumumkan bertanding di 29 kerusi, PBRS (5) dan MCA (4).

Tiada ulasan: