Adie Sufian Zulkefli
Shahidan
berkata, Yang di-Pertuan Agong, telah berkenan membuat
keputusan
mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya.
- Gambar fail
KANGAR:
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak semua
ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi memohon
perkenan baginda membatalkan Proklamasi Darurat, disifatkan sebagai
terlalu tergesa-gesa dan tidak sepatutnya dilakukan.
Menurut
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan
mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih
dahulu.
Katanya,
pemimpin politik dan masyarakat perlu melihat perkembangan pelaksanaan
darurat itu dalam tempoh beberapa bulan, sama ada bakal memberi kesan
kepada rakyat atau sebaliknya.
Katanya,
tindakan Anwar meminta Yang di-Pertuan Agong menarik balik
Pengisytiharan Darurat seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen
diadakan dengan segera sebelum 31 Januari untuk membahaskan isu darurat,
COVID-19 dan kemelut ekonomi, sangat tidak wajar.
"Yang
di-Pertuan Agong dah buat keputusan... kita tunggulah sekejap... kita
belum buat apa lagilah sebab yang kita tahu, sebelum darurat ni
macam-macam polemik.
"Sekarang ini
tunggulah sebulan dua dulu... macam mana keadaan... baru kita (minta)
hentikan darurat... tapi yang paling penting, saya dapat maklumat awal
daripada pihak kerajaan bahawa pasaran (saham) kita tidak terjejas...
pandangan pelabur juga tidak terjejas dengan darurat," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran pasukan bantuan
banjir UMNO di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di Kangar, hari ini.
Pasukan
tersebut digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di
Pahang, Kelantan dan Johor bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan pasca
banjir.
Khamis
lalu, Anwar telah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen meminta
mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon
baginda membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang
Parlimen sesegera mungkin.
Dalam warkah
terbabit, Awnar antara lain berkata cadangan pengisytiharan darurat
dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan
Perikatan Nasional (PN) adalah tanpa keabsahan dengan penyusutan ahli
Parlimen yang menyokong kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan