Hasimi Muhamad
Tan
Sri Annuar Musa berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi
peluang untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO sehingga tempoh
penggal berakhir pada 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk menjalankan
tugas sebagai Presiden UMNO sehingga tempoh penggal berakhir pada 2021.
Meskipun
ada pandangan yang mahukan Ahmad Zahid “berehat”, bekas Setiausaha
Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata,
perkara itu perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam
Perlembagaan Parti.
“Apapun
tahun 2021 ini tahun pemilihan MKT (Majlis Kerja Tertinggi). Biarlah
proses biasa dalam parti berjalan. Sementara itu, sama-sama berusaha
perbaiki keadaan parti,” katanya dalam kemas kini di entri Twitternya,
hari ini.
Sejak
beberapa hari lalu, terdapat pandangan dan gesaan beberapa pemimpin dan
ketua sayap UMNO negeri agar parti itu mengadakan pemilihan segera bagi
menyelesaikan kemelut dan menentukan hala tuju parti Melayu terbesar
itu.
Ia termasuk menyarankan agar Ahmad
Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk supaya berehat memimpin parti
itu dengan rasa hormat.
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Pontian, Mohd. Helmi Buang berkata pendekatan pemimpin mesti
ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.
Sementara
itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa beberapa tokoh besar dalam UMNO
cuba menarik anggota MKT supaya menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Annuar menegaskan, tiada sebab untuk menyokong parti lain.
“Yang perlu difikirkan ialah siapa pilihan paling strategik untuk bekerjasama bagi mempastikan agenda membela rakyat terlaksana.
“UMNO terima hakikat perlunya kita bergabung tenaga, cuma dengan siapa?,” soalnya.
Memetik laporan portal FMT,
“tokoh besar” UMNO turut didakwa merancang untuk mendapatkan sokongan
penuh dalam kalangan pemimpin parti supaya Ahmad Zahid “mengundur diri”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan