HALAMAN SANTAI

Ahad, 10 Januari 2021

Ahmad Maslan tak mahu “bergaduh” dengan KJ

MGF21112020_OWHMG-TOKMAT-MASLAN03
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak mahu “bergaduh” dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kenyataan tersebut menyusul selepas Khairy mengulas tentang pemikiran Setiausaha Agung UMNO itu yang dirumuskan sebagai ‘goreng pisang’ apabila beliau membangkitkan perihal hubungan UMNO dan Bersatu.

Memilih untuk tidak “bergaduh”, Ahmad Maslan sebaliknya meminta semua pihak supaya menumpukan usaha supaya vaksin Covid-19 dapat disegerakan.

“Saya tiak mahu “bergaduh” dgn YB @Khairykj ttg isu pemikiran #PisangGoreng ke atau #GorengPisang

“Ayuh kita tumpu utk segerakan #vaksin #Covid19. Kes ratusan ribu, mati ratusan #rakyat Moga YB KJ, YB DS @DrAdhamBaba, DS @tzafrul_aziz & YAB @MuhyiddinYassin akan segerakan vaksin,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Terdahulu Khairy dalam sidang media di Putrajaya berkata, kenyataan Ahmad Maslan bahawa UMNO mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu disebabkan kes mahkamah membabitkan bahagian UMNO sebagai goreng pisang.

Malah Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan sebagai tidak berkualiti. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: