HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 November 2020

"JASA pengampu, tukang karut" - Akmal Nasir

Ridauddin Daud
"JASA pengampu, tukang karut" - Akmal Nasir
Menurut Akmal, Belanjawan 2021 yang dibentangkan juga sebenarnya tidak seperti 
diharapkan, ada muslihat, tidak munasabah dan tidak meyakinkan. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR : Peruntukan hampir RM100 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) harus disalurkan kepada orang lain yang lebih memerlukan berbanding dua organisasi itu.
 
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, sekiranya perbelanjaan untuk 'menghasut' rakyat itu diteruskan, ia bermakna kerajaan mengakui mereka tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
 
“Terpaksa mengupah pengampu, tukang karut yang dalam keadaan sekarang ini, kerajaan seolah-olah menzalimi mereka yang lebih memerlukan. Tanpa JASA dan Penggerak, RM100 juta ini kita boleh agihkan RM500 seorang seperti imbuhan kepada frontliners.
 
“Kita mampu santuni 200,000 orang. Tanpa JASA dan Penggerak, kita dapat bantu pengusaha bas sekolah, pengusaha kantin, peniaga kecil. Tanpa JASA dan Penggerak, kita dapat tingkatkan elaun untuk sukarelawan yang bantu kerajaan.
 
“Tanpa JASA dan Penggerak, kita mampu membantu mahasiswa dengan mengurangkan yuran pengajian mereka,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Rabu.
 
Tambah beliau, Belanjawan 2021 yang dibentangkan juga sebenarnya tidak seperti diharapkan, ada muslihat, tidak munasabah dan tidak meyakinkan.
 
Katanya lagi, tidak hairanlah rakyat di luar menganggap belanjawan ini sebagai belanjawan tersasar.

Tiada ulasan: