HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 Oktober 2020

Anwar bergerak dari ruang angka yang rapuh


KUALA LUMPUR
: Keadaan politik negara mutakhir ini termasuk terbaharu gerak langkah Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah dipengaruhi oleh kedudukan majoriti rapuh yang dimiliki kerajaan.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, dengan jumlah kerusi masing-masing dimiliki oleh parti politik, angka yang ada masih berkemungkinan untuk berlaku perubahan.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) mengulas demikian pada Wacana Sinar Harian mengupas tajuk ‘Kesan Gerak Politik Anwar Kepada Kerajaan Muhyiddin’, kelmarin.

Apatah lagi ketika ini menurutnya, terdapat tiga blok politik iaitu Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan blok ketiga diwakili PEJUANG dengan lima kerusi serta MUDA satu kerusi juga WARISAN lapan kerusi.

Demikian itu ujarnya, ruang berlakunya perubahan untuk membentuk kerajaan itu sentiasa ada berikutan angka yang rapuh tersebut, namun percaya terdapat 113 dengan 109 kerusi tidak berubah sejak Februari lalu.

Mengulas langkah politik diambil Anwar, beliau mengutarakan sikap ahli politik yang sentiasa mempunyai keinginan tertinggi di mana Presiden PKR itu pernah di jawatan hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Kemungkinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada perancangan apa yang ingin dilaksanakan sebagai Perdana Menteri. Cuma tinggal lagi, kadang-kadang jawatan ini ada kalanya ditakdirkan seseorang itu tidak berharap kepada jawatan tersebut, tiba-tiba beliau memperolehi, sesetengah itu mengharapkan sesuatu, tetapi dia tidak datang.

So, kadang-kadang ini juga penting sebenarnya. Contohnya siapa sangka pada bulan Februari hari itu, Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. Asalnya dia tidak ada, pertarungannya antara Dato’ Seri Anwar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Lalu, secara in between itu berlakulah di mana Tan Sri Muhyiddin berada di situ. Bermakna berada dalam gelanggang Perdana Menteri, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri,” kupasnya.

Perkembangan politik sedemikian juga menurutnya, lantaran setelah beberapa kali sejak di bawah Barisan Nasional sebelumnya, majoriti dimiliki semakin kurang dan berkurang hinggalah ketika ini dengan perbezaan dua kerusi.

Oleh itu katanya, ia mungkin dilihat sebagai masa terbaik oleh Dato’ Seri Anwar untuk ke depan disebabkan angka itu selain Pakatan Harapan mempunyai 109 kerusi sebelum ini.

#Sumber :   Harakahdaily 

Tiada ulasan: