HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Januari 2021

10 bekas presiden Badan Peguam bantah Proklamasi Darurat

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Barisan peguam terkemuka membantah tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengisytiharan darurat, yang dikatakan bagi membantu kerajaan memerangi wabak Covid-19.

Seramai 10 pegamal undang-undang yang merupakan bekas presiden Badan Peguam sepanjang tempoh tiga dekad lalu berpendapat kerajaan menetapkan duluan (precendet) berbahaya dalam menggunakan kuasa darurat apabila syarat-syaratnya tidak dipenuhi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga menimbulkan kebimbangan mengenai penggantungan parlimen yang disifatkan tidak demokratik sepanjang tempoh darurat, walaupun aktiviti lain dibenarkan beroperasi di bawah perintah sekatan Covid-19.

Sepuluh peguam berkenaan terdiri daripada Steven Thiru, Christopher Leong, Ragunanth Kesavan, Ambiga Sreenevasan, Yeo Yang Poh, Kuthubul Zaman Bukhari, Mah Weng Kwai, Cyrus V Das, Zainur Zakaria dan Param Cumaraswamy.

"Artikel 150 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perisytiharan Darurat hanya dalam situasi di mana keadaan darurat yang sangat parah, iaitu ketika keamanan, kehidupan ekonomi, atau tatanan umum di negara ini terancam.

"Ia tidak boleh dipandang ringan kerana bersifat anti-demokratik dan secara efektif menggantung kedaulatan undang-undang.

"Pengisytiharan seperti itu meghumbankan negara ke jurang hukum di mana semua kuasa berada dalam eksekutif.

"Oleh itu, penggunaannya adalah terbatas seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita, yang didasarkan pada kerangka demokrasi, pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

"Justeru adalah kewajiban kerajaan yang bertanggung jawab untuk tidak membuat pengumuman seperti itu kecuali dalam keadaan yang paling ekstrem. Adakah keadaan ini wujud di sini?

Menurut mereka Proklamasi Darurat pada 11 Jan itu memeberikan alasan wabak Covid-19 sebagai ancaman terhadap "keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam" di negara ini.

"Sekiranya tidak ada alasan lain, ini bukanlah alasan yang sah untuk keadaan darurat, terutamanya apabila ada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dibuat untuk membendung penyakit dan fakta bahawa kebanyakan perniagaan terus berfungsi, walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.

"Lebih membimbangkan adalah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 di bawah pengisytiharan ini.

"Ia memberikan kuasa yang tidak terhad berhubung individu dan harta benda. Antara lain, ia memungkinkan pengambilan secara paksa tanah / bangunan / harta tanah oleh kerajaan dengan denda sebanyak RM5 juta / hukuman penjara 10 tahun sekiranya ingkar," kata mereka.

Baca kenyataan penuh mereka di sini.

Tiada ulasan: